SEPATU IMELDA
Dalam majalah Kompas bertarikh 23 Ogos 1987 dalam rencana berjudul Sepatu, Mahbub D Junaidi menulis tentang sepatu Imelda Marcos yang berjumlah 3,000 pasang. Kata Mahbub, "Jika dalam setahun dua pasang sepatu sudah memadai, berarti kesemua sepatu Imelda cukup dipakai hingga tahun 2,500 Masehi." Mahbub sememangnya humoris walau dalam situasi menyakitkan hati.
Bayangkan Marcos digulingkan pada tahun 1986 dan Imelda ketika itu sudah punya 3,000 pasang sepatu. Jika hingga sekarang agaknya sudah 10,000 pasang dan mampu bertahan hingga tahun 3,000 Masehi.
Isteri-isteri pemimpin pencuri mungkin sudah ditakdirkan punya hobi pelik yang menyusahkan rakyat dengan gemar membuat koleksi sepatu, beg tangan apa lagi wang ringgit dan intan berlian. Maklumlah semuanya mudah diperolehi hasil dari mencuri wang rakyat. Rakyat jangankan sepatu, Sepahtu pun belum tentu.
Mungkin Imelda akan dikebumikan dengan sepatu-sepatu, intan berlian, harta dicuri untuk memberi ketenangan di alam kubur. 20 tahun suaminya memerintah dengan penuh kekejaman dan rakus membolot harta negara serta membungkam mulut rakyat dan media serta tentera dan polis di dalam genggamannya tetapi akhirnya dengan slogan People's Power, Marcos terguling setelah rakyat menyerbu istana Malacanang serta pihak tentera yang ketakutan berpaling tadah menyebelahi rakyat.
Pemimpin dan isteri yang kuat mencuri harta negara gemar membuat koleksi sepatu dan rakyat punya kewajaran untuk baling sepatu terhadap mereka yang diikat di tengah-tengah orang ramai seperti jemaah haji melontar Jamrah Kubra di Mina, sebagai simbolik merejam syaitan.

Comments
Post a Comment