PEMUDA
Apa jenis pemuda UMNO yang kita ada sekarang? Pergerakan Pemuda di bawah Datuk Suhaimi Kamarudin dikenali dengan 'Era Bertindak', di bawah Datuk Senu pula dikenali sebagai 'Pemuda Tahan Lasak' sementara di era DSAI 'Generasi Penggerak Zaman'.
Kesemua slogan ini mencorakkan pergerakan tersebut sejajar dengan slogan dicetuskan ketuanya. Namun selepas dari itu, pergerakan pemuda longlai dan lesu.

Sebaik Anwar meninggalkan pemuda pada tahun 1987, penggantinya Najib sudah menghembuskan aroma lesu ke dalam pergerakan tersebut selama 6 tahun bukan tempoh yang pendek sehingga 1993. Selepas itu digantikan Rahim Thamby Chik antara 1993 hingga 1996. Tempoh tersebut juga memperlihatkan pemuda diconteng arang dengan tempias najis gadis bawah umur yang didakwa melibatkan beliau yang ketika itu Ketua Menteri Melaka. Lim Guan Eng muncul sebagai juara membela nasib gadis Melayu yang kononnya menjadi mangsa kerakusan Rahim.
Dalam tempoh bau busuk itu, antara 1994 hingga 1995, pemuda dipangku oleh Nazri Tan Sri Aziz pelakon watak kadok naik junjung yang terbawa-bawa hingga sekarang. Pengganti pemimpin pergerakan itu kemudiannya diambil alih oleh cicak kameleon yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa Zahid Hamidi antara tahun 1996 hingga 1998.
Setelah Anwar tersingkir pada tahun 1998 dan menyebabkan Zahid juga menghidu bau najis, tempatnya diganti oleh Hishamudin Tun Hussein selama 10 tahun sehingga 2008 dan merupakan tempoh panjang yang menjemukan dan amat longlai. Cium keris bertalu-talu namun akhirnya melutut apabila didesak meminta maaf isu hunus keris kepada kaum Cina termasuk MCA.
Sebaik Khairy Jamaludin (KJ) mengambil alih pada tahun 2008 berkat harakat bapa mertuanya, dia diberi tongkat sakti hingga menjadi dewa jula juli bintang tujuh dan tukang kutip toci kaya raya. Apa yang beliau lakukan untuk menjadikan pemuda itu pemuda? Apa yang jelas pemuda sudah jadi pemudi sesuai dengan lagu allahyarham R. Azmi di tahun 50an dahulu. Antara bait seni kata lagu itu berbunyi; ‘Dunia sekarang, sudahlah terbalik… pemudi berbaju belang, pemuda berbaju batik"
Kembalikan roh pemuda sebenar seperti kata Bung Karno, "Beri Aku 10 Pemuda, Maka Akan Kuguncang Dunia!" bukan mencuri Roh Tae Woo mantan presiden ke enam Korea Selatan.

Comments
Post a Comment