Menteri Beruk
Salam,
1. Jika sebelum ini bukan sedikit komen dan status yang menyentuh tentang menteri ayam, saya cuba mengalih fokus kepada menteri beruk yang mungkin ada terfikir ataupun ada yang tidak. Sesungguhnya jika ada yang menentang usaha melantik beruk menjadi menteri, sayalah orang pertama yang akan menentang habis-habisan penentang-penentang untuk melantik beruk menjadi menteri.
2. Kenapa tidak boleh? Inilah masalahnya apabila belum habis kenyataan atau komen yang dibuat, sudah bertimpa-timpa serangan dan pukulan untuk menidakkan cadangan orang lain. Cadangan saya adalah jika beruk itu nak dilantik apa salahnya jika untuk menjadi menteri di kalangan beruk-beruk. Tentunya tidak sesuai untuk melantik manusia menjadi menteri kepada beruk-beruk. Dibantah juga cadangan itu kerana katanya bahawa beruk itu beruk betina dan saya sekali lagi meminta laluan untuk dibenarkan menghabiskan dulu usul saya itu. Tambah saya, apa salahnya beruk betina diberikan jawatan Menteri Membangunan Betina, Keluarga dan Masyarakat di kalangan beruk. Alangkah tidak sesuainya melantik beruk jantan menjawat jawatan Menteri Membangunan Betina, Keluarga dan Masyarakat Beruk. Lain lah sekiranya ada beruk jantan yang secara sukarela menawarkan diri untuk jawatan itu.
3. Rosaknya sesuatu urusan adalah kerana diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya sementara orang yang layak tidak diberi kepercayan. Dalam konteks ini, bagi yang rasional, beruk betina itulah yang sesuai menjawat jawatan itu dan untuk jawatan menteri-menteri lain dalam kabinet mereka, beruk-beruk jugalah yang wajar diberi pertimbangan mengikut kesesuaian samada jantan ataupun betina. Manusia dan juga binatang-binatang lain jangan pula mengharapkan jawatan-jawatan dalam kabinet beruk. Kalau berhajat jadi menteri, jadilah menteri di kalangan spesis masing-masing. Nak dikata bodoh macam lembu marah pulak lembu. Namun, apa nak buat kerana apabila bodoh pastinya dikaitkan dengan lembu. Belum lagi ada pepatah bodoh macam ikan, kucing, burung, katak atau lain-lain binatang kecuali keldai dan unta.
4. Demi menjaga kesepakatan yang telah dibina, maka usul ini saya bawa kepada pihak bertanggungjawab untuk mempertimbangkan perlantikan beruk wanita ini bagi jawatan Menteri Pembangunan Betina, Keluarga dan Masyarakat Beruk. Tidak perlu dibawa nama beruk jantan bagi mengelakkan usul yang dibawa itu dianggap sebagai 'usul bodoh'. Walaubagaimanapun, jikalau beruk jantan juga yang diperkenankan, maka usul seterusnya akan diangkat naik sebagai cadangan nama beruk jantan yang sesuai bagi jawatan itu. Untuk masa ini, beruk betina itulah yang paling sesuai dan tidak wajar dibantah hanya kerana dasar diskriminasi jantina atau bangsa dan agama.
5. Masalah yang mudah atau enteng sebegini jangan dikomplikasikan hanya untuk menarik perhatian pihak lain kerana hanya beruk yang memahami masalah beruk dan manusia atau spesis binatang lain tidak akan memahami sepenuhnya masalah-masalah yang bakal datang di masa hadapan. Bimbang nanti, masalah yang tak sepatutnya membarah, habis yang lain terpalit hanya kerana memandang rendah kemampuan beruk. Manusia memang jauh lebih hebat jika nak dibandingkan dengan binatang lain dan segala makhluk yang ada di dunia ini sehingga bukit dan gunung tidak mampu menerima tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Apa pun, setiap makhluk ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan beruk yang sukar ditewaskan adalah bidang makan pisang dan bergayut. "Jarang-jarang dan kadang-kadang' sangat akan ada manusia dapat menewaskan beruk bab makan pisang dan bergayut. Oleh yang demikian, biarlah beruk diangkat menjadi menteri beruk dan manusia jadilah menteri di kalangan manusia. Tidak wajar memusuhi beruk atau binatang-binatang lain kerana permusuhan ketat dengan binatang-binatang itu ialah sifat degil mereka dan jika kita bertindak memusuhi mereka menunjukkan kita menentang fitrah para beruk dan binatang.
6. Akhir kalam, sama-sama kita renungi pepatah ini untuk tidak terus-menerus berpecah merebut sesuatu yang bukan milik kita. “Realize that if a door closed, it’s because what was behind it wasn’t meant for you.”
Wallahualam
~: sani :~

Comments
Post a Comment