Izinkan aku bermimpi dalam jaga
1. Percakaran sesama bangsa dilihat semakin hari semakin meruncing. Bukan Melayu tetap bersatu walaupun berbeza keahlian parti politik tetapi dalam hal-hal melibatkan bangsa, mereka akan bersama-sama mempertahankan bangsa mereka. Lihat saja dalam isu kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan menggesa peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan diboikot. Kenyataan tersebut bukan saja mendapat tentangan keras daripada musuh tradisi UMNO iaitu DAP, malah MCA yang menjadi salah satu parti komponen BN turut membantah dan ini menyebabkan menteri berkenaan terpaksa mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi menjelaskan kenyataannya berhubung peniaga yang enggan menurunkan harga barang. Keris telanjang sudah disunatkan agaknya?
2. Dalam bukunya 'Minda Melayu Baru' diterbitkan Intitut Kajian Dasar (1998), Dr Siddiq Fadil memetik ".... hobi bermusuhan, M. Natsir mengatakan bahawa umat Islam sangat senang punya lawan. Kalau ada musuh mereka bersatu. Bila musuh tidak ada lagi, mereka mencari musuh di kalangan sendiri. Memang demikianlah kenyataannya seperti yang kita saksikan di Asia Barat, daerah di mana umat Islam bersengketa dan berperang sesama sendiri dan yang jelas beruntung dari silang-sengketa itu ialah Israel, Amerika dan sekutu-sekutunya. Hobi bermusuhan ini juga nampaknya kian membudaya di kalangan umat Melayu sendiri. Melayu hanya bersatu ketika survivalnya terancam. Sejarah telah mencatatkan bagaimana Melayu dari pelbagai parti dan ideologi bersatu menghadapi Malayan Union. Tetapi setelah itu mereka berpecah dan bercakaran. Seterusnya Melayu bersatu lagi selepas tragedi 13 Mei. Namun tidak lama selepas itu mereka berpecah dan bercakaran semula".
3. Sejak perpecahan selepas 13 Mei 1969, perpecahan demi perpecahan terus berlaku sehingga kini. Apa sebenarnya yang ingin direbut selain dari kuasa? Harta? Sememangnya harta akan datang seiring dengan ketibaan kuasa kerana kedua-duanya kembar tidak seiras yang akan lahir jika nafsu yang bergelora tidak dikawal dengan iman untuk membentengi pemimpin-pemimpin yang sudah menggenggam kuasa. Keghairahan menggenggam kuasa mengakibatkan shahwat memuncak untuk terus mempertahankan kuasa. Seperti kata pepatah, "kekuasaan hanya mempunyai tangga naik dan tidak ada tangga turun". Maka kekallah ia di situ kecuali tangga dibakar atau gempa politik berguncang sehingga tangga dan pemimpin itu terbenam ke dasar bumi.

4. Kembalinya ke Rahmatullah Mursyidul Am PAS Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (TGNA) memperlihatkan betapa indahnya bangsa yang bersatu. Soal penyatuan itu disentuhi unsur kemunafikan atau sebaliknya ataupun bersifat sementara adalah soal lain. Namun, jika roh penyatuan itu dapat benar-benar bersatu atas dasar keikhlasan, alangkah beruntungnya rakyat secara keseluruhan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Walau apapun, seperti yang sering diungkapkan oleh Allahyarham TGNA ketika hayatnya masih ada, pintu penyatuan UMNO dan PAS mustahil berlaku selagi beliau masih ada. Beliau menekankan bahawa jika UMNO menukar dasarnya kepada Islam, maka PAS akan dibubarkan. Perbezaan wadah perjuangan antara kedua-dua parti sehingga kini di mana UMNO dengan nasionalisnya dan PAS dengan Islamnya, sememangnya agak sukar melihat kedua-dua parti ini merangkul penyatuan mutlak. Kerajaan Perpaduan atau disebut 'Unity Goverment (UG)' pula menempuh jalan sukar apabila masih ramai di kalangan ahli dan pemimpin kedua-dua parti masih skeptikal dengan pendekatan ini yang berpunca daripada ketidakfahaman konsep 'Kerajaan Perpaduan' ini. Ada sebahagiannya bukan tidak faham tetapi gerun dengan perlaksanaan Kerajaan Perpaduan kerana ia memungkinkan mana-mana pemimpin yang mengkhianati amanah diheret ke muka pengadilan.
5. Mengikut cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHA), kerajaan perpaduan ini berbeza dengan kerajaan campuran yang pernah disertai oleh PAS pada dekad 70’an dulu. Cadangan ini menjuruskan kepada pembentukan kerajaan tanpa pembangkang dengan penglibatan semua parti politik. Beliau mencadangkan agar kerajaaan B.J. Habibie di Indonesia selepas kejatuhan kerajaan Suharto dijadikan contoh. Melalui kerajaan ini Habibie telah berjaya memberikan impak demokrasi, penentangan terhadap rasuah, kebebasan media dan lain-lain di Indonesia sehingga negara jiran itu berjaya keluar dari kemelutnya dan sekarang berada di depan. Akibat daripada penentangan dan kegagalan memahami konsep 'Kerajaan Perpaduan' ini, TGHA telah menarik balik usul itu dan sehingga kini, usaha ke arah penyatuan bangsa Melayu menemui jalan buntu.
6. Walaupun tidak semua rakyat negara ini menyertai mana-mana parti politik, namun sejarah telah membuktikan bahawa peranan parti politik dalam menentukan samada berpecah atau sebaliknya bangsa khususnya Melayu banyak ditentukan oleh faktor ini. Ini adalah kerana walaupun mereka tidak menjadi ahli mana-mana parti politik, kecenderungan dan dokongan kepada parti-parti politik tertentu tetap wujud dalam pemikiran mereka. Oleh itu, sebarang tindakan yang dibuat oleh parti politik tertentu akan tetap memberi kesan samada kepada pemimpin, ahli dan penyokong parti masing-masing. Lantaran itulah wujudnya 'faction' dalam 'faction' akibat daripada perselisihan yang berpunca daripada tindakan pemimpin yang dikagumi atau dihormati oleh ahli dan penyokong masing-masing.
7. Kesukaran menerima cadangan penyatuan jika dipandang secara telus dan ikhlas, ia lebih bersifat kepentingan peribadi berbanding kepentingan rakyat jelata. Penentangan yang berterusan dilihat adalah akibat daripada andaian mereka bahawa jumlah jawatan dalam kerajaan yang bakal dipegang sekiranya 'kerajaan perpaduan' ini menjadi realiti tetap sama jumlahnya sedangkan jumlah pemimpin yang ada sudah berganda. Yang sedang memegang jawatan bimbang akan kehilangan jawatan dan yang memburu jawatan pula melihat peluang memegang jawatan itu semakin sempit berbanding jika hanya satu pakatan politik yang berjaya memerintah. Untuk itu, pada pandangan mereka, adalah lebih baik usaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan ini tidak menjadi realiti. Tambahan pulak, pada pandangan mereka juga hanya sebilangan kecil pemimpin dari kalangan mereka yang akan dapat menikmati peluang memegang jawatan menteri dan pastinya harapan cerah ada pada yang berada dilapisan 3 jawatan tertinggi parti.
8. Berapa ramai yang bermimpi di siang hari dan mengigau di malam hari untuk memegang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Kerja Raya, Menteri Pengangkutan dan lain-lain jawatan yang pada pandangan mereka merupakan lubuk kuasa dan harta. Apa yang sedang diraih oleh pemegang jawatan ketika ini bakal dipunggah mereka sepertimana apa yang berlaku sekarang. Seringkali Che Guevara mengingatkan saya tentang "Cruel leaders are replaced only to have new leaders turn cruel". Berapa orang Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang ada sejak merdeka? Berapa orang Mahatma Gandhi yang dapat dihasilkan selepas beliau meninggal dunia? Kepimpinan yang berjaya dimiliki tanahair sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka tetap tidak berubah. Pemimpin tetap bimbang melahirkan ramai pemimpin kerana menggigil ketakutan jika kedudukan mereka akan tergugat. Ralph Nader menyebut, "The function of leadership is to produce more leaders, not more followers". Realitinya dalam kehidupan seharian dan politik, pemimpin hanya melahirkan ramai pengikut dan gagal melahirkan ramai pemimpin. Bagi mereka, lebih ramai pengikut maka kedudukan mereka akan semakin kuat dan semakin kurang gugatan. Maka hiduplah rakyat dalam sebuah negara yang membudayakan kehidupan pengikut bukan pemimpin yang ditolak maka ke depan dan ditarik terlentang ke belakang.
9. Istiqamah lah dalam kehidupan dan jangan biarkan diri diperhamba sesama manusia sehingga menjadi pengikut yang taksub dan mendokong pemimpin secara membabi-buta. Kata Gandhi, "Mereka tidak dapat mengambil harga diri kita jika kita tidak memberikannya kepada mereka". Kerana itulah aku terus menulis dari hati bukan kerana terpaksa, ugutan, bujukan dan upah. Aku sentiasa berteman Wiji Thukul untuk membisikkan semangat kepada aku. Sebentar tadi dia membisikkan, "Jika tak ada mesin ketik aku akan menulis dengan tangan, jika tak ada tinta hitam aku akan menulis dengan arang, jika tak ada kertas aku akan menulis pada dinding, jika aku menulis dilarang aku akan menulis dengan tetes darah!"
Begitu juga aku! Izinkan lah aku bermimpi dalam jaga....
Wallahualam
SANI

Comments
Post a Comment