BUDAYA MERBAHAYA
Pagi tadi sementara berehat selepas memberi kucing-kucing makan, terasa rugi pulak tidak diguna masa itu membaca buku yang baru dibeli dari Jogja, Indonesia. Buku yang sudah memasuki halaman 60 dari 440 halaman itu terasa agak perlahan nak dihabiskan bukan kerana tidak bagus, tetapi tabiat membaca gemar berpindah-pindah buku sebelum habis dibaca.
Apa pun, sempat saya membaca habis bab berjudul 'budaya mentang-mentang' dalam buku 'Catatan Harian Sang Penggoda'. Gaya penulisan yang lugas dan santai memudahkan saya menghadam apa yang mahu disampaikan oleh penulis ditambah saya semakin yakin dan lancar membaca buku-buku berbahasa Indonesia.
Mengimbas apa yang ditulis oleh penulis pujaan hati saya Mas Prie GS ini, saya cuba seadanya membandingkan dengan kisah yang dihidangkan beliau dalam bab ini dengan kita di sini. Beliau memulakan kisah dengan contoh pemandu yang membawa beliau dalam sebuah kenderaan di bandar Jakarta. Katanya, beliau kagum dengan tertib dan hematnya pemandu itu walaupun tidak ada orang lain ketika itu atau jalan lengang. Pemandu itu tetap memberi lampu 'signal' untuk membelok dan berhenti di lampu isyarat hatta seekor jin pun tak melintas. Ertinya dia sosok yang melakukan sesuatu bukan kerana orang tetapi ketertiban. Jika orang lain mentang-mentang jalan kosong walaupun berkopiah dan berserban dilanggarnya lampu merah jika tak ada pengguna lain. Jika membelok asal terasa saja belok lah tanpa menghiraukan keselamatan orang lain. Dari situ beliau melebarkan kisahnya kepada hal-hal yang berlaku di negara itu walaupun ada juga yang melibatkan apa dilakukan di sini.
Mengaitkan dengan masyarakat kita di sini pula, saya melihat 'budaya mentang-mentang' (BMM) ini cukup banyak berlaku sepertimana yang dapat kita lihat di sekeliling kita. Mentang-mentang dia menteri yang berkuasa memberi permit masuk pekerja asing, habis diangkutnya segala bangsa asal saja jadi wang.
Mentang-mentang dia perempuan maka dijadikan alasan untuk tidak boleh datang kerja malam atau hujung minggu walaupun dia seorang anggota atau pegawai polis. Mentang-mentang mengiring menteri atau VVIP dihambatnya pengguna jalanraya lain ke tepi seperti mereka tidak membayar cukai jalan ataupun bukan manusia padahal siapa yang bayar cukai siapa yang tidak?
Mentang-mentang nak bersolat maka diparkir kenderaan sesuka hati seolah-olah orang lain semua masuk neraka dan hanya dia saja masuk syurga. Di Kangar Perlis beberapa tahun lalu hingga terbakar kenderaan di tepi jalan dilanggar penyeludup minyak ketika solat Jumaat. Puncanya ada dua iaitu satu kegilaan penyeludup mengejar trip menyeludup dan tak lupa yang ke masjid pula parkir seperti jalan itu sudah hilang hak orang lain menggunakannya.
Mentang-mentang jadi penguatkuasa PBT, peniaga-peniaga tempatan seperti musuh utama negara kalahkan pengedar dadah. Peniaga asing tersenyum simpul pulak bila berdepan. Mentang-mentang perniagaan semakin laku, pelanggan dilayan seperti pengemis. Mentang-mentang dipanggil ustaz atau ulamak, senang-senang mengkafirkan orang lain dan menentukan siapa masuk syurga dan siapa ke neraka.
Mentang-mentang jadi orang atasan, mudah pula ditukar ke sana sini yang tak sehaluan. Mentang-mentang jadi bawahan, buat salah tak boleh ditegur kerana dianggap angkuh berbuat demikian. Mentang-mentang bertubuh besar, yang kurus dan kecil ditolak-tolak begitu saja. Mentang-mentang makan KFC dan McD, sengeh-sengeh macam orang lain tak mampu beli. Mentang-mentang dia di unit jaga judi dan maksiat, semua pengusaha pusat maksiat dan judi kena hantar ufti.
Banyak lagi sebenarnya mentang-mentang yang boleh dikembangkan mengalahkan bengkang dan bubur asyura tetapi sekadar kita berfikir tentang 'budaya mentang-mentang' ini jangan sampai yang bawah dan miskin mengambil kesempatan apatah lagi yang berkuasa pula sudah lupa dia manusia dan beranggapan sudah menjadi dewa-dewa.

Comments
Post a Comment