MELAYU DAN ISLAM

Dr. R. Sivaperegasam P. Rajanthiran sebelum ini bertugas sebagai pensyarah kanan di COLGIS, UUM dan juga Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad juga di UUM. Di samping situ beliau merupakan sarjana penyelidik di Yayasan Kepimpinan Perdana. Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad di UUM tak pasti sekarang masih ada atau sudah dibenamkan di dasar kolam UUM. Dr Siva juga tak tahu samada masih di UUM.

Saya tertarik dengan latarbelakang Dr Siva kerana beliau bukan Melayu dan juga bukan Islam. Tetapi bidang kepakarannya berkaitan dengan Islam, Islamisme dan politik Islam.

Lebih menarik lagi bila saya terbaca catatan bekas pelajar yang pernah berkuliah dengan beliau membuat catatan "...jangan main-main. ada sesetengah part yang akan buat kita termalu sendiri. sebab sifat melayu yang ada padanya kalah diri kita nie yang 100% melayu. kelebihan buatnya di situ kerana di besarkan dalam pesekitaran masyarakat melayu. malah, dr siva juga penah menuntut di sebuah sekolah pondok di kelantan. mungkin atas faktor itu dia juga menguasai tulisan jawi dengan baik. tak silap lala dah 3kali tafsir al - Quran di ulang baca."

Tambah pelajar ini lagi, "lagi satu, lihat cara dia berurusan dengan orang. ada adap, budi bahasa yang nampak sempurna dari kita yang melayu. nampak simple, tapi menarik. bagi yang mengenalinya, pasti faham apa yang lala cuba sampaikan."

Moralnya di sini apa yang ingin saya sampaikan adalah, kefahaman tentang Islam tidak semestinya berlegar di kalangan bangsa Melayu dan orang Islam saja. Tetapi malangnya ada kelompok opportunis yang cuba memesongkan fakta dengan memainkan sentimen bangsa Melayu dan Islam. Mungkin Dr Siva lebih beradab sopan dan santun kerana dia lebih memahami Islam daripada kalangan Melayu yang kasar, bengis dan 'kurang ajar'.

Islam bukan hak eksklusif orang Melayu, Arab atau pun kelompok. Jika berdebat soal Islamisme rasanya Dr Siva lebih hebat tetapi mungkin jika ada hidayah dari langit terbuka pintu hati berubah haluan mana tahu?

Sebenarnya banyak sumbangan bukan Islam di negara ini terhadap tamadun dan pembangunan bangsa Melayu dan Islam serta pembangunan negara secara umum. Lihat saja bukan hanya Dr Siva, malah beberapa tokoh ilmuan terkenal datangnya dari kalangan bukan Islam. Contohnya pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram bidang ekonomi, Prof Dr Chandra Muaffar saintis politik muslim tersohor dan beliau bukannya Melayu. Ramai lagi yang boleh dihuraikan di sini tetapi apa yang mahu diketengahkan adalah Islam dan Melayu bukan hak total bangsa Melayu dan orang Islam kerana seperti disebut oleh Dr Siddiq Fadhil Islam itu adalah agama rahmah dan ramah bukan marah-marah.

Bayangkan mereka yang kononnya pejuang tegar bangsa Melayu tetapi mereka juga mengkhianati Melayu. Habis tanah riab Melayu dihalimunankan. Mereka mendakwa pejuang Islam tetapi Islam aliran apa yang dibawa sebenarnya hingga bertindak tidak kalah zionisme yang dikutuk. "Tuhan tak perlu dibela kerana dia sudah Maha Segalanya. Belalah mereka yang diperlakukan tidak adil" kata Gus Dur mantan Presiden Indonesia.

Image may contain: 1 person, glasses, hat, sunglasses, text and close-up

Golongan songsang inilah yang menjadikan Islam kelihatan hodoh sehodoh-hodohnya di mata bukan Islam akibat kefanatikan melulu sehingga jenama Islam jadi kotor.

Islam tidak menang kerana maki hamun dan sumpah seranah sebaliknya daripada budi yang luhur.

Salam Perubahan

Comments

Popular Posts