DENDAM PERIBADI ATAU AGEN PARTI MENJAHANAMKAN KERJASAMA PAKATAN HARAPAN?
Kalau kira nak berdendam, tentera Jepun dulu rogol, bagi orang kita minum air pijak perut, siksa rakyat kita macam, apakah kita berdendam dengan Jepun hingga menolak kerjasama dengan mereka? Kita malah bekerjasama dalam banyak hal samada pelaburan dan membawa masuk teknoloji Jepun ke negara ini serta mengadakan Dasar Pandang Ke Timur.
Kerana apa? Kerana kita lebih pragmatik dan utamakan kepentingan negara dan rakyat dari dendam yang tidak membawa untung.
Apakah China tidak mendokong PKM dulu? PKM begitu banyak memberi kesengsaraan dan kebinasaan pada rakyat dan negara ini kerana dokongan China. Kenapa kita boleh bekerjasama sehingga berapa banyak tanah dan aset strategik jatuh ke tangan China sekarang? Kenapa tidak berdendam?
Yang banyak kena tempias zaman Tun M termasuk ISA dan lain-lain seperti DSAI, Mat sabu, Mahfuz, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang semua boleh maafkan dan bekerjasama tetapi yang hanya sekadar kena semburan air FRU pulak 'over' cucuk dan jadi batu api setiap hari. Jangan jadi agen UMNO dan agensi tertentu lah kerana tindakan itu hanya menyebabkan negara terus akan hancur di tangan kleptokrat. Idea undi rosak dan macam2 lagi ni semua kerja nak memenangkan UMNO dan BN serta memberi talian hayat pada penjenayah-penjenayah untuk terus menjarah aset dan khazanah negara.
Jangan jadikan dendam kesumat peribadi atau menjadi agen musuh rakyat dengan memasang topeng pejuang rakyat masa lalu. Apa lebih penting sekarang adalah menghentikan perbuatan merosak dan menghancurkan masa depan negara.
Kalau setakat disembur air FRU, saya rasa saya lebih banyak disembur dan jauh lebih malang turut dikejar ahli dan penyokong PAS/PKR ketika itu. Tersepit di tengah-tengah apabila FRU menyangka saya dan anak-anak buah adalah demonstrator sedangkan penyokong PAS/PKR kenal dan tahu saya dengan anak-anak buah dari agensi perisikan. Kiri kanan kena hentam hinggakan lari tinggalkan motosikal di markas PAS Tualang Pokok Sena, Kubang Rotan Kuala Kedah, Alor Pial Anak Bukit dan banyak lagi.
Ada ketikanya hingga terjun sungai selamatkan diri dari diserang penyokong pembangkang sedangkan niat sebenar nak bantu keadaan. Yusoff Ariffin dan Zul Lee serta beberapa orang lain tahu cerita ini. Banyak dan panjang kisahnya jika nak disenaraikan tapi biarlah sejarah dijadikan iktibar untuk kita lebih mengutamakan kepentingan rakyat dari nostalgia peribadi yang hanya menguntungkan musuh rakyat.
Comments
Post a Comment