ANEH TAPI NYATA
Rakyat pilih untuk berSUARA bagi pihak mereka tetapi mereka memBISU
Dibayar upah untuk berjuang menentang dasar-dasar yang menindas rakyatl tetapi mereka berkecuali
Hotel dan bilik tidur ada tetapi Dewan Rakyat jadi tempat tidur
Speaker peranannya mengawal Dewan Rakyat agar mematuhi peraturan dewan tetapi mengambil alih peranan Tembok Besar Negeri China
Subsidi sebagai alat membantu rakyat dirampas atas alasan membantu rakyat
Untuk bantu rakyat sepatutnya turunkan harga bahanapi tetapi dinaikkan harga bahanapi dengan alasan sama
GST akan menjadi punca kenaikan harga barang dan perkhidmatan tapi dicanang menjadi punca penurunan harga barang
Kejatuhan nilai ringgit menjadi penyebab inflasi dan kejatuhan kuasa beli rakyat tapi diberitahu ramai pelancong akan datang ke negara ini
Peningkatan begitu mendadak kos perbelanjaan rakyat setiap hari tapi alaan diberi BR1M akan membantu rakyat (Semua dapat?)
Konsesi tol akan tamat diumumkan kerajaan akan hentikan bayaran tol
Harga ayam bertambah disuruh rakyat makan itik
Rakyat mengeluh harga barang mahal disuruh rakyat pindah ke negara lain...
Makin difikir makin gila dibuatnya ...
Ya Allahhhhhhh!! Kenapa dijadikan manusia seperti ini alangkah baiknya dijadikan saja haiwan yang hanya sesuai makan dan dimakan?
Comments
Post a Comment