Sembunyi Bukan Hilang
Salam,
1. Masyarakat seringkali dikelirukan dengan istilah-istilah 'gah' walaupun ramai yang tidak memahami apa yang cuba dilontarkan. Kegagalan berkomunikasi banyak berpunca daripada soal-soal begini atas keegoan untuk membuktikan diri lebih hebat dari orang lain. Dengan bahasa mudah juga sudah ada yang keliru atau tidak faham, apatah lagi dengan istilah-istilah 'besar' yang hanya tuan tubuh memahaminya. Namun, jika luas lingkungan itu dipenuhi dengan jenama sama dan daya intelektual juga sama, tidaklah menjadi masalah jika dilihat dari sudut keberkesanan komunikasi.
2. Perkataan mudah yang kadangkala menimbulkan kekeliruan adalah antara menyembunyikan dan menghilangkan. Sembunyi tidak sama dengan hilang kerana jika menghilangkan ertinya kita dan pelaku tidak tahu sedangkan menyembunyikan adalah pelaku mengetahui di mana benda itu berada dan orang lain yang tidak tahu.Jika dulu-dulu masyarakat ada menyebut seseorang disembunyikan orang bunian dan sebagainya, bukan kerana dia hilang, tetapi disembunyikan dari pandangan kita. Sama juga dalam kes kehilangan MH370, banyak pihak melihat ianya lebih kepada menyembunyikan pesawat kerana pelakunya tahu di mana ia berada termasuk Mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menyatakan demikian.
3. Klise ini tidak hanya terhenti di situ sahaja, menyembunyikan sesuatu perkara itu tidak hanya melibatkan barang atau benda, ia juga termasuk dalam isu-isu menyembunyikan fakta. Tindakan menyembunyikan fakta ini kebiasaannya berpunca daripada usaha menegakkan kebenaran sesuatu perkara walaupun sebenarnya ia adalah salah. Lantaran itu, ia bukan saja melibatkan mereka di kalangan masyarakat umum seperti saya atau kebanyakan daripada kita, ia termasuk para ustaz dan ulamak-ulamak yang menyembunyikan nas-nas dan hadis termasuk ayat suci Al-Quran tentang sesuatu masalah berbangkit demi kepentingan diri mereka. Oleh kerana itu juga, terbitnya buku-buku dan majalah serta makalah berhubung golongan agamawan termasuk ulamak yang menjadi penjilat dengan contoh-contoh yang berlaku sejak awal kemunculan Islam.
4. Berbalik kepada isu dan tindakan label-melabel pihak atau individu itu dan ini sebagi kelompok Unity Goverment (UG), maka sebenarnya tindak-tanduk pihak tertentu yang membakar semangat penyokong masing-masing yang ketika peristiwa itu berlaku masih ramai yang berlampin atau merangkak adalah tindakan menyembunyikan fakta. Apakah arwah Ust. Fadzil Noor juga harus dilabel UG hanya kerana ketika beliau sebagai Timbalan Presiden PAS pada tahun 1986 bertemu dengan Tun Dr Mahathir yang semasa itu adalah Perdana Menteri di Sri Perdana? Selepas pertemuan itu, Fadzil memberitahu akhbar bahawa beliau percaya Dr. Mahathir jujur untuk menyatukan orang Melayu. Namun PAS berdiam diri selanjutnya....., Sehingga pada Disember 2000 lalu apabila Dr Mahathir sekali lagi berjumpa Fadzil, kini Presiden PAS, di Kedah dalam satu majlis berbuka puasa, dari situ, timbul idea pertemuan antara UMNO dan PAS untuk membincangkan soal perpaduan Melayu. Kedua-dua parti menubuhkan Jawatankuasa Teknikal, yang diketuai Setiausaha Agung masing-masing, bagi membincangkan urusan logistik. Dua peretemuan telah diadakan iaitu pada 8 Februari 2001 dan 17 Februari 2001, tiba-tiba Fadzil mengumumkan penangguhan pertemuan itu dan mengemukakan syarat baru pula selepas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob menyatakan kesediaan UMNO untuk berbincang apa saja isu membabitkan perpaduan Melayu, termasuk isu Datuk Seri Anwar Ibrahim." (Mustapha Mohamaed. (2001). Kemelut Politik Melayu, Media Centre, Petaling Jaya)
5. Usaha ini walaupun gagal, ia terbukti bahawa usaha ke arah penyatuan itu ada. Samada ia menjadi realiti atau imaginasi soal lain kerana usaha merealisasikan perkara besar seperti ini tidak semudah membeli segelas air tebu di tepi jalan. Ust. Fadzil Noor akur dengan kehendak Mursyidul Am TGNA dan akar umbi kerana arwah dapat menghidu ianya tidak disenangi oleh sebahagian daripada pemimpin dan ahli PAS ketika itu maka ianya terhenti di situ saja dan ia juga tidak meleret-leret hingga berpecah-riuk seperti apa yang berlaku sekarang dalam PAS. Arwah Ust. fadzil Noor amat dihormati dan tidak dilabel Bapa UG dan sebagainya kerana pemimpin dan ahli ketika itu menjaga tertib dan semangat ukhwah yang dijaga sekian lama. Tapi sayangnya selepas ketiadaan Ust. Fadzil Noor, sanggahan terbuka dan hentam menghentam sesama sendiri jadi makanan hasil tarbiah Tuan Guru dari mana agaknya?
6. Moral ceritanya di sini, perpecahan dan keretakan dalam parti atau kerjasama antara parti tidak menguntungkan rakyat dan jamaah. Yang untung adalah musuh dan golongan yang menangguk di air yang keruh. Harus disingkapi punca kepada segala masalah ini adalah mereka yang mementingkan diri sendiri tidak kira siapapun dia dan di pihak mana. Masalah bertambah serius apabila tindakan melabel puak ini UG dan puak itu Anwarinas yang sedikit-sebanyak melebarkan jurang perpecahan sesama pemimpin dan ahli parti. Ketaksuban ibu segala kejahatan dan yang ditaksubi walaupun saiz jubah serta serban yang besar tidak terkecuali dari terlondeh apabila pesta melondeh antara satu sama lain tidak dihentikan. Pesta melondeh tidak dapat dielakkan daripada berakhir dengan pesta bogel dan apabila sudah berbogel baru tersedar, aibnya sudah tidak mampu dibendung dan digunakan oleh musuh ketika senjata lain sudah tidak lagi berkesan.
7. Jika niat yang ditanam di dalam hati dan jiwa itu untuk kepentingan rakyat, berbaliklah ke pangkal jalan untuk mengukuhkan bukan saja parti, tetapi juga silatulrahim sesama rakyat di negara ini. Yang kita perlukan ketika ini ialah semangat untuk berubah dan perubahan itu akan semakin cepat jika terjalin kerjasama dengan orang lain. Untuk meraih hal yang besar, kita harus bijak menjalin kerja sama dengan orang-orang yang memiliki kemampuan yang tidak kita miliki.
Wallahualam
~: sani :~

Comments
Post a Comment