PROFESIONAL

"Kami bertindak secara profesional"". "Kami membuat keputusan secara profesional". Ungkapan ini sering kita baca atau dengar apabila sesuatu tindakan atau keputusan dibuat oleh pihak yang bertindak atau memutuskan sesuatu.

Profesional itu harus dilihat bagaimana dan bila keputusan atau tindakan itu dibuat. Profesional itu mengikut profesion yang mereka jawat.

Profesional belum tentu adil dan juga tidak semestinya humanis. Perompak dan penyamun profesional berjaya merompak dan menyamun dalam tempoh berapa minit dan dia anggap sebagai profesional. Malah media juga tampil dengan headline perompak atau penyamun profesional.

Hakim, polis, tentera, hatta nelayan dan petani juga adalah profesion dan jika berhasil maka mereka dianggap sebagai profesional tetapi tidak semua hakim, polis, tentera, nelayan dan petani profesional kerana tindakan dan keputusan mereka sering juga tersasar dan menemui kegagalan.

Namun ketika bertindak dan buat keputusan itulah akan menentukan mereka profesional dari sudut mana? Jika ketika bertindak dan buat keputusan tetapi mindanya adalah minda koruptor, maka keputusan dan tindakannya adalah profesional sebagai koruptor. Walaubagaimanapun dia tetap mempertahankan tindakannya sebagai tindakan dan keputusan profesional lantaran perkataan profesional itu sendiri begitu subjektif.

Tetapi apakah tindakan dan keputusan itu adil dan humanis? Tindakan penyamun dan perompak yang merompak dan menyamun itu adil dan humanis? Tergantung pada siapa dan di mana dia berada. Jika dia koruptor, penyamun dan perompak maka dia anggap tindakannya itu profesional sepertimana pembunuh profesional yang diupah membunuh kerana dia profesional dalam bidangnya walaupun zalim dan jauh sekali humanis.
Image result for pembunuh profesional

"Salam Perpaduan"
Jauhi Rasisme
13 Mei 1969

Comments

Popular Posts