Fifth Column
Salam,
1. Sejarah telah membuktikan bahawa sejak Perang Dunia Pertama hingga sekarang, infiltrasi pihak musuh ke dalam sistem dan institusi sesebuah negara merupakan salah satu punca bagaimana musuh berjaya menyerang dan menguasai sesebuah negara dengan mudah. Maklumat awal merupakan senjata utama dalam membuat sebarang keputusan untuk merangka perancangan dalam membuat serangan, sabotaj ataupun sebarang tindakan berbentuk penjajahan. Menurut Sun Tzu penulis buku The Art of War, risikan memainkan peranan utama dalam setiap peperangan. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan risikan adalah melalui pengintip-pengintip atau perisik yang dihantar ke dalam wilayah musuh untuk membekalkan maklumat risikan kepada musuh bagi membuat perancangan yang efektif.
2. Dalam dunia perisikan, wujudnya satu kelompok atau individu-individu yang memainkan peranan dalam penyaluran maklumat kepada musuh yang dikenali sebagai 'Fifth Column Element'. Bagi yang telah melalui proses pembelajaran berhubung kegiatan perisikan atau dunia perisikan, terminologi ini bukan sesuatu yang asing. Menurut wikipedia, "A fifth column is any group of people who undermine a larger group such as a nation or a besieged city from within. The activities of a fifth column can be overt or clandestine. Forces gathered in secret can mobilize openly to assist an external attack. This term is also extended to organized actions by military personnel. Clandestine fifth column activities can involve acts of sabotage, disinformation, or espionage executed within defense lines by secret sympathizers with an external force."
3. Sekiranya difahami apa maksud yang ditakrifkan berhubung 'fifth column' ini, jelas menunjukkan bahawa sekumpulan orang yang digunakan bagi tujuan untuk melemahkan kumpulan besar atau negara yang akan diserang dari dalam. Kegiatan mereka secara terbuka dengan menggunakan kaedah rahsia untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan serangan dari pihak luar. Mereka terdiri daripada mereka yang bersimpati atau mendukung kuasa luar. Apakah kelompok seperti ini tidak ada di dalam negara kita? Daripada maklumat yang diperolehi, kejatuhan Iraq dan Libya juga didalangi oleh kelompok ini termasuklah apa yang dihadapi oleh Hamas dalam perjuangan menentang Zionis sehingga membawa kepada penangkapan 8 orang talibarut Zionis dan dijatuhkan hukuman bunuh baru-baru ini.
4. Mari kita sama-sama bayang dan renungkan apa yang berlaku dalam negara kita dalam konteks 'fifth column' ini. Dengan kehadiran sebanyak 2,116,998 pekerja asing yang sah dan berdaftar berada di negara ini sehingga 30 Jun 2013 sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 24 Oktober 2013, apakah angka ini tidak mencetuskan kebimbangan wujudnya kelompok 'fifth column' ini? Daripada lebih 2 juta warga asing, apakah tidak mungkin 100 atau 200 orang yang menjadi talibarut dalam penyaluran maklumat kepada negara asal mereka? Apakah kita lupa dengan peristiwa 'konfrantasi' dengan negara jiran dan lebih dikenali dengan slogan 'Ganyang Malaysia'? Daripada jumlah itu, Indonesia menjuarai kedudukan dari segi angka diikuti Nepal, Myanmar, Bangladesh dan India. Jumlah itu adalah merupakan angka yang berdaftar. Bagaimana pula dengan jumlah yang tidak berdaftar?
5. Menyingkap sejarah Ganyang Malaysia, pada 12 April 1963, sukarelawan perang dan para gerila Indonesia mula bertindak menyelinap masuk ke dalam sempadan Malaysia dengan menyerang Balai Polis Tebedu di Sarawak, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada sempadan Indonesia. Pada 29 Disember 1963, gerila perang Indonesia telah melancarkan serangan mengejut ke Pos tentera di Kalabakan, Tawau,Sabah. Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia dimana pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Walaupun kesemua serangan yang dilakukan itu berjaya dipatahkan, ianya meletakkan negara dalam situasi yang amat merbahaya. Peperangan biasanya akan mengakibatkan menang jadi arang kalah jadi abu ditambah dengan senjata zaman moden sekarang yang menggunakan senjata-senjata canggih dengan impak yang begitu dahsyat.
6. Tugas dibahu pihak perisikan negara semakin besar samada dari agensi mana sekalipun bagi berdepan situasi keselamatan yang kian kompleks. Rakyat juga harus memainkan peranan dalam membantu pihak perisikan dalam sudut penyaluran maklumat bagi mengelakkan negara disusupi oleh elemen-elemen tidak bertanggungjawab termasuklah talibarut-talibarut yang terdiri daripada rakyat tempatan. Kisah yang berlaku kepada kejatuhan Empayar Melaka angkara Si Kitul dan Raja Mendeliar tidak harus dilupakan oleh rakyat negara ini tidak kira bangsa, jantina, umur dan agama walaupun sedetik. Penyakit yang datang tidak dijemput namun untuk pergi puas dihambat tetap berdegil. Cegah sebelum parah, berlindung kalau berkubu.
7. Sudah sampai masanya pertimbangan terhadap ancaman dari sudut ini diberikan tumpuan oleh kerajaan khususnya pihak keselamatan dalam menentukan dasar kemasukan pekerja asing diperhalusi demi kestabilan dan keselamatan negara. Dalam keadaan sekarang saja, kegoyahan ekonomi negara sudah jelas sedikit sebanyak berpunca daripada kehadiran warga asing yang jika tidak dikawal akan mengakibatkan musibah yang lebih besar. Daripada aktiviti penyeludupan, pelacuran, dadah, rasuah, jenayah berat dan bermacam lagi kes yang di luar pemikiran rakyat Malaysia sebelum ini. Merujuk kepada laporan tahunan oleh Kementerian Kewangan, kiriman wang keluar negara oleh pekerja asing mencatatkan jumlah sebanyak RM13.4 bilion pada tahun 2010 meningkat kepada RM19.745 bilion pada tahun 2012. Dari sudut ekonomi, kebocoran ringgit dari kitaran dalam negara akan menyebabkan ringgit semakin lemah malah kedudukan ekonomi negara akan menguncup. Kemunculan perniagaan makanan nasi kandar oleh warga India dan masakan Thai oleh warga Thai dari Selatan negara itu wajar diberi perhatian kerana rasanya jumlah sediada sudah jauh dari cukup berbanding keperluan rakyat ketika ini. Kesan kepada peniaga makanan tempatan sudah pasti terjejas namun jauh lebih merbahaya adalah elemen penyusupan perisik-perisik luar yang bertopengkan pelarian ekonomi dari negara asal mereka.
8. Usaha mengesan 'Fifth Column Activites' tidak semudah mencari petrol si stesen minyak. Namun demikian, tidak pula ianya mustahil dilakukan kerana kata-kata mustahil itu hanya datang daripada manusia yang mustahil ada dalam agensi perisikan yang berwibawa. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, apa yang perlu dilakukan adalah, dengan segala kemudahan dan kelengkapan yang ada dibekalkan oleh kerajaan, nasib rakyat tergantung sepenuhnya kepada kemampuan pihak keselamatan berfungsi segah nama yang telah dipahat selama ini. Pinggirkan sindrom penafian jika ada kritikan dan pandangan yang tidak seiring kerana dari situlah akan datangnya saranan ikhlas daripada mereka yang cintakan bangsa, agama dan tanahair. Peristiwa serangan pengganas di Lahad Datu wajar dijadikan iktibar untuk sama-sama belajar daripada kesilapan lampau. Akhir kata, sama-sama kita doakan agar tanahair kita sentiasa dilindungi daripada segala mara dan bahaya.
Wallahualam
~: sani :~

Comments
Post a Comment