1001 Malam
Salam,
1. Dalam kehidupan manusia, siapa yang tidak pernah berdepan masalah? Manusia samada kaya, miskin, sederhana kaya atau sederhana miskin, apa kerja kamu sekalipun, apa jantina kamu samada tua, muda, kanak-kanak dan bangsa serta agama kamu tetap akan dihadirkan masalah oleh Maha Pencipta untuk menguji kamu samada layak bergelar manusia atau sebaliknya. Yang membezakan antara satu sama lain adalah berat atau ringan dan banyak atau sedikit sahaja.
2. Dalam mendepani masalah, kebijakan seseorang akan menentukan samada seseorang mampu melepasi masalah itu, tersadung atau kekal menjadi sebahagian daripada masalah tersebut. Umur bukan penentu dan kelulusan akademik juga bukan pemutus. Jika umur menjadi penentu, rasanya penjara dan pusat pemulihan dadah tidak akan muncul wajah-wajah penuh kedutan dan begitu juga dengan kelulusan akademik tidak akan dapat membantu manusia yang dirasuk nafsu shahwat serta api kemarahan yang meluap-luap sehingga bertukar menjadi iblis kecuali iman, kematangan dan tangan dari langit untuk menjauhkan kita dari musibah yang bakal berbisik salam kenal.
3. Oleh yang demikian, masalah tidak akan hilang dengan berlari kerana sikapnya yang diketahui umum gemar mengejar dan hanya akan dapat diatasi dengan menyelesaikannya dengan penuh hemah dan bijaksana. Bijaksana dan berhemah juga sesuatu yang subjektif dan selalunya hanya akan diketahui setelah masalah itu berjaya dikuburkan.
4. Mengambil iktibar dari Hikayat 1001 Malam, walaupun ia dianggap kisah dongeng, kedongengannya banyak memercikkan iktibar buat mereka yang berfikir. Ambil saja kisah Sultan Shahriar dan Shahrazad. Kebijakan Shahrazad telah mengubah dendam dan kemarahan bertukar menjadi cinta sejati sehingga akhirnya dapat menyelamatkan bukan sahaja dirinya, tetapi juga gadis-gadis lain yang akan menjadi mangsa Sultan Shahriar yang trauma dengan peristiwa kecurangan permaisurinya sebelum itu. Shahrazad merupakan permaisuri Parsi dalam lagenda yang menceritakan pelbagai hikayat selama seribu satu malam (hampir tiga tahun). Kisah asalnya ialah apabila isteri kepada Sultan Parsi iaitu Sultan Shahriar yang telah mendapati permaisurinya berlaku curang kepada baginda dan dihukum pancung. Atas desakan pihak istana, baginda perlu mengisi istana dengan pasangan perempuannya. Namun, akibat trauma dengan kecurangan bekas permaisurinya itu, baginda akan mengahwini seorang anak dara setiap malam dan akan membunuhnya keesokan paginya.
5. Walaubagaimanapun, munculnya seorang gadis yang merupakan anak perempuan kepada seorang menteri baginda telah mengubah senario hikayat ini. Gadis terpelajar dan berpandangan jauh ini telah bersetuju mengahwini Sultan Shahriar yang kejam itu dan bersedia untuk lehernya dipenggal pedang pemancung walaupun dibantah keras oleh bapanya. Gadis itulah bernama Shahrazad.
6. Atas kebijakan Shahrazad, beliau telah terselamat dari dipancung melalui kisah-kisah hebat yang diceritakan dari satu malam ke satu malam. Kisah yang bersambung-sambung dan berkaitan satu sama lain serta mempunyai unsur saspens sehingga menimbulkan perasaan berat untuk Sultan Shahriar membunuhnya melainkan Shahrazad menceritakan kisah sambungannya sehinggalah seribu satu malam. Tetapi, setelah selesai 1001 malam, Sultan akhirnya membatalkan hasrat untuk membunuhnya akibat telah jatuh cinta kepada Shahrazad.

7. Shahrazad berjaya mengikis perasaan dan fikiran di dalam minda Sultan Shahriar bahawa perempuan adalah perempuan walau di mana dan bila sekalipun. Shahrazad mampu 'menunda' kematiannya sehingga 1001 malam. Apa yang menyelamatkan Shahrazad sebenarnya? Bukan kerana mendongeng, melainkan kerana menunda kata Goenawan Mohamad dalam kutipan artikelnya 'Catatan Pinggir'. Tambah Goenawan lagi, "Shahrazad meletakkan dirinya tergantung antara penopang yang bergerak. Ada ketidakselesaian yang membuat orang mengejar terus seakan lapar. Di situlah Shahrazad sebenarnya sudah melawan seorang lelaki yang hendak membalas dendam dengan sebuah rumus".
8. Waktu seperti arus sungai. Meskipun kita berdiri di titik yang sama di sungai itu, kita tidak pernah dibasuh oleh air yang sama. Tiap saat adalah penundaan. Namun begitu, buat masyarakat kita, setiap masalah harus dilangsaikan dengan serta merta walaupun pepatah ada menyebut "biar lambat asal selamat". Penundaan bagi mereka adalah penyiksaan dan untuk membalas penyiksaan itu, seseorang harus disiksa. Apa jenis pemikiran begini yang harus menjadi contoh untuk rakyat memberi sokongan? Penundaan juga dilihat sebagai usaha membiarkan emas dileburkan oleh orang lain sedangkan masalah itu sebenarnya bukan emas tetapi api yang teramat panas bahangnya yang perlu ditunda untuk memberi ruang kepada udara yang ada mendinginkannya.
9. Strategi manusia berbeda antara seseorang dengan seseorang. Tetapi matlamat harus sama jika dilihat dalam konteks peperangan atau pertandingan. Kedua-dua pasukan yang bertanding strateginya mungkin berbeda tetapi matlamatnya harus sama. Kedua-dua pasukan matlamatnya adalah untuk menang bukan satu menang dan satu lagi berhajat untuk kalah. Begitu juga dalam peperangan, kedua-dua pihak mahu menang walaupun strateginya mungkin berbeda.
10. Ambil contoh komen dan reaksi pertembungan terbuka antara Tun M dan DS Najib ketika ini sehingga Tun M mewar-warkan beliau menarik sokongannya terhadap DS Najib. Pendokong-pendokong Najib tidak dilihat mengambil pendekatan berhemah dan dilihat neutral walaupun tidak neutral. Sebaliknya bertindakbalas menggasak mantan PM itu dengan pelbagai helah dan alasan yang hanya akan mengeruhkan lagi air yang sudah hampir keruh itu. Kumpulan-kumpulan dan pemimpin yang hanya menjadi ahli-ahli dikir barat ini mengatakan Tun M perlu menerima hakikat bahawa pendekatan DS Najib dan Tun M dalam menguruskan masalah adalah berbeda dan tidak memerlukan perbandingan antara kedua-duanya. Rakyat faham dan menerima hakikat bahawa pendekatan dan strategi setiap pemimpin akan berbeda dan tidak ada rakyat yang mengharapkan mereka semuanya sama dalam segala hal. Tetapi, tidak pula ia mewajarkan pendekatan Tun M menyumbat gol lawan sedangkan DS Najib menyumbat gol gawang sendiri. Yang dibenarkan berbeda adalah strategi bukan kaedah menyumbat gol gawang sendiri.
11. Oleh itu, setiap pemimpin akan dihormati dan dikagumi daripada caranya menyelesaikan masalah bukannya sudah tidak mampu menyelesaikan masalah ditambah pula merumitkan lagi masalah yang sedang dihadapi. Jika ada yang mengatakan bahawa kerja bertunda tidak menjadi, maka ada juga pepatah Arab mengatakan "Sabar ikut seperti Nabi Ayub A.S, panjang umur perjuangan ikut Nabi Nuh A.S". Kata Hamka, "Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras". Maka sekali lagi bukti bahawa Sultan Shahriar ditewaskan kekejamannya oleh kelunakan dan kebijakan Shahrazad berbanding otot-otot umpama durian musang king atau udang merah. Untuk meredam bahang politik yang meluap-luap ketika ini, apa kata jika kita merenung kata-kata ahli politik Amerika seketika dulu yang agak menarik buat sebahagian orang dan mungkin menyenakkan buat sesetengah pula semasa beliau berkempen pada tahun 1952, "Saya memberi musuhku satu tawaran: jika mereka berhenti mengatakan kebohongan kita, saya akan berhenti mengatakan kebenaran tentang mereka". Menarik? Jika tidak maka ambillah apa saja kata-kata sekalipun asalkan memberikan kebaikan untuk rakyat umum.
Wallahualam
~: sani :~
Comments
Post a Comment