MEMAKMURKAN JIRAN DAN PERKONGSIAN BIJAK

Masalah yang berlaku di sesebuah negara jika tidak diselesaikan akan secara tidak langsung memberikan implikasi keselamatan, ekonomi dan politik jangka panjang kepada negara lain termasuk Malaysia. Menyedari akan masalah yang berlaku di negara-negara jiran ini menyebabkan Malaysia sangat menekankan kepada polisi memakmurkan jiran, satu polisi yang bertujuan untuk mencapai keadaan situasi menang-menang di antara negara jiran dan Malaysia.

Pada tahun 1996, Dr Mahathir menganjurkan konsep perkongsian bijak dan memakmurkan jiran. Mengambil kes hubungan Malaysia-Filipina, Dr Mahathir melihat penglibatan Malaysia dalam proses keamanan di antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan Filipina mempunyai kesan langsung kepada kepentingan dan perkiraan keselamatan negara.

Dalam hal ini, isu yang paling mendesak yang membawa kepada penglibatan Malaysia di wilayah bergolak ini adalah bertujuan untuk memastikan agar konflik yang membawa banyak masalah kepada Malaysia ini, misalnya isu pendatang dan pelarian Filipina dan masalah penculikan oleh Abu Sayaf di negeri Sabah yang telah berlanjutan sejak sekian lama akan dapat diselesaikan apabila proses keamanan ini dicapai kelak. Intipati ini merupakan asas kepada dasar memakmurkan jiran yang diamalkan oleh Malaysia dan penglibatan negara dalam proses keamanan yang berlangsung di selatan Filipina.

Beza zaman Tun Mahathir dan kepimpinan selepasnya menyebabkan peningkatan jumlah penculikan bertali arus Kumpulan Abu Sayaf dalam wilayah kita. Di mana kedaulatan negara kita sekarang? Memang negara tidak mampu memakmurkan jiran apabila negara sendiri mengikut data Bank Negara, Malaysia berdepan hutang luar negara mencecah RM908.7 bilion pada tahun 2016.

Pelbagai dasar luar yang menjadikan Malaysia begitu dihormati pihak luar di era Tun Mahahir sebagai PM. Mana perginya dasar perkongsian bijak dianjurkan Tun Mahathir? Perkongsian Bodoh? Dasar negara sekarang yang tinggal adalah DASAR TAK SEDAR DIRI.

Comments

Popular Posts