ILMUAN BERPAUT DI PINTU ISTANA
Dr. Siddiq Fadil dalam monografnya diterbitkan pada tahun 1993 oleh Institut Kajian Dasar (IKD) berjudul Tradisi Kesultanan: Perspektif Islam mengupas persoalan ilmuan penjilat. Katanya, "Para penguasa dan raja-raja seharusnya menghindari pengaruh ilmuwan berkepentingan yang sanggup memberikan justifikasi-justifikasi "keilmuan" terhadap nafsu dan selera raja. Dalam kaitan ini Rasulu'Llah s.a.w bersabda. "Sebaik-baik raja ialah yang banyak mendampingi ilmuwan, dan seburuk-buruk ilmuwan ialah mereka yang berpaut di pintu istana raja."
Hari ini saya terbaca kenyataan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang dipetik portal Borneo berhubung kos sara hidup rakyat. Mengikut portal berita ini, Dr Shamsul Amri berkata, "Tiada isu ‘kos sara hidup’ di Malaysia, rakyat sebenarnya perlu mengubah ‘gaya hidup’. Tiada isu rakyat tidak makan, rakyat tiada tempat tidur dan tidak ada rakyat yang tidak berpendidikan mahupun mati tidak diberi rawatan. Tambahnya lagi, Ekonomi tidaklah separah seperti yang diilustrasikan pembangkang dan hujahnya dianggap berpijak di bumi nyata, dan analisis di peringkat bawahan. Pembangkang katanya mendakwa kita berhadapan krisis sara hidup. Itu silap! Lebih penting, ia tidak melibatkan keseluruhan rakyat, biarpun gambaran seolah-olah begitu besar dan tidak pernah berlaku rakyat mati tidak makan dalam konteks Malaysia moden hari ini."
Strukturnya telah diubah menjadi MPN Inc. bermula pada 16 Disember 2014 setelah diluluskan penubuhannya di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan merangkumi seramai 2579 orang profesor dari IPTA dan IPTS. Namun, berapa ramai yang muncul di layar kaca TV, media cetak dan siber tampil memperjuangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat selain terangguk-angguk menegakkan benang basah. Jika sudah berada di bawah ketiak JPM, apakah tidak berpotensi untuk beraksi sejajar dengan kepentingan JPM diterajui PM? Apakah itu bukan dianggap percanggahan kepentingan?

Gaya hidup bagaimana lagi yang perlu rakyat buktikan pada pemerintah bahawa mereka memang miskin dan tidak mampu? Gaya peminta sedekah? Apakah negara perlu berdepan situasi rakyat mati kebuluran baru dianggap krisis sara hidup wujud di negara ini? Apakah benar tidak ada rakyat yang tidak berpendidikan dan tidak ada yang mati kerana tidak mendapat rawatan? Berapa banyak laporan tentang rakyat negara ini khususnya kanak-kanak yang mati kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan serta kos pembedahan yang memerlukan perbelanjaan besar buat marhaen seperti mereka dan kebanyakan rakyat negara ini.
Nampaknya, kelulusan akademik tidak menjamin seseorang itu akan menjadi ilmuwan atau sebaliknya. Kerakusan rejim pemerintah untuk terus mempertahankan kuasa telah mengundang budaya mengampu keterlaluan dan menjadikan singgahsana akademik yang selama ini disanjung dan dihormati sebagai benteng mempertahankan kekuasaan. Mereka penuh yakin bahawa apa yang disebut oleh profesor-profesor dan pensyarah-pensyarah di universiti tempatan yang menjadi kuda tunggangan pemerintah akan membentuk pendapat umum bahawa rejim sedia ada perlu dipertahankan.
Lihatlah dengan mata terbuka, depangkan telinga agar tidak tuli dan lapangkan dada untuk melihat dan mendengar kebenaran. Usaha terancang memperlihatkan bagaimana profesor-profesor berkedudukan tinggi dalam negara dihimpun dalam sebuah 'sangkar politik' atas nama Majlis Profesor Negara (MPN) untuk mengabsahkan apa saja tindakan pemerintah dengan bersenjatakan hujah akademik. Umum mengetahui bahawa MPN hakikatnya diletakkan di bawah 'ketiak' Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam program khas seperti pernah diumumkan Pengerusi MPN Prof Emiritus Datuk Seri Zakri Abdul Hamid.
Strukturnya telah diubah menjadi MPN Inc. bermula pada 16 Disember 2014 setelah diluluskan penubuhannya di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan merangkumi seramai 2579 orang profesor dari IPTA dan IPTS. Namun, berapa ramai yang muncul di layar kaca TV, media cetak dan siber tampil memperjuangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat selain terangguk-angguk menegakkan benang basah. Jika sudah berada di bawah ketiak JPM, apakah tidak berpotensi untuk beraksi sejajar dengan kepentingan JPM diterajui PM? Apakah itu bukan dianggap percanggahan kepentingan?
Mereka yang enggan bersekongkol dan mengiakan apa saja tindakan pemerintah akhirnya terpaksa mencari pintu keluar seperti Dr. Abdul Aziz Bari bekas pensyarah dan pakar undang-undang (UIAM), Dr Maszlee Malik (UIAM), Terence Gomez (UM) Dr. Hasan Baharom (UiTM), Profesor Madya Dr. Azmi Sharom (UM) dan ramai lagi.
Ingatlah bahawa para pembohong akan dipenjara oleh kebohongannya sendiri, orang yang jujur akan menikmati kemerdekaan dalam hidupnya. Lebih baik menjadi pihak yang kalah tapi benar dari menjadi pemenang tetapi zalim. Dunia akademik itu ladang bercucuk tanam ilmu dan kebenaran bukan menuai bohong dan laba yang haram.
Menurut Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, sesuatu perlu dilakukan untuk memperbetulkan semula tanggapan negatif sesetengah pihak termasuk media barat. Negatif atau tidak tanggapan perlu dijelaskan tanpa prejudis di mana negatifnya dan harus ada semak-imbang antara apa yang dilaporkan media barat dengan fakta yang disertai bukti kukuh.
Mengatakan sesuatu dakwaan hanyalah fitnah dan berita palsu tanpa membuktikan di mana fitnah dan kepalsuan itu meletakkan taraf penafian itu setara dengan penafian penagih dadah yang ditangkap polis tanpa sebarang merit. Rakyat sekarang perlukan bukti kukuh bukan penafian yang seringkali berakhir dengan 'edisi kantoi' dan kenyataan pak menteri dan balaci UMNO yang berubah-ubah antara satu sama lain.
Ianya terbukti dari isu 1MDB dari mana datangnya wang RM2.6B berbelit-belit sehingga tidak sedikit yang tercekik untuk mempertahankan sumber wang tersebut dan kenapa ianya konon didermakan oleh Putera Arab 'gila' hingga sekarang belum sembuh.
Jika benar MPN mahu menjadi jurucakap kerajaan untuk membetulkan persepsi negatif rakyat terhadap pemerintah, buktikan dalam isu 1MDB, perlaksanaan GST dapat membantu rakyat kurangkan beban kos sara hidup, ke mana perginya peruntukan subsidi yang direntap dari rakyat, dominasi China dalam projek-projek mega negara dan semua isu-isu besar melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Rakyat sudah kenyang membaham angka-angka palsu yang disumbat siang dan malam di media-media dikuasai pemerintah dan ianya tidak mampu meraih kepercayaan dan keyakinan rakyat. Indeks jenayah, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan apa saja yang disumbat dengan angka sudah disamaertikan dengan berjudi di kedai 4 nombor ekor atau mesin judi di segenap pelusuk negara. Rakyat tahu berapa ramai yang kaya kerana berjudi dan tikam nombor ekor, samalah dengan percaya terhadap angka-angka yang menjadi bedak serta gincu mencantikkan muka yang sudah kerepot itu.
Ingatlah bahawa para pembohong akan dipenjara oleh kebohongannya sendiri, orang yang jujur akan menikmati kemerdekaan dalam hidupnya. Lebih baik menjadi pihak yang kalah tapi benar dari menjadi pemenang tetapi zalim. Dunia akademik itu ladang bercucuk tanam ilmu dan kebenaran bukan menuai bohong dan laba yang haram.
Comments
Post a Comment