BERTANDING ATAU MAIN-MAIN?
Parti beginikah yang diperlukan pakatan pembangkang untuk menumbangkan UMNO dan BN dalam PRU14 nanti? Jika kita akan memasuki sesuatu kejohanan sukan berpasukan, apakah kita akan memilih pemain yang hanya meletakkan sasaran mendapat pahala berbanding menang dalam kejohanan itu?
Tidak ada mana-mana orang menghalang dan patut menghalang orang lain untuk beribadah dan mengejar pahala tetapi janganlah disebabkan pahala yang dikejar menyebabkan orang lain menerima padah dan dosa.
Namun demikian, kenyataan Hashim Jasin ini tidak pula seiring dengan presiden PAS Hadi Awang yang meremehkan kajiselidik 'invoke' dijalankan Rafizi yang memperlihatkan keputusan kajiselidik itu PAS gagal meraih sebarang kerusi. Hadi sebaliknya menyindir Rafizi dengan berkata ia hanya kajian atas meja.
Mungkin benar apa yang dikatakan Hadi ianya kajian atas meja kerana kajian bawah meja hanya dilakukan oleh PAS bersama UMNO dan mungkin ia cuba menggambarkan transaksi bawah meja antara kedua-dua parti itu yang disebut Sarawak Report.
Saya dulu merupakan peminat dan pemain badminton yang cukup tegar setiap hari berjam-jam di gelanggang badminton. Jika bermain perseorangan tidak sesukar bermain berpasangan. Kerana apa? Jangan cuba-cuba berpasangan dengan saya jika kamu hanya bermain untuk mengeluarkan peluh, untuk menggembirakan hati pegawai atasan atau untuk sekadar suka-suka. Jika itu alasan kamu bermain, sila keluar sebelum saya patahkan raket atas tengkuk kamu kerana saya bukan orangnya untuk kamu mencari pahala, menyusahkan saya untuk mencucui pakaian saya selepas bermain dan menghabiskan minuman 100 Plus kerana bermain. Sia-sia saya menghabiskan masa dan minyak kereta ke gelanggang badminton dan bayaran menyewa gelanggang serta kos bulu tangkis. Jika boleh tewaskan dengan mata kosong buat lawan, saya akan biarkan mereka hanya mampu dapat kosong kerana itulah semangat saya sejak kecil, dalam operasi di hutan dan di pekan.
Kerja main-main tidak lain tidak bukan adalah mempermain-mainkan rakan atau pasukan kamu. Selalunya main-main ini kerja orang yang dah kenyang. Macam budak-budak juga bila dah kenyang maka makan pun main-main. Main jauh-jauh sebelum dicampak jauh-jauh spesis begini.
Comments
Post a Comment