KALAU JUBAH DAN SERBAN BISA NGOMONG


Lewat petang tadi twit saya di twitter 12 jam lalu di hujungnya berbunyi, ".. jubah dan serban senyum melihat tuannya" dibalas seorang teman dengan kata-kata, "Andai jubah dan serban bisa ngomong". Saya kira ia satu ungkapan menarik untuk dijudulkan buat sebuah rencana senada dengan judul lagu "Kalau Bulan Bisa Ngomong". 

Jika lagu "Kalau Bulan Bisa Ngomong", baris pertama dan keduanya berbunyi; "Kalau bulan bisa ngomong, dia jujur takkan bohong". Bulan yang sinonim dengan sebuah parti politik dijenamakan Islam kerana agama telah dijadikan candu pula pastinya sedar 'bulan' yang satu ini jika bisa ngomong sudah tidak lagi jujur dan melantun-lantun pembohongannya mengikut selera khalayak.

Jika jubah dan serban bisa ngomong? Saya kira pasti jubah dan serban juga berfikir dan berkelakuan seperti apa yang ditulis Nugroho Suksmanto dalam buku kumpulan cerita pendek berjudul 'Petualangan Celana Dalam". Dalam cerita pendek berjudul 'Petualangan Celana Dalam", Nugroho Suksmanto menulis, "... akhirnya aku memilih berprofesi sebagai celana dalam. Asyoi! Pemintaanku terkabul. Kubayangkan kalau aku punya tuan yang sudah dewasa, pasti saat berdansa aku dekat dengan khayalku. Mencium vagina! Eh! benar-benar kejadian. Musiknya waltz. Pelan, mengalun, menghanyutkan."

Apa yang jubah dan serban fikir? Bagaimana jika fikiran tidak selayaknya difikir oleh tuannya? Kenapa tuannya berfikir melangkaui batas susila seorang yang menganggap dirinya 'kiyai'? Bila tuan serban dan jubah mula ngomong seperti itu? Siapa tuan jubah dan serban itu? 

Nampaknya soal jubah dan serban sahaja soal yang punya komplikasi luarbiasa. Buat yang pola fikirnya kecil, maka kecil juga masalah serban dan jubah. Sebaliknya jika dirungkai dan diurai satu-persatu hal-hal terkait soal jubah dan serban, boleh saja ambulan hospital bersiap sedia membawa tukang fikir ke unit kecemasan hospital. 

Tidak sedikit yang 'ngomong' "Wahhh! orang itu wara' dan alim" gara-gara berserban dan berjubah. Kalau serban dan jubah bisa ngomong, pasti mereka berkata, "Apa kamu fikir Abu Jahal dan Abu Lahab itu bercelana jeans?" Tidak cukup dengan itu, ngomong jubah dan serban, "Kamu fikir yang menunjukkan kemaluannya pada Fikah itu siapa? Siapa kalau bukan berjubah dan berserban menonton siaran porno berbayar di biliknya sewaktu lawatan kerja beberapa wakil parlimen ke Jerman sebelum ini? Siapa kalau bukan yang berserban dan berjubah kalau bukan yang sentiasa basah lidahnya mengkafir dan menistakan orang yang tidak sejamaah dengannya?"

Jubah dan serban pasti ngomong rasa geli yang amat sangat lantaran bersentuhan dengan jasad-jasad para munafiq yang menunggang dan menjual agama semata-mata meraih keuntungan politik dan peribadi. Jubah dan serban bahkan akan sumpah-seranah tuan tubuh kerana menjadi saksi korupsi bagaimana wang puluhan juta ringgit disumbat sebagai upah memecahbelahkan pakatan pembangkang dan mempertahankan pemimpin super korup yang sedang menghancurkan negara. 

Kalaulah jubah dan serban bisa ngomonggggggg!! Sudah tentunya banyak kisah di sebalik jubah dan serban dilondeh dan dipentaskan untuk menghentikan kepura-puraan. Lebih baik hanya punya seorang teman daripada seribu yang munafiq.


Comments

Popular Posts