UHUD MENGAJAR
Buya Hamka menceritakan bagaimana ketinggian sifat diplomatik Baginda Rasulullah untuk menghadapi Perang Uhud dengan bermesyuarat untuk menentukan strategi peperangan ini. Maka dikumpulnya semua sahabat dari Muhajirin dan Anshar termasuk kaum munafik dikepalai Abdullah bin Ubai berjumlah 300 orang.
Dalam mesyuarat diadakan itu, Rasulullah bertanya pandangan samada untuk ditangkis musuh dari dalam negeri atau disongsong keluar Madinah. Sahabat-sahabat besar baginda seperti Abu Bakar, Umar, Ali, Usman dan lain-lain berkeras supaya disongsong keluar kota sebaliknya kaum munafikin dikepalai Abdullah bin Ubai berkeras supaya ditunggu dari dalam kota.
Di dalam urusan perang kerana taktik perang termasuk urusan duniawi, baginda memberi kebebasan kepada sahabat-sahabatnya memberi pendapat walaupun berbeza pendapat dengan beliau. Maka berlakulah perdebatan sehingga pendapat Abdullah bin Ubai dipersetujui oleh Rasulullah iaitu menangkis dari dalam kota.
Namun, lantaran undian pihak yang terbanyak datangnya dari Muhajirin dan Anshar maka keputusan dibuat untuk menyonsong keluar dipersetujui Rasulullah. Sebaik keputusan dicapai, baginda memakai pakaian perangnya, disandang perisai dan digantungkan pedang dipinggangnya sambil baginda naik ke atas kudanya.
Namun ketika mahu berangkat, sahabat-sahabat memilih untuk menangkis dari dalam kota sepertimana cadangan Abdullah bin Ubai. Baginda berkata, "Pantang seorang Nabi akan membuka pakaian perangnya yang telah dilekatkan kerana belum tentu kalah atau menang melawan musuh".
Bagi kaum munafik, setelah buah fikiran mereka tidak digunakan, mereka menghasut kesemua 300 orang tadi untuk tidak ikut berperang. Perang Uhud ternyata kemudiannya menjadi medan terkorban ramai sahabat Nabi termasuk Hamzah dan 70 orang muslimin. Betapa gembiranya kaum munafik yang tidak ke medan perang mengetahui berita ini.
Dalam kemelut agihan kerusi di Selangor, isu Azmin Ali beronar menjadi calon PM PH, perbalahan Azmin dengan AMANAH dan keluarnya beberapa individu dan pemimpin PPBM dari parti tersebut jelas mempunyai agenda pihak tertentu untuk menggagalkan PH meraih kemenangan dalam PRU14 nanti.
Kegagalan ini bukan kerana kuat dan hebatnya UMNO dan BN, tetapi kelompok dan individu yang berperanan seperti Abdullah bin Ubai dalam Perang Uhud. Lebih baik memiliki seorang musuh yang membenci kita daripada seorang teman yang menyukai kita tetapi diam-diam berusaha menjatuhkan kita.
Ingat tentang bahaya api dalam sekam dan gunting dalam lipatan. Di mana manapun pengkhianat itu awalnya daripada teman, sahabat atau orang yang paling kita percaya. Sejarah membuktikan bahawa punca kekalahan tentera Arab dalam perang melawan Israel adalah pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin Mesir pada saat itu Gamal Abdul Naser. Beliau sengaja menangkap para pejuang Ikhwan yang bekerja keras berjihad di jalan Allah.
Peluang untuk melakukan perubahan tidak datang berkali-kali bak pepatah menyebut "Opportunity seldom knocks twice". Sama-sama kita doakan agar kemenangan akan berpihak kepada PH dan rakyat.
Selamat Malam.
Comments
Post a Comment