TSUNAMI POLITIK PERTAMA



Pilihanraya 1969 yang membawa kepada detik-detik cemas peristiwa 13 Mei 1969 membuktikan Perikatan (sekarang BN) nyaris tidak dapat membentuk kerajaan pusat apabila hanya mendapat 76 kerusi dari 144 kerusi parlimen dan pembentukan dua kerajaan negeri menemui jalan buntu. Di Perak Perikatan mendapat 19 kerusi berbanding pembangkang 21 kerusi. Di Selangor kerusi diperolehi Perikatan dan pembangkang terikat 14-14.

Jika pecahan kerusi di Dewan Rakyat dipecahkan megikut parti; memang tepatlah PRU 1969 menjadi Tsunami Politik Pertama negara ini dan buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya, Perikatan tidak mendapat penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat. Kemenangan jumlah kerusi Perikatan merosot.

Berikut pecahan tersebut;
Umno: 51
MCA: 13
MIC: 2
DAP: 13
PAS: 12
Gerakan: 8
PPP: 4
Perikatan Sarawak: 7
SUPP: 5
SNAP: 9
Pesaka: 2
USNO: 13
SCA: 3

Bebas: 1

Kedudukan tersebut telah meletakkan wakil Melayu dalam Dewan Rakyat seramai 80 orang manakala wakil Bukan Melayu (termasuk Bumiputera Sabah Sarawak) seramai 64 orang.

Ada beberapa sumber yang mendakwa bahawa kedudukan Perikatan yang goyah ketika itulah menyebabkan tindakan-tindakan politik secara strategik telah dibuat dan dilaksanakan oleh Perikatan dan ada mengaitkannya dengan berlakunya rusuhan kaum 13 Mei walaupun sumber rasmi mengatakan sebaliknya.

Yang pasti, semuanya bermotifkan usaha menyekat pengaruh politik parti-parti pembangkang ketika itu. Alasan perkauman seperti kehilangan kuasa politik Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu menjadi modal Perikatan memancing sentimen orang Melayu. UMNO menyedari hanya kaedah ini sahaja mampu memecah sokongan besar orang Melayu kepada PAS ketika itu kerana isu bangsa dan agama sangat menyentuh hati kaum Melayu.

Tidakkah umpan sama dihidangkan kepada rakyat ketika ini?

Comments

Popular Posts