TAK BOLEHKAH BERPOLITIK SEPERTI BERSUKAN?
Dalam sukan kita sama-sama punya pasukan atau pemain kegemaran. Kamu sokong China saya sokong Malaysia dan awak sokong Lin Dan saya sokong Lee Chong Wei atau Iskandar Zulkarnain. Perbezaan pasukan atau pemain disokong tidak menjadikan kita bermusuh sehingga tidak boleh makan semeja dan menonton wayang bersama. Kita bijak mengasingkan antara sukan dan kehidupan sebenar. Kita tidak selama-lamanya dalam fantasi sukan kerana sebaik tamat perlawanan, kehidupan sebenar kita adalah meneruskan kehidupan yang penuh dengan jerih-perih mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Kenapa dalam politik juga kita tidak berfikir begitu? Sebaik keputusan pilihanraya d-umumkan, kita sama-sama menyokong pemenang selagi memerintah dengan jujur dan amanah dan kita sama-sama menjatuhkan mereka semula jika korup dan zalim.
Dalam sukan kita mencari kesempurnaan pasukan dan pemain dengan mengharapkan mutu pengadilan dan permainan yang berkualiti tinggi. Semua orang akan marah jika pengadil tidak adil dan pemain bermain kasar. Tetapi dalam politik, SPR jelas memihak, agensi keselamatan dan kehakiman, dan ROS menjalankan tugas secara selektif pun tidak ramai yang sensitif. Kenapa? Apakah kita semua suka kepada mutu pilihanraya yang songsang dan berat sebelah?
Agak mendukacitakan bila dalam politik disebabkan berbeza ideologi politik atau parti yang disokong, kenduri-kendara tak jadi hadir, sembelihan dianggap tidak sah malah solat 2 imam. Namun dalam sukan, berbeza sokongan kepada pasukan dan pemain tetap solat 1 imam, kenduri riuh-rendah gelak ketawa serta tidak mungkin sembelihan dianggap haram.
Kita tidak mengeluarkan kata-kata kepada penyokong Lee Chong Wei sebagai khadam DAP walaupun kita lebih berminat pada Iskandar Zulkarnain. Begitu ramai pemuja Ronaldo walaupun dia bukan Islam termasuk yang berjubah dan berserban.
Riuh-gemuruh dalam stadium tetapi keluar stadium masing-masing pulang ada yang gembira jika pasukannya menang dan ada yang sedih jika pasukan kegilaan tewas tetapi semuanya sementara dan tidak menjadi stigma melekat di minda masing-masing untuk berdendam satu sama lain. Hatta kita tak ambil kisah siapa yang kamu sokong dan mengharapkan pasukan mana tewas.
Punca sebenar kenapa berpolitik tidak mampu seperti bersukan tidak lain adalah KETAKSUBAN dan paling signifikan adalah DEDAK. Dalam sukan penyokong tidak ditabur dedak berbanding dalam politik.
Sekadar renungan

Comments
Post a Comment