BILA CIA MENGAUM
Sehari dua ini heboh pula kisah hubungan seorang ahli parlimen yang didakwa Nik Abduh Nik Aziz anak mantan Menteri Besar Kelantan dengan CIA. Sudah tentulah CIA itu Central Intelligence Agency atau Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat takkan lah pulah CIAlis sejenis ubat perangsang kekuatan lelaki sepertimana Viagra.
Dakwaan ini timbul ekoran rakaman audio kononnya dari suara Nik Abduh sendiri walaupun telah dinafikan beliau.
Antara petikan rakaman audio itu ialah: "Ana (saya) boleh bercakap dengan CIA. CIA Amerika tu ana kenal orang dia yang sentiasa berhubung dengan ana."
Beberapa pihak mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana disifatkan membahayakan keselamatan negara kerana mendakwa tertuduh mempunyai akses langsung dengan ejen CIA.
Berhubung dengan agensi perisikan asing ini bukan kerja main-main dan impaknya terhadap keselamatan negara terlalu besar. CIA dan FBI bukan seperti agensi perisikan di negara lain di mana kerjanya mempertahankan pemerintah walaupun tercalar dengan skandal korupsi skala mega. Mereka tidak campurtangan dalam hal-ehwal politik dalaman negara mereka sebaliknya sejarah membuktikan sudah berapa kerajaan dan pemimpin negara dijatuhkan dalam operasi rahsia mereka (CIA).
Salah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat oleh mana-mana agensi perisikan adalah HUMINT (human intelligence) selain 'signals intelligence' (SIGINT), 'imagery intelligence' (IMINT), 'measurement and signatures intelligence' (MASINT) dan 'open source intelligence'(OSINT)
Sejarah perisikan berkembang dengan pantas seiring dengan perkembangan teknologi tetapi HUMINT tetap menjadi pilihan kerana didapati lebih menepati keperluan sebenar risikan.
Kerja perisikan memerlukan perisik dan perisik itu wujud dalam berbagai bentuk. Sun Tzu yang cukup terkenal dengan bukunya The Art of War menyebut terdapat 5 jenis perisik. Pertamanya 'perisik peribumi' yang diupah di kalangan penduduk tempatan negeri musuh. Keduanya 'perisik dalaman' iaitu pegawai musuh yang diupah. Ketiga 'perisik talam dua muka' yang merupakan perisik musuh yang diupah. Keempat pula adalah 'perisik malang' yang merupakan perisik sendiri yang ditugaskan dengan sengaja menyampaikan maklumat palsu kepada musuh dan akhir sekali 'perisik terselamat' yang merupakan mereka yang pulang dari khemah musuh untuk melaporkan maklumat diperolehi.
Jika benarlah Nik Abduh itu sudah sering berhubung dengan CIA, kategori perisik mana beliau selayaknya berada? Perisik Malang? Malang kepada CIA? PAS? Negara? Rakyat? Atau dirinya sendiri?
Ramai yang terperangkap antara ilusi, fantasi dan propaganda hiburan melalui filem-filem seperti James Bond, Jason Bourne, The Tourist, Mission Impossible dan banyak lagi walaupun hakikat sebenarnya tak seindah yang digambarkan...
Jika dengar yang mengaku INTEL, panda pun boleh terbang beb!
Comments
Post a Comment