SERBUAN & SOP
Lebihkurang 2 jam lalu saya memuatnaik berita yang dipetik dari Astro Awani berhubung lapan anggota polis dan lima anggota bomba dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terkena semburan penyembur lada dalam satu operasi khas pada petang semalam.
Dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Kuala Lumpur itu, seorang wanita yang juga pemilik unit berkenaan pada mulanya ke unit itu untuk menukar kunci mangga. Penyewa unit berkenaan, seorang warganegara Amerika Syarikat, telah diarahkan mengosongkan kediaman pada Khamis.
Namun, cubaan pemilik untuk membuka pintu utama unit itu gagal kerana pintu seolah-olah disekat oleh benda berat dari bahagian dalam, sebelum penyewa membuka pintu dan menyembur sejenis cecair yang menyebabkan rasa pedih pada mata dan kulit.
Terkejut dengan tindakan itu, pemilik menghubungi polis dan bomba namun mereka juga disembur dengan cecair yang sama.
Apa yang agak menarik untuk saya kongsikan bersama dan saya fikir baik untuk sama-sama kita fahami adalah tentang apa yang berlaku setelah ditanya teman FB saya Adril Azmin berhubung standard operating procedure (SOP). Beliau ingin tahu SOP pihak polis jika penghuni rumah enggan beri kerjasama membuka pintu disebabkan ia mengundang risiko kepada pegawai yang terlibat (dalam berita ini dikatakan operasi khas tapi saya yakin bukan operasi khas) tidak dibekalkan dengan peralatan sesuai. Tambahnya lagi, di Singapura biasanya menggunakan khidmat pasukan taktikal.
Setelah saya memberi sedikit penjelasan beliau berpendapat bahawa komander di lapangan gagal menganalisa situasi ketika itu.
Terlebih dahulu saya mohon maaf jika pandangan saya dianggap salah dan tidak tepat. Tetapi dari pengalaman lalu, apa yang saya lihat pertamanya kes ini lebih bersifat 'civil case' dan jika penghuni enggan bekerjasama, sebaiknya dapatkan 'court order' dan bantuan pihak polis sebaik 'court order' diperolehi.
Perkara kedua adalah sebarang bantuan oleh pihak polis biasanya bergantung kepada permintaan oleh mana-mana agensi terlibat dan dalam kes ini mungkin mereka hanya dimaklumkan kes biasa penyewa tak mahu berpindah. Jika operasi khas melibatkan sindiket dadah, penjenayah merbahaya biasanya akan dihantar pasukan taktikal yang sememangnya terlatih. Dan pastinya tidak akan melibatkan pihak bomba.
Perkara ketiga yang cuba saya tarik perhatian adalah dari aspek maklumat awal / foreknowledge atau pun risikan. Banyak kes-kes melibatkan kecederaan dan ada sehingga melibatkan nyawa pegawai dan anggota pasukan keselamatan terkorban khususnya polis berpunca dari kegagalan memperolehi risikan walaupun hampir semua agensi penguatkuasa memiliki unit risikan masing-masing sementelah pihak polis.
Contoh klasik yang tak mungkin dapat dilupakan dan seharusnya menjadi iktibar kepada seluruh rakyat dan agensi terlibat adalah peristiwa pencerobohan Lahad Datu, Sabah di mana 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 9 Februari 2013.
Mengimbas kembali apa yang berlaku dalam peristiwa tersebut, tidak ada siapapun menafikan tindakan pasukan keselamatan menghapuskan penceroboh di sabah sesungguhnya amat dipuji setelah berjaya menghapuskan gerombolan pengganas Sulu tersebut. Namun, seperti kata mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berhubung risikan;
a) Tidak ada maklumat risikan tentang kemasukan puak pengganas Sulu?
b) Berapa jumlah yang masuk dan siapakah mereka?
c) Siapakah ketua mereka dan siapa kuncu-kuncu yang membantu mereka masuk ke negara ini sebelum berlakunya insiden ini? (Foreknowledge)
d) Apa senjata yang digunakan serta kemahiran mereka?
e) Jika kita tahu kenapa masih berlaku insiden pembunuhan pegawai-pegawai dan anggota pasukan keselamatan kita yang dilihat berpunca daripada kegagalan mengenalpasti lokasi sebenar dan kekuatan mereka?
f) Kenapa Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan kenyataan awal pada 16 Feb 2013 bahawa "Hasil perisikan mendapati kumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh Pantai Tanduo berdekatan Lahad Datu di Sabah bukan pengganas dan mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan". Malah akhbar Sinar Harian 22 Mac 2013 menyebut, "Menteri (Hishamuddin) berkata dalam Twitternya, Lahad Datu ditawan oleh 180 orang tua dan wanita, berkain pelekat, senapang dah buruk, kurang zat makanan".
Kesimpulan yang dapat saya huraikan di sini adalah negara bukan tidak mempunyai SOP malah berlebihan SOP tetapi apalah makna SOP jika ia tidak dipatuhi. Seperkara yang saya dapat perhatikan dengan apa yang sering berlaku di negara ini adalah SOP akan hanya dirujuk selepas berlaku kejadian bukan seperti sepatutnya dikaji sebelum sesuatu operasi dilaksanakan.
SOP dari langitpun tidak akan mampu mengubah sebarang musibah dan kegagalan jika ia hanyalah kosmetik yang dikenakan kepada organisasi sebagai melengkapkan rak-rak kosong di setiap jabatan.
Budaya menegur menjadi satu DOSA menyebabkan masing-masing cuba mengelakkan teguran kerana mereka yang mampu 'survive' sehingga hujung hayat dalam setiap organisasi adalah menjadi 'berhala' yang hanya untuk disembah atau tukang angguk dan tukang kipas seumur hidup. Yang menjadi mangsa adalah mereka di lapangan.
Wallahualam.

Comments
Post a Comment