Politik Makan Keliling
Salam,
1. Kebaikan yang kita sudah lakukan bukan tiket untuk membenarkan kita melakukan kesalahan lain. Apatah lagi kesalahan-kesalahan besar seperti fitnah dan mengaibkan orang. Jika kita amat tersinggung apabila difitnah dan diaibkan, maka orang lain juga dianugerahkan perasaan sama seperti kita. Ramai yang sering memetik kata-kata dari karya Machiavelli yang diterbitkan pada tahun 1532 tentang 'matlamat menghalalkan cara' samada kerana ingin dilihat berilimiah atau tidak faham apa yang dimaksudkan oleh penulis ini. Namun, kesekian kalinya juga mereka menjadi tukang 'promo' tindakan tidak bermaruah seperti ini.
2. Tuhan tidak memberi kamu kebebasan hanya kamu sahaja yang layak menghina orang sedangkan jika kamu dihina maka itu petanda kiamat. Atas kemahuan bersama-sama melihat kebejatan dan kemungkaran yang dilaung-laungkan telah dilakukan oleh musuh politik kamu yang dianggap penindas rakyat,, maka mereka yang tidak berparti dan di dalam kabilah yang sama dengan kamu penuh yakin untuk menjadi sebahagian dari kelasi-kelasi dan anak kapal bahtera bernakhodakan kamu. Tetapi jika ada kelasi atau anak-anak kapal yang dizalimi dan ditindas demi memenuhi cita-cita kamu dari menjadi nakhoda kepada raja yang zalim atau menjadi Si Tanggang yang sanggup menderhaka kepada ibunya sendiri demi menegakkan keegoan sendiri, maka marilah kita semua anak-anak kapal dan kelasi yang dipandang hina ini berdoa dan bersumpah agar 'Tanggang Jadian' ini juga disumpah menjadi batu.
3. Sejarah tidak pernah berbohong kerana yang berbohong hanyalah penulis sejarah. Hanya yang percaya dengan 'dengar cakap', sumber yang meragukan, mengagungkan manusia-manusia yang merasa dia dewa sahaja enggan mengakui tidak ada manusia yang maksum selepas kewafatan Nabi Muhammad saw. Kita semua amat bersedia menerima ketidaksempurnaan seseorang manusia, namun jangan jadikan ia alasan untuk melakukan kesalahan demi kesalahan hanya kerana "aku tidak sempurna". Jika tidak sempurna maka bertindaklah cara tidak sempurna. Cerita dongeng dan fitnah jika dianyam dengan baik, ia akan menjadi lebih hebat daripada kisah sebenar. Ada satu ketika semasa bertugas, saya ditengking oleh pihak atasan hanya kerana dianggap gagal mendapat maklumat penting tentang kemasukan agen-agen perisik ke negara ini yang berjaya diperolehi oleh agensi lain. Sehabis usaha saya cuba pertahankan bahawa bukan itu bukan maklumat sebenar dan saya meminta laporan itu. Setelah diteliti kenapa mereka yakin itu maklumat yang tepat? Ia hanya kerana kulit laporan dan gaya olahan serta kaedah laporan dibuat dengan kemas sehingga memesongkan antara kebenaran dan kebatilan. Akhirnya baru kebenaran muncul sepertimana janjinya bahawa 'kebenaran pasti muncul' apabila saya berjaya buktikan bahawa itu bukan perisik tetapi pegawai-pegawai kerajaan dari negara jiran yang datang mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan. Alangkah lucu tetapi benar dan menjadi kenangan sepanjang hayat dalam kamus hidup ini.
4. Kita tidak mahu jadi lesung dan alu berlaga, ayam yang kenyang. Entah tidak semena-mena hanya kerana mempertahankan langkah kajang Pak Malau, Kajang berlipat, maka rakan sendiri yang banyak membantu dijadikan 'punching bag' untuk dibantai bertubi-tubi dengan keupayaan gaya pengaruh memukaunya seperti biasa sehingga ada ahli parti rakan sendiri terikut-ikut rentak paluan 'tarian zumba'nya. Sikap tidak berterima kasih seperti itu bukan baru bagi beliau kerana saya kebetulan diberi kesempatan berada pada ketika sebelum dan selepas pemecatannya pada tahun 1998 dan berurusan secara langsung dalam bidang itu. Kesempatan memetik sedikit pengalaman ketika bertugas menjadikan saya sedikit terdedah kepada berbagai macam sumber maklumat dan alhamdulilah kini apabila berada di luar gelanggang, semuanya diadunkan dengan pandangan luar sehingga ia menjadi perencah menyeimbangkan pertimbangan dalam membuat analisa dan membentuk pola fikir.
5. Pandangan mereka yang berkepentingan tidak sama dengan yang tidak berkepentingan, tidak sama antara yang berparti dan tidak berparti, tidak sama yang mendapat habuan dengan yang tidak mendapatnya, tidak juga sama mereka yang hanya mendengar dengan mereka yang melihat, tidak sama mereka yang menjadi penonton dengan yang bergusti. Tetapi, itu tidaklah bermakna hanya pemain-pemain bolasepak saja yang berhak memberi komen dan kritikan sesama mereka dan penonton hanya perlu menjadi tunggul. Bolasepak tanpa penonton hanya ibarat 'kerbau berlaga' saja akhirnya patah riuk sana-sini.
6. Keinginan dan semangat yang berkobar-kobar untuk menumbangkan BN/UMNO bukan juga tiket untuk bersekutu dengan tindakan yang tidak bermaruah dan menzalimi mana-mana pihak. Sekali lagi kata-kata Machiavelli bahawa matlamat menghalalkan cara harus diterjah. Jika kita mengkritik dan 'kondem' tindakan pengebom berani mati yang menyebabkan ramai kanak-kanak, wanita, orang tua dan semua yang tidak bersalah terkorban dan cedera, hanya kerana matlamat menentang musuh-musuh Islam, maka, begitu jugalah dalam soal ini. Jika Melayu penuh adat dan sopannya, apatah lagi Melayu Islam berlebih-lebih lagilah adab sopan, moral, tingkah agamanya dan segala-galanya yang membawa kepada dosa kepada manusia yang hanya manusia saja dapat mengampuninya. Yang bertelagah sakan itu semuanya hebat-hebat apabila bicara soal agama hingga habis hadis dan petikan sana-sini digunapakai, tetapi kalahkan kami yang dzaif dan jahil berbanding mereka dalam soal seperti ini. Tetapi, pastinya mereka berhujah, "tidak, kami tidak rendah daripada kamu". Ditanya betul ka? Jawab mereka "sebab kami lebih tinggi dari kamu". Pi mai pi mai tang tu juga lah.
7. 'Politik Makan Keliling' atau 'Kemut Keliling' depan makan belakang makan kiri dan kanan pun makan jangan sampai terkincit-kinicit sudahlah. Pengamal politik jenis ini cuma hanya mendepang telinga untuk mendengar siapa yang menyokong tindakannya sahaja. Lagipun, sudah sinonim jenis makan keliling dengan tuan punya diri. Apabila berbeza nadanya, maka secara tuntas berpusing 360 darjah berpusing menyerang kawan. Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dan Tuan Guru Hadi Awang (TGHA) yang dulunya jadi tempat mengadu dan mohon simpati sudah menjadi Semenanjung Gaza untuk dileburkan. Hanya kerana apa? Hanya kerana tidak menyokong tindakan menggantikan isteri dan kuncu-kuncunya di kerusi tersebut. Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) bukan hebat sangat tetapi tidak hebat itu tidaklah sampai merebahkan Selangor pada PRU13 malah meningkat sokongan rakyat. Apakah itu hanya atas asas kekuatan satu parti? Sudah pasti tidak jika jawapannya datang dari minda yang rasional dan hati yang ikhlas. Saya dan seluruh rakyat khususnya di Selangor ramai yang tidak mengenali TSKI sebelum ini sehinggalah beliau diletakkan di situ oleh jamaah. Gagap yang menjadi keunikannya tidak menjadikan rakyat gagap untuk menyokong beliau dan pakatan. Kita akur bahawa rakyat tidak tahu apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi parti tetapi itu tidak menjadikan rakyat hilang kelayakan memberi pandangan dan bantahan. Malah mengkritik tindakan yang secara asasnya menjadi tidak wajar kerana secara ringkasnya, jika bukan isteri aku atau Azmin, maka kiamatlah dunia ini. Petualang orang di sini mungkin pahlawan buat orang di sana.
Wallahualam
~: sani :~

Comments
Post a Comment