HARGA SEBUAH 'RENYEH' DAN TEPUKAN
Jika apa yang disebut oleh Tun M 'Cash is King' itu tidak benar, Najib membuktikan ia benar. Namun ia hanya mampu membeli foto-foto dan rakaman lawatan dan pengumuman memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta kepada Hospital Tung Shin.
Hati dan minda kaum Cina sudah tertanam rasa benci yang amat sangat terhadap BN apatah lagi UMNO. Mereka tidak pernah lupa walaupun sedetik kata-kata pemimpin UMNO "Apa lagi orang Cina mahu" sebaik BN gagal meraih kerusi 2/3 di parlimen dalam PRU13 lepas. Kata-kata menghina, memperlekeh dan mengherdik kaum CIna di negara ini oleh pemimpin UMNO serta kepayahan mereka mengharungi dunia perniagaan angkara dasar dan perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO sehingga berada pada kedudkan seperti sekarang jangan harap akan lupus dari fikiran mereka.
Walaupun mereka yang menerima peruntukan RM3 juta itu kelihatan tersengeh, renyeh dan tepuk tangan, itu bukan ukuran sebenar kerana apalah sangat sukarnya bermodalkan tepuk tangan dan renyeh untuk RM3 juta ringgit? Hospital ini adalah hospital swasta yang punya sumber kewangan kukuh berbanding hospital kerajaan yang seratus peratus mengharapkan peruntukan kerajaan kenapa membiarkan berbagai peruntukan dipotong? Jarum, ubat-ubatan dan segala-galanya dipotong peruntukan sehingga rakyat perlu membeli sebahagian ubat dan alatan rawatan di farmasi dengan menggunakan wang sendiri dari saku yang bocor.
Selepas ini wajarlah Najib mengumumkan peruntukan jutaan ringgit untuk semua hospital swasta, klinik swasta dan semua pusat rawatan samada swasta dan kerajaan kerana kantung kerajaan terlalu kembung sehingga tak ada tempat dapat menyimpannya. Jangan dilewatkan barang seminit untuk semua menyerbu JPM untuk tujuan ini kerana hati Najib sedang terpana hati seorang pemurah lagi murah-murahan.
Menggunakan wang pembayar cukai untuk meraih populariti dan sokongan pengundi bagi mempertahankan kuasa sendiri adalah suatu tindakan paling hina oleh mana-mana individu atau pihak. Mahu berjasa, keluarkan wang dan harta sendiri tak siapa akan mengeluh atau merungut.
Tapi apabila wang rakyat dan kepentingan rakyat secara keseluruhan dipertaruhkan, itu tandanya pengkhianatan secara terang-terangan terhadap amanah dipundak masing-masing. Tidak ada manusia yang waras tidak tahu wang itu bukan wang peribadi tetapi wang rakyat yang setiap detik dan hari tidak pernah lepas dari terpaksa menghulurkan cukai ke kantung pemerintah.
Berpada-pada memperbodoh dan menindas rakyat kerana Shah Iran tidak pernah terlintas di benaknya bahawa dia akan berakhir sedemikian rupa. Begitu juga Saddam Hussein, Muammar Ghadafi, Marcos dan ramai lagi.
Comments
Post a Comment