BURUNG TIONG
Dalam buku biografi Soekarno Penyambung Lidah Rakyat, ditulis Cindy Adams, selain menceritakan kisah Bung Karno, penulis juga menceritakan tentang Soeharto.Sesuatu yang agak lucu adalah mengenai minat Pak Harto memelihara burung tiong.
Burung tiong itu adalah pemberian orang kepada Pak Harto. Maklumlah presiden negara. Bukan presiden NGO macam Rani Kulup.
Dikhabarkan bahawa burung yang petah bercakap itu akan menyebut "Bapak Soeharto Presiden Republik Indonesia!" setiap kali Pak Harto melintasi sangkarnya. Itulah yang akan diungkap burung tiong itu sehinggalah detik Pak Harto ditumbangkan dan diganti Pak Habibie.

Burung itu tetap menyebut "Bapak Soeharto Presiden Republik Indonesia!" walaupun Pak Harto bukan lagi presiden ketika itu. Pak Harto pula membalas "Habibie" apabila burung tiong itu mengucapkan "Bapak Soeharto Presiden Republik Indonesia!" tapi tetap juga diulang benda sama. Bosan dengan ucapan itu maka kata Pak Harto, "Dasar Beo," (Beo adalah burung tiong bagi kita di Malaysia)
Agaknya, jika Najib ditumbangkan dalam PRU14 nanti, macai2 dan pemakan dedak A9, MyKmu, JASA dan seangkatan dengannya juga seperti burung tiong itu mengulangi "Pak Najib Perdana Menteri Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan... 1Malaysia" sambil tunjuk 1 jari.

Comments
Post a Comment