MATA NAJWA - NEGERI JENAKA
Najwa Shihab selaku tuan rumah Mata Najwa menjemput komedian Lis Hartono atau lebih dikenali sebagai Cak Lontong membantu mengendalikan program kali ini.
Yang menarik ketika Najwa Shihab memberitahu bahawa Cak Lontong dijemput untuk membantu memaknai semua peristiwa politik di Indonesia. Mengikut Najwa dari kacamata beliau, negeri itu semakin hari semakin jenaka.
Ketika ditanya kepada Cak Lontong samada beliau setuju atau tidak Indonesia itu Negeri Jenaka, maka ini jawabnya, "Setuju! Indikasinya jelas, saya bekerja dan melawak semakin susah. Karena situasi sendiri sudah lucu. Lawak itu kan untuk menghiburkan jadi politisi-politisi itu lebih lucu dari apa yang mahu dilakukan komedian".
Sebaik Najwa berkata bahan jenaka kan banyak? Jawab Cak Lontong lagi, "Bahan sememangnya banyak karena politisi itu sendiri adalah bahan lawak dan bahan-bahan itu digunakan mereka".
Terfikir saya dengan tanahair ku sendiri di mana politisi, para menteri juga amat melucukan sehingga jika ditandingkan mereka dalam program Maharaja Lawak juga tewas semua pelawak-pelawak yang kita ada.
Terfikir saya dengan tanahair ku sendiri di mana politisi, para menteri juga amat melucukan sehingga jika ditandingkan mereka dalam program Maharaja Lawak juga tewas semua pelawak-pelawak yang kita ada.
Coba bayangkan Ahmad Maslan, Noh Udang, Jamal Jamban, Zahid Hamidi, Poad Zarkashi, Salleh Keruak, Hadi Awang, Nik Abduh, Nik Amar, Tuan Ibrahim Tuan Man malah Najib sendiri. Bukankah melucukan? Mereka bukan saja mampu membuat rakyat ketawa malah sampai ketahap memaki-maki yang tak mungkin pelawak-pelawak kita mampu lakukan.
Comments
Post a Comment