TIMUR TENGAH TIDAK PERNAH SUNYI DARI PERGOLAKAN
Pada 18 November 2017, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika disoal pemberita berhubung kenaikan harga minyak secara berterusan di pasaran tempatan, beliau memberi alasan kenaikan harga minyak di pasaran sekarang berpunca daripada pergolakan di Asia Barat. Kenyataan beliau ini dibuat kepada pemberita selepas program Kenduri Sekampung Warga Felda di Felda Ijok, dekat Selama, Perak.
Soalnya di sini, sejak bila Asia Barat atau disebut Timur Tengah itu aman tenteram dan tidak bergolak? Mengambil contoh pergolakan di Palestin saja sudah cukup untuk menafikan alasan dangkal menteri terbabit.
Sejak tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, satu demi satu konflik berlaku di antara Israel dengan negara-negara Arab. Mereka terus bertelingkah di antara satu sama lain atas sebab tertentu yang kemudiannya pertelingkahan ini memberi peluang kepada kuasa-kuasa besar seperti Amerika, Britain dan Kesatuan Soviet untuk memainkan peranan mereka agar negara-negara Arab sentiasa berada di bawah pengaruh mereka.
Perang Arab-Israel 1967 telah meletus pada 5 Jun 1967 dan berakhir sepenuhnya pada 11 Jun 1967. Perang Arab-Israel 1967 melibatkan Israel di satu pihak dan Mesir, Syria dan Jordan di pihak lain yang secara tidak langsung mewakili pihak Arab. Peperangan yang berakhir dengan kemenangan Israel menyebabkan geo-politik di wilayah terbabit tidak pernah aman. Apakah ini bukan pergolakan? Berapa harga minyak di negara ini ketika itu?
Perang Iraq dan Iran yang bermula pada bulan September 1980 dan berakhir pada bulan Ogos 1988 selama 8 tahun apakah ianya bukan pergolakan di Asia Barat? Kedua-duanya merupakan penyumbang utama kepada bekalan minyak dunia. Berapa harga minyak di pasaran tempatan?
Selang 2 tahun iaitu pada 2 Ogos 1990 Iraq menyerang Kuwait. Lantaran pencerobohan Iraq ini, bermula Perang Teluk apabila PBB memberikan kuasa pakatan tentera daripada 34 buah negara, diketuai oleh Amerika Syarikat, menyerang Iraq kononnya untuk membebaskan Kuwait. Selepas enam minggu, angkatan tentera Iraq terpaksa berundur dari Kuwait pada 26 Februari 1991.
Pada tahun 2003, Amerika Syarikat dengan negara sekutunya melakukan serangan terhadap Iraq berbekalkan alasan melupuskan senjata pemusnah Iraq. Saddam Hussein berjaya ditangkap dan dihukum gantung pada 30 Disember 2006 dan selepas Saddam Hussein ditumbangkan Iraq terus bergolak dengan munculnya pejuang-pejuang militan yang menjadikan Iraq sebagai medan mereka untuk berjihad (kononnya).
Pemberontakan di Syria atau perang saudara Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan sehingga kini sejak awal 2011. Pada tahun yang sama Presiden Muammar Gaddafi Berjaya digulingkan dan dibunuh oleh pemberontak yang didalangi CIA.
Sejak 18 Disember 2010 meletus apa yang disebut ‘Arab Spring’ dengan bermula di Tunisia, Mesir, perang saudara di Libya, di Bahrain, Syria, Yaman, Aljazair, Iraq, Jordan, Maghribi, Oman, Kuwait, Lebanon, Mauritania, Arab Saudi, Sudan, dan Sahara Barat.
Rusuhan di sempadan Israel bulan Mei 2011 juga terinspirasi oleh Arab Spring. Sehingga Julai 2011, tunjuk perasaan ini telah mengakibatkan penggulingan dua ketua negara, iaitu Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali yang melarikan diri ke Arab Saudi dan di Mesir, Presiden Hosni Mubarak mengundur diri pada 11 Februari 2011, setelah 18 hari bantahan besar-besaran dan mengakhiri kepemimpinannya selama 30 tahun.
Konflik di Turki juga tidak pernah reda dari politik dalaman sehinggalah ancaman puak Kurdish di sempadan Syria.
Begitu juga Mesir yang telah melalui proses demokrasi sehingga terpilihnya Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah tetapi akhirnya digulingkan oleh Ketua Tentera Mesir , Abdel Fattah al-Sisi pada 30 Jun 2013.
Arab Saudi terus dibelenggu kegiatan militan sehingga kini sementara Lubnan pula menjadi tapak gerakan Hizbollah dan ini menyebabkan Lubnan terdedah pada serangan Israel. Iran juga sehingga kini terus ditekan oleh Amerika atas alasan cuba membangunkan senjata nuklear.
Boleh Pak Menteri jelaskan bila Asia Barat atau Timur Tengah tidak bergolak untuk menurunkan harga minyak? Jika zaman sebelum Pak Lah dan Najib harga minyak masih boleh dikawal, kenapa sekarang tidak?

Comments
Post a Comment