Jumlah Institusi Beraja Di Dunia


Jumlah institusi beraja yang masih wujud di dunia ialah 44 atau 45 negara. Ia boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

Negara-negara Komanwel

Ada 16 negara Komanwel yang ketua negaranya ialah Queen Elizabeth II iaitu Antigua dan Barbuda, Australia, Bahamas, Barbados, Belize, Kanada, Grenada, Jamaica, New Zealand, Papau New Guinea, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Kepulauan Solomon, Tuvalu, United Kingdom dan Utara Ireland. Raja ini mempunyai kuasa yang terhad dan hanya terlibat sebagai adat istiadat sahaja.

Monarki Berpelembagaan Eropah

Terdiri daripada 8 negara iaitu Andorra, Belgium, Denmark, Luxembourg, Belanda, Norway, Sepanyol dan Sweeden. Mereka juga raja yang berkuasa terhad dengan hanya terlibat sebagai upacara adat istiadat dan sebagai ketua agama. Cuma yang uniknya, Andorra bukan raja keturunan sebaliknya dilantik dari president Perancis dan Bishop of Urgell. Bagaimana boleh jadi macam itu?ia melibatkan perkara yang berlaku pada zaman dahulu, kira macam raja Perancis sebagai penaung negara Andorra la.

Monarki Mutlak Eropah

Kedua-dua raja ini mempunyai kuasa politik yang kuat serta mempunyai pegangan yang besar dalam hartanah serta syarikat. Liechtenseins berada berhampiran Austria dan diberi nama berdasarkan istana keluarga Liechenstein dari tahun 1140 lagi. Hans mempunyai kuasa veto dalam kerajaan dan boleh melantik dan memecat pegawai kerajaan tetapi rakyat boleh menggunakan referendum untuk menghentikan institusi beraja.Manakala Raja Monaco pula hanya boleh melantik pegawai kerajaan.

Institusi Beraja Islam

Melibatkan 10 negara iaitu Malaysia, Brunei, Bahrain, Jordan, Arab Saudi, Kuwait, Morocco, Oman, Qatar dan UAE. Mereka mempunyai lebih kuasa berbanding raja di bawah payung Komanwel atau raja Eropah. Malah ada raja yang berkuasa mutlak. Malaysia rasanya yang paling unik dengan 9 raja dan di antara mereka akan dilantik seorang Agong setiap 5 tahun. Indonesia dulu banyak raja tapi lenyap dibunuh dan turun tahta ketika proses kemerdekaan negara mereka.

Institusi Beraja Asia Timur

Ada 4 negara iaitu Jepun, Thailand, Kemboja, Bhutan. Mempunyai kuasa yang terhad dan hanya terlibat dengan adat istiadat. Tiga negara ini tidak pernah dijajah kuasa barat kecuali Kemboja yang dijajah oleh Perancis dan digulingkan oleh Khmer Rouge sebelum dikembalikan kepada raja pada tahun 1993. Raja Thailand dan Bhutan mengurangkan sendiri kuasa mereka bagi memodenkan negara ataupun akibat tentangan rakyat atau tekanan kuasa asing masing-masing pada 1932 dan 1953. Jepun pula mengurangkan kuasa rajanya apabila kalah dalam perang dunia ke-2.

Lain-lain Institusi Beraja

Lima lagi institusi beraja ialah Tonga dan Samoa (Raja Berpelembagaan), Swaziland dan Vatican City (Raja mutlak), dan Lesotho ( Raja seperti sistem Raja Negeri Sembilan).

Paling menarik, kesemua raja-raja di seluruh dunia tidak pula campurtangan dengan kehendak rakyat untuk memilih siapa dan pihak mana akan menubuhkan kerajaan. Queen Elizabeth dan Raja Thai tidak menentukan parti mana perlu diundi untuk menubuhkan kerajaan. Malah ketika King Bhumibol masih hidup, beliau akan memanggl pemimpin utama kerajaan termasuk panglima angkatan tentera Thai mengadap untuk selesaikan kemelut yang merugikan rakyat. Baginda merupakan tokoh penyatu antara politik dan rakyat. Semasa zaman pemerintahannya, Raja Bhumibol terkenal dengan ketegasannya dalam pentadbiran negara. Malah, baginda merupakan tunjang utama kestabilan politik di Thailand, terutamanya dalam dua insiden terbesar Thailand:

1. Pemberontakan Besar Thailand 1973

Pemberontakan ini merupakan protes besar mahasiswa universiti terhadap pemerintahan diktator kerajaan tentera, Thanom Kittikachorn. Thanom telah mengambil alih kuasa Field Marshall Sarit Thanarat pada tahun 1959-1963. Pada tahun 1971 pula, dia membubarkan parlimen dan mengenakan one man-rule (macam Stalinism) di negara tersebut.

Muncul peristiwa 1973 Thai popular uprising, di mana mahasiswa kolej membangkang kerajaan diktator pimpinan Thanom Kittikachorn. Ramai pelajar yang meninggal dunia disebabkan perbalahan dengan kerajaan tentera. Raja Bhumibol kemudiannya terpaksa campur tangan. Baginda menunjukkan ketegasannya dengan menyuruh para jeneral untuk melepaskan kuasa mereka. Disebabkan rasa hormat yang tinggi terhadap raja, mereka pun melepaskan jawatan.

2. Black May 1992

Pada tahun 1992 pula, terdapat satu kejadian yang dipanggil Black May 1992, iaitu bantahan terhadap kerajaan diktator Jeneral Suchinda Kraprayoon. Rakyat tak puas hati sebab Suchinda melantik dirinya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri Thailand selepas membuat rampasan kuasa setahun sebelumnya.

Bantahan diketuai oleh Jeneral Chamlong Srimuang bersama 200,000 orang bertukar keruh apabila 44 orang terbunuh dan lebih daripada 500 cedera dalam keganasan tersebut.

Tidak berpuas hati dengan penderitaan yang dilalui rakyat, Raja Bhumibol kemudiannya memanggil mereka untuk menghadapnya, dan perkara ni dirakamkan.

“Saya mahu kamu berdua, terutamanya Jeneral Suchinda dan Major-Jeneral Chamlong, untuk duduk dan mempertimbangkan bersama-sama cara untuk berdamai, dan bukan untuk berbalah untuk menyelesaikan masalah ini, kerana negara kita bukan milik seorang atau dua orang, tetapi kepunyaan semua orang. ”

“Kita bergaduh di rumah sendiri, tiada guna untuk tinggal kalau dah tiada apa-apa di sini (rakyat)” – kata Raja Bhumibol kepada dua jeneral tersebut.

Tak kiralah betapa tingginya pangkat dalam tentera, raja tetap perlu dihormati. Kedudukan Raja Bhumibol dianggap sebagai penimbangtara terakhir di Thailand. Selepas perjumpaan tersebut, Jeneral Suchinda meletak jawatan. Pilihan raya diadakan, dan Anand Panyarachun kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand sementara. Dialah yang bertanggungjawab membantu memimpin Thailand kembali ke jalan demokrasi.

Raja Thai bukan saja penyatu antara politik, tapi juga bangsa dan agama di negaranya. Walaupun agama Islam hanya agama minoriti di Thailand, Raja Bhumibol tak pernah mengenepikan penganut agama ni, mahupun agama-agama lain di negaranya. Baginda selalu menekankan pentingnya hidup berdampingan secara damai di kalangan agama, budaya dan etnik yang berbeza.

Sama-sama kita fikirkan apa saja yang berlaku di muka bumi ini demi kebaikan bersama.

Comments

Popular Posts