Pengkhianat

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka mengkhianati agama

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka mengkhianati bangsa

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka menzalimi sesama ummah

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka memfitnah di mana-mana

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka mengkucarkacirkan hubungan sesama manusia

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka menipu rakyat

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka membuta dan memekakkan rakyat dari kebenaran

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka mempertahankan pemimpin yang korup dan boros

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka membolot hak rakyat

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka membebankan rakyat

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka menghancurkan masa depan negara

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka membiarkan rakyat dikelilingi penjarah dan penjenayah

Ya aku memang pengkhianat kerana aku mengkhianati usaha mereka menjadi jin dan syaitan menganiaya manusia

Jika atas semua ini aku menjadi pengkhianat, maka aku sememangnya pengkhianat dan aku bersetuju tanpa sebarang bantahan

Wallahualam

~: sani :~


Comments

Popular Posts