STRATEGI PEMASARAN


Heboh dan gamat semalam di media sosial gara-gara Victoria's Secret Kota Kinabalu diserbu pengunjung berebut membeli 'perfume' yang kononnya harga asal RM79 dijual RM29. Dari video yang ditular itu, kelihatan pelanggan seakan histeria dan pintu serta cermin kedai seakan-akan runtuh akibat 'ketagihan' di tahap parah untuk mengenakan 'perfume'. Yang peliknya, di Victoria's Secret Aman Central Alor Setar tidak pula sampai begitu? Itu belum lagi ketum yang gah kononnya banyak khasiat sedangkan ganja, morphine dan heroin juga khasiatnya besar tetapi diharamkan. 

Berbalik pada gelagat pelanggan menyerbu Victoria's Secret itu, AKHIRNYA alasan paling mustajab digunakan adalah STRATEGI PEMASARAN. Di Malaysia sekarang jangan sesiapa gusar dan bimbang untuk bertindak bodoh atau memalukan kerana alasan mustajab sudah disediakan bukan saja oleh pelakunya, tetapi juga makhluk-makhluk yang mahu membuktikan bahawa merekalah manusia serba tahu. 

Sebelum ini selebriti Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di kelab malam Zouk sehingga mengundang kritikan hebat dari netizen. Berbagai alasan digunakan untuk menepis kritikan itu dan akhirnya yang paling mustajab adalah STRATEGI PEMASARAN.  Semakan mendapati kira-kira 100,000 pengguna Instagram bertindak 'unfollow' atau menarik diri daripada menjadi pengikutnya dan apakah ini juga Strategi Pemasaran? 

Begitu juga dengan Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida  dan Datuk Aliff Syukri yang begitu banyak lagak bodoh dan 'gila-gila' dilakukan sehingga dicemuh pelbagai peringkat rakyat negara ini tetapi mereka telah dibekalkan senjata pemusnah dengan nama STRATEGI PEMASARAN. Bulan Oktober 2016 kecoh kisah jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hampir mencecah lebih RM4.2 juta seperti yang ditulis media. Tak apalah jika itu juga adalah STRATEGI PEMASARAN. 

Sementara Datuk Aliff Syukri 
pengasas D'Herbs pula mengikut laporan media pada awal Januari 2018, kereta mewah miliknya jenis Rolls Royce Ghost telah disita dalam Ops Patuh oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Kereta terbabit yang dipandu seorang warga Australia disita selepas pemeriksaan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai lesen memandu sah di negara ini. Pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati kenderaan itu menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan Sarawak sedangkan kenderaan terbabit digunakan di Semenanjung.

Difahamkan, kereta mewah dianggarkan berharga lebih RM1 juta itu disewa oleh dua warga asing terbabit dari sebuah agensi kereta sewa mewah milik Aliff. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, berkata kesalahan ini dikategorikan sebagai penipuan lokasi pengisytiharan penggunaan LKM dan ia melanggar Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 malah nombor plat kenderaan PMD1 miliknya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan. 
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, cukai jalan kenderaan itu didaftarkan di Sarawak sedangkan jika di Semenanjung, LKM kenderaan itu jumlah cukainya lebih RM20,000, namun cukai LKM untuk kenderaan terbabit di Sarawak hanya RM5,873. Ini pun tidak mengapa kerana jika itu juga STRATEGI PEMASARAN. 

Negara ini sudah sampai ke paras didih merbahaya apabila kebodohan dan setiap tindakan tidak beretika, menipu, jahat dan memang bodoh tetapi masih diberi peluang melepaskan diri atas pelbagai nama suci seperti STRTAEGI PEMASARAN, baik sangka, mengatasnamakan rakyat, derma, demi bangsa, agama dan tanahair serta banyak lagi. Mencurilah, menyamunlah, kautlah sebanyak manapun rasuah kerana semua itu adalah DERMA. Pergilah ke tanah suci beribadah walaupun sumbernya dari hasil mencuri kerana ianya ikhlas dari pencuri dan penyamun. Sesiapa mengkritik akan berdepan tindak balas berskala tsunami dari bala tentera badut dengan topeng-topeng Melayu, Islam, jubah, serban dan karekteristik Hang Tuah. 

Jangan hairan suatu hari nanti walaupun Neelofa atau selebriti tertentu terkincit, terberak atau terkencing ketika berjalan hingga 'lencun' pakaiannya dan bau meloyakan juga tidak akan merasa malu kerana itulah STRATEGI PEMASARAN untuk melariskan pakaian terkena taik, kencing dan bau 'awesome' itu. 

Comments

Popular Posts