JATUH
Niat berbuat baik saja sudah berdepan cabaran apa lagi melakukannya sudah pasti berlapis-lapis cabaran menanti. Setelah menunggu beberapa hari untuk diberi ubat bunting, tadi dia muncul dan terus saya berlari dapatkan ubat berserta syringe. Kucing ini seperti biasa berada dalam pagar rumah di hadapan. Jika siang boleh cuba2 tangkap bawa ke jabatan haiwan disuntik untuk bertahan 3 bulan. Yang ini tablet dimakan hanya 2 minggu.
Setiap 2 minggu masalah sama akan muncul bersama cabarannya. Beberapa hal yang menjadi cabaran adalah memanjat tangga yang entah selamat atau tidak. Jika tergelincir alamatnya jika bukan ICU mungkin jabatan kemalangan hospital.
Semua orang berpengalaman jatuh dan bangun. Gandhi, Anwar Ibrahim hatta Nabi Yusuf Ahs penah jatuh jika tidak secara fizikal mungkin juga jatuh dan bangun dalam politik atau perjuangan. Tapi saya jatuh gara-gara mahu beri kucing makan ubat cegah bunting. Sudah lah kos ubatnya yang sering bertambah apa lagi kos ubat luka dan tahan sakit jatuh kerana memberi ubat kucing. Itu belum lagi jika x ray nanti diberitahu patah sudah tentu bertambah sakit kesan psychology yang datang.
Apapun yang berlaku, anggap saja kebajikan itu ada bersamanya saudara kembar yang bernama risiko. Nasib menyebelahi saya kerana ketika jatuh itu suasana gelap, dilindungi tembok dan tidak ada sesiapa di sana. Jika tidak pasti kesan sakit bertambah berlipat kali ganda kerana malu. Pasu pokok yang berbelas kali dipijak dan kukuh itu tiba-tiba hari ini menjadi goyah dan lemah. Mungkin juga tidak mampu menahan keberatan tubuh saya yang kian comel dan berat gara-gara terlalu banyak yang dibaca dan hanya sedikit yang dialir keluar.
Semoga sakit dan sangkaan patah tulang itu hanyalah mimpi yang akan berakhir sebaik saya bangun sahur esok pagi...

Comments
Post a Comment