TERRORISMA
1. Isu terrorisma nampaknya tidak pernah memberi harapan akan menemui noktah apabila setiap hari ada saja berita ledakan bom di sana sini di segenap penjuru dunia dilaporkan. Tangkapan demi tangkapan dibuat di seluruh pelusuk dunia samada oleh unit 'counter terrorisme' masing-masing ataupun agensi perisikan yang ada di setiap negara di dunia ini termasuk lah Malaysia. Agensi-agensi perisikan terkemuka seperti Central Intelligence Agency (CIA), Federal Bureau of Investigation (FBI) di Amerika, The Security Service dikenali sebagai MI5 (Military Intelligence, Section 5), Secret Intelligence Service (SIS atau dikenali sebagai MI6) di Britain, The Australian Secret Intelligence Service (ASIS), The Australian Secret Intelligence Organisation (ASIO), The Federal Security Service of the Russian Federation (FSB), Agensi Perisikan Israel (MOSSAD) dan bermacam lagi di seluruh dunia masih terkial-kial untuk membanteras aktiviti pengganas walaupun mendakwa sudah berjaya melenyapkan Osama Bin Laden Penghulu segala pengganas yang menerajui Al-Qaeda oleh Amerika Syarikat. Di Malaysia, selain Cawangan Khas atau Special Branch (SB), terdapat beberapa lagi agensi perisikan seperti Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO), Military Intelligence Organisation di bawah Badan Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) bertanggungjawab menangani ancaman ini. Jika dahulu negara berdepan dengan ancaman pengganas komunis, kini ancaman lebih besar kerana pengganas yang kita depani tidak berpakaian seragam dan tidak mempunyai negara yang diperintah. Mereka mungkin adalah sebahagian daripada kita. Seperti kata Presiden Rusia Vladimir Putin, "Terrorism has no nationality or religion".
2. Sampai bilakah ancaman keganasan ini akan berlarutan? Kini, nama Al-Qaeda sudah kurang dimomokkan dan tempatnya diambil alih oleh Islamic State (IS) ataupun disebut juga Islamic State of Iraq and Syria (ISIS). Sebelum ini, Al-Qaeda sepertimana IS sekarang telah dikaitkan dengan propaganda barat dalam menjalankan misi menghancurkan Islam dengan mewujudkan organisasi pengganas dengan pelbagai 'faction'. Kewujudan Al-Qaeda dan IS sebenarnya melicinkan tugas barat, Zionis dan musuh-musuh Islam yang lain memerangi kebangkitan kuasa Islam atas justifikasi yang sudah terhidang. Jika disingkap sejarah Al-Qaeda dan IS, tidak ada makhluk yang rasional dapat menafikan kaitan kedua-dua jaringan pengganas ini dengan tangan-tangan ghaib dari Amerika Syarikat melalui CIA. Samada senjata makan tuan atau tidak, ianya adalah benih-benih yang ditanam oleh Amerika dan Israel dan kini sedang dituai. Negara Zionis itu bukan saja berdepan dengan Hamas di Palestin, malah berdepan ancaman musuh yang sering menewaskan mereka iaitu Hezbollah yang berpusat di Lubnan. Kumpulan Fatah sebenarnya sudah 'patah' sayap dan menjadi boneka kepada rejim yahudi itu.
3. Keganasan dan pengganas tidak harus dikaitkan dengan agama, bangsa dan ideologi. Ia lahir daripada ketidakadilan kuasa besar dalam menangani isu-isu yang menyentuh nurani umat Islam di seluruh dunia termasuk isu utama iaitu Palestin. Ketidakadilan dan sentimen kebencian terhadap Islam yang disemai oleh kuasa barat dan zionis telah meningkatkan momentum pembiakan benih-benih militan ataupun pengganas kerana buat sesetengah pihak, darah dibayar darah walaupun ianya tidak dapat mengembalikan orang tersayang yang telah di rampas daripada mereka. Jika Amerika dan sekutunya bersedih atas kehilangan warganya, mangsa-mangsa mereka juga memiliki fikiran dan perasaan yang sama.
4. Takrifan pengganas yang berbeza mengikut selera masing-masing menambahkan lagi kekusutan yang sejak sekian lama telah berakar. Sepertimana kata Tun Dr Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri, "... dunia ini penuh dengan ketidakadilan. Senario dunia ini tertegak berdasarkan konsep keadilan yang berprinsipkan ‘might is right’ atau ‘siapa paling kuat dialah yang berkuasa’. Keganasan telah lama wujud. Ia bukan satu fenomena baru. Apa yang baru ialah, kaedah-kaedah yang lebih kejam digunakan bagi membunuh dan mencederakan lebih ramai orang dan menyebabkan kemusnahan yang lebih dahsyat."
5. Kita terus menerus dikelirukan tentang takrif keganasan. Selagi takrifan ini tidak diputuskan, maka selagi itulah perkataan pengganas atau 'terrorist' akan berada di mana-mana. Pengganas boleh jadi muncul dalam bentuk individu, organisasi mahupun negara. Seperti apa yang dilakukan oleh rejim zionis, ia mencerminkan sebagai sebuah negara pengganas. Jika membunuh orang awam yang tidak bersalah itu tindakan pengganas, makan organisasi ataupun negara yang membunuh orang awam harus ditakrifkan sebagai pengganas. Apa yang berlaku di negara-negara lain ada ketikan bukan sebenarnya tindakan keganasan malahan perjuangan sah rakyat menentang kerajaan yang menindas ataupun penjajahan asing. Tanggapan kita ialah selagi membabitkan orang lain, kita tidak perlu berbuat sesuatu dan pastinya kita merasakan tidak ada perlunya satu usaha sejagat untuk memerangi keganasan.
6. Kita semua perlu memerangi pengganas dan keganasan kerana tiada siapa antara kita yang benar-benar selamat. Tetapi mustahil bagi kita untuk melawan musuh yang kita sendiri tidak kenal seperti kata Tun Mahathir lagi. Memerangi pengganas bukan seperti berperang dengan sebuah negara lain. Kita boleh meranapkan negara musuh sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. Tetapi pengganas masih boleh membolosi kita kerana kita tidak tahu siapa mereka dan di mana mereka berada. Mereka mungkin tidak berada di negara yang kita musnahkan atau mereka berada di tempat lain dan mungkin mereka berada di negara kita sendiri.
7. Kita tidak akan dapat memburu pengganas selagi kita semua dapat mencapai kata sepakat siapa mereka dan bekerjasama dalam menjejaki mereka. Kita perlu mencapai persetujuan mengenai cara mengenal pasti pengganas dan apa yang dimaksudkan dengan keganasan. Jika kita mendiskriminasi semata-mata kerana mereka sebangsa atau seagama dengan pengganas, ini akan hanya menimbulkan kemarahan lebih ramai orang dan mungkin menyebabkan munculnya pengganas baru dan ianya tidak produktif. Kita telah pun mengetahui bahawa pejuang kebebasan yang menentang penindasan disalah anggap atau sengaja dicap sebagai pengganas oleh penjajah mereka. Akibatnya pejuang-pejuang kebebasan seperti Jomo Kenyatta, Robert Mugabe, Nelson Mandela, Sam Nujoma kesemuanya dilabel sebagai pengganas dan diburu sehinggalah ada yang telah ditangkap. Namun demikian, hari ini mereka diterima sebagai pemimpin negara yang dihormati dan sebahagiannya telah meninggal dunia. Apa yang jelas, pada hari ini seseorang mungkin menjadi pengganas tetapi esok harinya dia boleh ditakrif sebagai pejuang kebebasan dan sebaliknya seorang pejuang kebebasan hari ini boleh ditakrifkan sebagai pengganas esoknya bergantung kepada keadaan. Sekiranya kita memburu setiap orang yang dilabel sebagai pengganas oleh pihak tertentu, sebenarnya kita telah melakukan ketidakadilan. Ketidakadilan lah sebenarnya merupakan benih terbaik menyemai pengganas.
8. Oleh itu, bagaimana kita mengenal pasti pengganas? Bagaimana kita membezakan pejuang kebebasan daripada pengganas, bagaimana kita menentukan kerajaan manakah yang harus dikutuk kerana melakukan keganasan ataupun melindungi pengganas? Melancarkan perangan itu mudah dan apa yang akan berlaku adalah pembunuhan rakyat di negara terbabit. Konvensyen antarabangsa melarangkan penggunaan gas beracun dalam peperangan. Tetapi bolehkah konvensyen antarabangsa menetapkan senjata-senjata dan bentuk serangan yang boleh digunakan oleh pejuang menentang penindasan? Apakah mereka yang berkuasa yang juga bertindak ganas sepatutnya dikutuk dan dihukum?
9. Pengganas tidak akan menghormati perjanjian. Jadi apa gunanya konvensyen dalam memerangi pengganas? Sepertimana pengumuman menteri di negara ini baru-baru ini bahawa wujudnya 36 buah pertubuhan haram yang tidak berdaftar. Apakah pertubuhan haram seperti kongsi gelap akan mendaftar? Pastinya ia tidak akan berlaku sama sekali. Tetapi, di pihak kerajaan yang sah dan mendapat keabsahan dari rakyat, adalah menjadi tanggungjawab bagi kerajaan-kerajaan bertindak terhadap mereka yang mencabuli konvensyen dan juga menetapkan takrifan apakah yang disebut sebagai pengganas.
10. Akhir kalam, mempersembahkan drama penghapusan pengganas itu amat mudah dan menguntungkan berbanding realiti yang rakyat dan pemerintah lalui. "Orang tidak gila boleh berlakon gila, tetapi orang gila tidak akan dapat berlakon tidak gila". "Terrorism is not a problem. It is by-product of other problems. If we solve the real problem, terrorism disappears automatically".
Apakah kamu 'terrorist'? Bukan! Aku 'tourist!'
Wallahualam
SANI

Comments
Post a Comment