KITA ADALAH MINDA KITA
Perasaan dan pola fikir kita sebenarnya bagaimana kita menguruskan minda kita. Coba kita imbas kembali hal-hal yang pernah berlaku dalam kehidupan kita sebelum ini.
Pernah atau tidak kita rasa enjin kereta atau motosikal kita begitu nyaman bunyi dan enjin terasa lancar sebaik kita selesai mencuci kereta atau motosikal tersebut?
Sebaik keluar dari menonton filem kungfu atau filem aksi lakonan hero kegilaan kita ketika keluar pawagam siapa saja melintas secara tidak berkenan di hati silap-silap mengundang tendangan atau tumbukan walaupun tidak sempurna seperti hero di filem tadi.
Jika kita memakai pakaian ala tentera atau pakaian lasak secara automatis lagak kita seakan Stephen Robert Irwin The Crocodile Hunter (“Sang Pemburu Buaya”). Apabila kita berkain pelikat dengan 'kopiah lebai' atas kepala tiba-tiba saja aura dan naluri kealiman menggelegak dalam diri.
Semuanya berpunca dari apa agaknya? Semuanya disebabkan minda kita menyesuaikan dirinya dengan keadaan. Kita seakan tertekan apabila seharian terkurung dalam rumah tetapi bayangkan mereka yang terpenjara dalam penjara menempatkan banduan-banduan dengan pelbagai kesalahan undang-undang. Kita dapat bertahan kerana keadaanlah yang mempengaruhi kita.
Jika rambut semakin berkurang apa salahnya botakkan terus daripada menambah keluruhannya akibat berfikir. Jika ada yang marah-marah dan tidak suka kepada kita abaikan saja kerana mereka bukanlah penentu syurga dan neraka kita malah makan minum kita juga tidak datang dari mereka.
Kita adalah minda kita dan tenangkan diri tanpa bersusah-payah meladeni kehendak pembenci dan pemarah asal saja melihat dan terfikir tentang kita.
Salam Hormat

Comments
Post a Comment