Hero
Salam,
1. Terkadang, aku termenung kenapa masyarakat kita masih gagal menemui 'hero' bangsa atau tanahair yang 'hero' dalam erti kata sebenarnya. Apa definisi sebenar perkataan "hero" itu? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) muka surat 452, definisi “hero” adalah;
Bruce Wayne akan menolak tawaran ini kerana
e) Human Torch (Johnny Storm)
Johnny pula menolak sepertimana dengan anggota-
f) The Flash (Barry Allen)
g) Superman (Clark Kent )
Superman pula alasannya mudah. Beliau tidak mahu
h) Aquaman
Aquaman merasa tidak mampu untuk mencuba
i) Wonder Woman
Wonder Woman awal-awal sudah mengibarkan bendera
1. Terkadang, aku termenung kenapa masyarakat kita masih gagal menemui 'hero' bangsa atau tanahair yang 'hero' dalam erti kata sebenarnya. Apa definisi sebenar perkataan "hero" itu? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) muka surat 452, definisi “hero” adalah;
a) Orang yang terkenal atau
disegani kerana keberanian
(kegagahan, peribadi yang mulia, dll.)
b) Watak lelaki utama dalam
cerita drama, filem, dll.”
2. Kategori manakah hero-hero yang sering dimunculkan dalam minda atau mimpi kita selama ini? Menjadi suatu kelaziman pula,
baik pengarah, pengarang mahu pun penulis akan memastikan hero itu merupakan seorang
yang tampan, segak, bergaya, bertubuh tinggi dan sasa serta mampu melindungi
dirinya daripada sebarang ancaman. Di akhir plot cerita, ‘hero’ akan berjaya
mencapai matlamat atau impiannya.
3. Oleh yang demikian, masyarakat seakan-akan sudah membentuk pola fikir bahawa hanya yang tampan, segak, bergaya sahaja layak menjadi hero dan yang tidak memiliki ciri-ciri itu hanya layak menjadi pelawak atau penjahat. Dari sudut idealnya memang itulah ciri-cirinya namun realiti sebenar di alam nyata tidak mungkin semuanya begitu. Maka, bongkah pemikiran yang sudah dipahat sedemikian rupa akan terus menjadi tugu yang meracuni pemikiran masyarakat. Apa jadinya jika yang tampan, segak dan bergaya itu kemampuan fizikal dan spritualnya amat rendah? Natijahnya adalah akan muncul hero-hero yang lembik dalam masyarakat dan tidak mampu memperjuangkan isu-isu besar untuk bangsa, agama dan tanahair.
4. Masyarakat hanya dikuasai kelompok hero-hero yang hanya menjadi pak turut dan tukang angguk kepada pengganas-pengganas yang bertopengkan penyelamat dunia kerana itulah tahap sebenar mereka yang termampu digalas. Bagaimana pula dengan yang tidak tampan, segak dan bergaya? Bukankah mereka hanya layak menjadi pelawak dan penjahat? Jika di kalangan mereka ini mempunyai kekuatan fizikal dan spritual yang hebat, maka pertembungan antara hero-hero lembik dan penjahat-penjahat yang gagah perkasa sudah pasti akan menghasilkan keputusan yang mudah dijangka. Hero-hero akan begitu mudah diratah oleh penjahat dan penjenayah yang dibentuk hasil pola fikir yang datangnya daripada budaya dan pengaruh drama, filem dan kepercayaan karut-marut yang dijunjung selama ini bahawa hero semestinya begitu.
5. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin yang ada ketika ini. Yang segak, tampan dan bergaya itu dijulang sebagai hero sedangkan kedangkalan dan kebaculan begitu menyerlah. Kemunculan mereka sebagai pemimpin hanyalah berkat anugerah Maha Pencipta terhadap perwatakan dan yang tercipta melalui hikayat hero yang menguasai fikiran masyarakat. Apabila berdebat dan berhujah, hero menjadi heroin dan penjahat menjadi hero. Hero hilang akal dan ketandusan idea malah amat lekeh dari sudut kepetahan berhujah dan berpidato. Hero menjadi makanan penjahat hingga berbuih-buih di kiri kanan mulut.
6. Nampaknya, hero-hero yang ada pada masa ini hanya layak menari dan menyanyi tanpa henti sehingga berbelas-belas persalinan pakaian berganti berguling-gantang dari atas bukit hinggalah ke kaki bukit turun naik, turun naik sehingga tamat lagu yang amat panjang. Sekali fikir, patutlah ragam jenayah dan keganasan semakin meningkat berpunca daripada hero-hero lembik dan kemetot daya fikir serta ketajaman fikiran sudah tidak berbekas dalam terowong otak. Yang penting, tampan, kacak dan bergaya walaupun akhirnya menjadi lauk-pauk penjenayah dan penjahat akibat daripada minda yang dicanai dengan persepsi hero ala Melayu dan Hindustan.
7. Tepuk dada tanya King Kong, tepuk bantal terus lena. Jika itulah hero yang selama ini kita dambakan dalam masyarakat, sampai bila pun negara dan bangsa tidak akan berada pada landasan yang betul kerana hidup di alam khayalan yang dihiasi dengan kisah dewa-dewi. Paling cerah peluang untuk bertemu hero sejati hanyalah di dalam mimpi.
8. Jikalau begitu, bagaimana untuk kita mengatasi masalah ketidakmunculan hero-hero bagi mengatasi masalah jenayah dan keganasan yang kian menebal? Hanya satu saja caranya adalah dengan mengupah superhero-superhero yang terkenal dari Amerika agar mereka dapat membantu negara kita. Tetapi, dari risikan aku, superhero-superhero itu akan menolak tawaran negara kita kerana;
a) Batman (Bruce Wayne)
Bruce Wayne akan menolak tawaran ini kerana
hutan-hutan dan gua di negara ini
yang semakin
berkurangan akibat kerakusan pemimpin-pemimpin
membolot
hutan-hutan untuk mengaut hasil balak
yang ada. Kelawar semakin pupus akibat tindakan
mereka ini dan ianya seolah-olah rakyat negara ini
menghina spesis kelawar.
b) Spiderman (Peter Parker)
Parker juga menolak tawaran ini dengan alasan di
Parker juga menolak tawaran ini dengan alasan di
Malaysia amat sedikit
bangunan-bangunan tinggi
yang menyukarkan
beliau untuk bergayut dari satu
bangunan ke satu bangunan. Jika ada sekalipun,
ianya jauh antara satu sama lain sehingga
memberikan risiko tersangkut di wayar
letrik dan
kabel talipon yang berselerak di ruang atas sekeliling
bangunan
yang ada.
c) Invisible Girl
(Susan Storm)
Susan pula akan menolak dengan alasan
Susan pula akan menolak dengan alasan
kemampuannya untuk menghilangkan diri yang
dimilikinya masih jauh untuk dapat menyaingi
kemampuan ilmu menghilangkan manusia dan benda-
benda
yang ada di dunia ini oleh rakyat Malaysia.
Katanya, rakyat Malaysia bukan saja
dapat
menghilangkan diri, malah mampu menghilangkan diri dari bebanan hutang,
aset-aset negara yang pernah
dikuasai, sampai hutang-hutang rasuah pun mampu
dihilangkan juga. Sekali ditambah dengan kehebatan
bomoh kokedai, pastinya Susan sembunyi belakang
petir dan guruh bimbang ditamparnya.
d) The Thing
Superhero ini pula menolak dengan alasan di Malaysia
Superhero ini pula menolak dengan alasan di Malaysia
sudah banyak orang kulitnya
lebih tebal dari dirinya.
Bukan hanya tebal untuk kebal peluru, malahan sudah
kebal dari rasa malu.
e) Human Torch (Johnny Storm)
Johnny pula menolak sepertimana dengan anggota-
anggota Fantastic 4 yang lain, kerana
bimbang akan
dituduh sebagai punca kebakaran di sana sini kerana di
Malaysia yang amat
terkenal dengan kegemaran
menuding jari kepada orang lain. Daripada mendapat
upah katanya, silap haribulan mendapat bala.
f) The Flash (Barry Allen)
Barry sebenarnya sudah mempertimbangkan untuk
menerima tawaran
ini, tetapi setelah melakukan kajian
terhadap cabang-cabang pemerintahan di
Malaysia,
beliau akhirnya menolak tawaran ini. Katanya, untuk
mendapatkan
tandatangan dari pemimpin sahaja,
sudah memerlukan wang bawah meja yang begitu
besar
jumlahnya. Bagaimana jika tawaran ini diterima,
pastinya banyak komisen
yang perlu dibelanjakan.
Tambahan lagi,
nak menandatangan surat sahaja
mengambil masa berhari-hari oleh pegawai-pegawai
yang ada. Yang penting katanya, bukan kekuatan fizikal
diperlukan di negara
ini, yang perlu adalah kekuatan
kewangan.
g) Superman (Clark Kent )
Superman pula alasannya mudah. Beliau tidak mahu
dilibatkan dengan
skandal-skandal lucah yang kian hari
kian berleluasa digunakan sebagai senjata.
Apa akan
jadi kepadanya yang hanya memakai seluar dalam
terbang ke sana sini
sudah pasti akan divideokan dan
menjadi bahan cemuhan seluruh rakyat.
h) Aquaman
Aquaman merasa tidak mampu untuk mencuba
memenuhi tawaran ini kerana katanya
laut dan lautan
yang ada di sekeliling Malaysia sudah banyak tercemar
dipenuhi
lumpur dan sampah akibat tabiat rakyat
Malaysia yang pengotor. Tambahan lagi,
projek tambak
laut menjadikan laut semakin mengecil dan alam
sekitar serta
hidupan laut turut terancam.
i) Wonder Woman
Wonder Woman awal-awal sudah mengibarkan bendera
putih untuk menerima tawaran
kerajaan Malaysia kerana
katanya daripada pembacaan berita-berita dari
Malaysia, jenayah seksual menjadi-jadi dan semakin
meningkat. Pastinya dengan
pakaian seksinya itu akan
menjadi mangsa penggila seks di sini.
j) Cat Woman
Cat Woman pula secara pukal menolak tawaran kerana
j) Cat Woman
Cat Woman pula secara pukal menolak tawaran kerana
apabila melihat
berita-berita di laman FB Dunia Kucing,
rakyat di negara ini ramai yang sadis
dan seperti gila
mendera kucing. Katanya, yang paling bahaya adalah
yang
alim-alim kucing.
k) Hulk (Bruce Banner)
Banner akhir sekali menolak kerana katanya jalan-jalan
k) Hulk (Bruce Banner)
Banner akhir sekali menolak kerana katanya jalan-jalan
di Malaysia terlalu
sempit berbanding ukuran tubuhnya.
Nak menunggu jalan-jalan besar pula katanya lagi,
terpaksa menunggu detik-detik pilihanraya. Jalan-jalan
pula berlumpur tanpa tar. Dengan keadaan beliau yang
sering tanpa baju, pasti akan penuh dengan lumpur. Itu
belum lagi kalau ada yang menuduh dia sebagai
ahli PAS
yang bertubuh hijau seakan-akan bendera parti itu.
Silap-silap dia
diharamkan masuk ke Malaysia.
9. Pilihan apa lagi yang ada untuk menjadikan Malaysia kembali memiliki hero sejati? Samseng kampung dusun sudah ada, yang belum ada adalah hero kampung dusun. Itupun hanyalah dusun kurma yang baru ditanam dan dikhabarkan memerlukan peruntukan wang berjuta ringgit. Jika gagal, hero akan membeli kurma dan digantung di setiap pelepah kurma yang ada. Itulah hero sejati.
Wallahualam
~: sani :~
Comments
Post a Comment