ORANG MINYAK
Dalam berbual, Razis beritahu di Kuala Kedah heboh kes orang minyak sedang mengamuk di sana. Apa yang diberitahu Razis benar-benar mengingatkan saya pada kes serupa juga di Kuala Kedah sekitar tahun 1997 atau 1998.
Ketika itu berminggu kecoh pasal orang minyak di Kuala Kedah. Kebetulan Kuala Kedah di bawah pentadbiran IPD Kota Setar di mana saya bertugas. Pihak polis terpaksa deploy anggota untuk berkawal kerana sudah jadi seperti pesta siang malam. Ada satu kes penduduk kejar seorang pekerja myanmar danbeliau terjatuh ramai-ramai memukul sehingga cedera parah.
Setiap pagi mesyuarat dengan Ketua Polis Daerah hangat dengan kes orang minyak sedangkan banyak kes lain yang lebih penting dan diberi perhatian.
Di masjid di kawasan berhampiran yang dikatakan orang minyak mengamuk penuh dengan botol di tangga masjid kononnya orang minyak ditangkap dan disumbat dalam botol itu. Ada sebahagian botol di campak bawah Jambatan Seberang Tok Pasai.
Saya yang sudah menyampah dengan keadaan ini kerana anggota saya juga terpaksa dikerah bertugas di situ akhirnya bertanya Ketua Polis Daerah dan semua pegawai yang hadir. Perlukah kita melayan cerita dongeng begini? Orang minyak hanya ada kaitan dengan kes rogol. Ada atau tidak laporan polis mangsa rogol di balai polis Kuala Kedah? Hingga sekarang satu pun tak ada. Tak mungkin orang minyak terlibat kes hisap dadah, main judi, pukul orang, merompak, malah meliwat pun orang minyak tak buat dia hanya mahu anak dara dan bahagian depan saja.
Ketua Polis Daerah kata betul jugak... buang masa saja dan ia boleh akibatkan jadi gaduh gempar. Silap orang lalu kena pukul disangka orang minyak. Saya cadangkan tarik semua pegawai dan anggota bertugas dan biar saja Ketua Polis Balai Kuala Kedah uruskan. Ada orang berkumpul minta disperse saja.
Akhirnya kes itu senyap dan padam begitu saja. Moralnya di sini, walaupun ketika itu belum ada isu viral dan media sosial, khabar angin dan fitnah jika tidak dikawal hanya mengundang pembaziran masa, anggota dan pegawai bertugas. Jangan dilayan cerita tak masuk akal seperti ini insyallah lama-kelamaan masyarakat akan lebih terdidik.
Daripada risikan saya dan anggota saya. kes ini lebih kepada isteri curang kepada suami. Suami ke laut, dia berenang dengan cinta hatinya di rumah. Suami pulang mengejut, cinta hati terjun tingkap dan si isteri menjerit "Orang Minyakkkkk! Orang Minyak! untuk selamatkan dirinya yang hampir kantoi.
Ambil ini sebagai iktibar kerana banyak cara untuk mencetuskan rasa panik.. dan salah satunya adalah berpunca daripada DEMAM BALI.

Comments
Post a Comment