Rumah Mampu Milik (RMM)
Salam,
1. Mengikut Abraham Maslow yang terkenal dengan Teori Hierarki Keperluan, terdapat lima (5) tingkat keperluan asas yang diperlukan dalam kehidupan seseorang manusia. Tahap keperluan itu disusun mengikut kutamaan bermula dengan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan akhirnya adalah keperluan kesempurnaan kendiri. Keperluan paling tinggi keutamaannya buat seorang manusia adalah fisiologi di mana termasuklah makanan dan minuman, pakaian dan tempat tinggal (rumah).
2. Selaras dengan isu terkini berhubung Rumah Mampu Milik (RMM), ia amat sesuai dengan apa yang diperkatakan oleh Abraham Maslow dalam teorinya itu sejak tahun 1954 lagi yang diterbitkan dalam bukunya berjudul Motivation and Personality. Rumah merupakan keperluan paling asas dan tanpa tempat tinggal, manusia tidak mampu menjalani kehidupan sempurna sesuai dengan keperluan untuk makan dan minum, rehat, hubungan kekeluargaan dan juga hubungan antara manusia dan Tuhan (solat). Sudah sampai masanya untuk pemerintah mengkaji masalah ini dengan tidak menjadikan ia sebagai perkara remeh yang perlu dikesampingkan. Isu gelandangan sebelum ini yang hangat diperkatakan sehingga timbul isu baru berkenaan 'soup kitchen' yang menggunakan sukarelawan membantu golongan gelandangan bukan sedikit impak negatif terpalit di muka pemerintah.
3. Kehidupan di bandar besar tidak semudah di kampung dan juga pekan-pekan kecil. Harga rumah yang melambung saban tahun menambah kesengsaraan rakyat untuk mengimpikan memiliki rumah sendiri. Namun, retorika Rumah Mampu Milik (RMM) wajar dijelaskan dengan sempurna kepada rakyat bagi mengelakkan harapan tinggal harapan. Mampu merupakan sesuatu yang subjektif kerana mampu bagi orang kaya tidak sama dengan orang miskin dan mampu bagi orang bandar dan mampu di luar bandar juga tidak sama kerana nilai tanah serta kos sara hidup yang berbeza antara satu sama lain.
4. Pendapatan seorang kerani yang bekerja di ibukota dan mereka yang bekerja di daerah kecil seperti Padang Terap ataupun Sik, Kedah tetap sama walaupun dari sudut kos sara hidup jauh berbeza. Oleh yang demikian, mampu milik tempat tinggal sudah pastinya juga berbeza. Bagaimana dengan harga rumah berharga RM250,000 mampu bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 ke RM2,000. Berapakah jumlah potongan bulanan yang harus dibuat tanpa mengambil kira kos-kos lain seperti penjagaan anak, persekolahan anak-anak, makan minum, utiliti dan bermacam lagi. Itu belum diambil kira mereka yang pendapatannya di bawah RM1,500 yang pastinya amat menyesakkan nafas setiap dari mereka. Dengan kadar inflasi yang semakin membuncit, tidak ada kata-kata yang dapat menjelaskan keadaan ini.
5. Musibah banjir baru-baru ini sebenarnya mempunyai hikmah yang terselindung. Berbagai perancangan dan usul dikemukakan untuk membina rumah menggantikan tempat tinggal mangsa-mangsa yang musnah dalam musibah itu. Termasuklah pengumuman Timbalan Perdana Menteri (TPM) berhubung pembinaan rumah 3 bilik dengan kos lingkungan RM45,000. Ada yang mencadangkan kontena dan berbagai lagi cadangan dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir dan alhamdulilah semangat membantu rakyat Malaysia dalam konteks ini amat membanggakan. Kos RM45,000 yang diumumkan TPM itu tidak termasuk tapak rumah dan jika ditambah kos tersebut dengan bantuan kerajaan negeri mungkin dalam lingkungan RM60,000.
6. Moralnya apa yang cuba diketengahkan di sini adalah, apakah dalam usaha membantu mangsa banjir kos dalam lingkungan RM60,000 termasuk tapak rumah dapat dilakukan tetapi kenapa dalam membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah bagi merealisasikan Rumah Mampu Milik (RMM) harganya jauh berbeza? Jika lokasi tempat Rumah Mampu Milik (RMM) menjadi pertikaian tentang kos pembinaan, insyallah jika digerakkan seluruh jentera kerajaan yang ada, bukan sesuatu yang mustahil ia akan menjadi realiti. Jika kerajaan negeri yang mempunyai kuasa terhadap tanah di setiap negeri boleh memberi kepada orang itu dan ini, kenapa tidak perkara sama dilakukan untuk membantu rakyat? Pemimpin harus kreatif dan inovatif seperti kata Steve Jobs yang berbunyi "Inovasilah yang membezakan seorang pemimpin dan pengikutnya".
7. Berlaku jujurlah kepada rakyat atas amanah yang telah diberikan oleh mereka agar slogan daripada rakyat, kepada rakyat untuk rakyat dapat dicapai dan bukan hanya 'lips service' ketika pilihanraya semakin hampir. Kasih sayang rakyat akan datang dengan sendiri tanpa paksaan jika apa yang dibuat kepada rakyat juga dibuat tanpa paksaan. Kata Nelson Mandela, "Memimpinlah dari belakang dan biarkan yang lain di depan ketika Anda merayakan kemenangan. Saat bahaya datang, berdirilah paling depan, maka orang akan menghormati Anda".
8. Mudah-mudahan setiap pemimpin yang ada dapat memikirkan perkara sama apa yang difikirkan oleh rakyat dan jadikan ia sebagai asas dalam menunaikan amanah yang maha berat selagi kamu memikul jawatan tersebut. Jawatan bukan untuk bersuka-ria dan disalahgunakan, ia adalah beban yang tidak tertanggung jika kamu ingat akan janji-janji dan sumpah ketika menerima jawatan itu.
Wallahualam
SANI

Comments
Post a Comment