PAS - Analisis Santai di Perlis


Sokongan dan undi PAS 100% datangnya dari pengundi Melayu tetapi dalam PRU12 dan PRU13 disebabkan tsunami Cina dan isu-isu melibatkan renjatan kepada UMNO/BN menambahkan sokongan dan undi bukan Melayu kepada PAS
di seluruh negara. Sementara dalam PRU11, undi Melayu terhadap PAS juga bertambah ekoran pemecatan DSAI dan isu mata lebam.

Jika dimabu kembali PRU 1964 dan 1969, kedudukan PAS di Perlis begitu kuat berbanding kedudukan PAS Kedah dan lain-lain negeri. Tokoh-tokoh PAS ketika itu seperti Cikgu Taharim sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis (mati dibunuh) dan Ustaz Abu Bakar Hamzah sebagai Setiausaha Agung PAS Pusat begitu kuat menarik sokongan pengundi Melayu Perlis selain PSRM.

Jadi kedudukan pembangkang di Perlis pada 1964 dan 1969 membuktikan PAS memang tanah yang subur buat pembangkang. Dengan kehadiran Jaafar Hasan sebagai pemimpin UMNO PAS semakin lemah sehingga akhirnya 15 kerusi DUN negeri itu hampir berjaya semuanya dibolot BN.

Kenapa? Walaupun pengundi Melayu berjumlah 84.14 % dan Cina hanya 11.66% sementara India cuma 1.52% PAS masih gagal mendabik dada di negeri bersempadan Thailand itu? Maknanya pengundi Melayu juga menolak PAS di sana dan hanya mampu menarik nafas lega untuk menang tipis di Sanglang dan Simpang 4 (hanya sekali). Dengan kedudukan 3 kerusi parlimen dan 15 DUN itu apakah PAS gagal meyakinkan rakyat di Perlis? PAS Perlis gagal melahirkan tokoh dihormati dan diyakini selain Dato Harun Din? Dengan pemergian arwah Dato Harun Din, imej PAS semakin terhakis. Kenapa? Hanya bergantung pada ketokohan seseorang bukan perjuangan parti?

PAS Perlis tidak punya visi dan misi jelas untuk meraih sokongan pengundi di negeri itu? Dengan bersekongkol dengan UMNO dan memusuhi PH apakah PAS akan menjadi lebih kuat berbading PRU11, PRU12 dan PRU13? Logikanya, PAS Perlis akan menerima padah hingga hilang satu2nya kerusi oksigennya di Sanglang dan hanya mampu bertakbir dan wala' kepada pemimpin sehingga kesemua mereka bangun dari mimpi bahawa tidak semua mimpi itu mengasikkan. Mimpi panjang yang penuh rahmah hanyalah milik pemuda-pemuda Ashabul Kahfi.

Comments

Popular Posts