APA PERANAN PELARIAN ROHINGYA DI SINI?
Sekitar Mei 2015, pasukan keselamatan Malaysia dilaporkan menemui beratus-ratus kubur mangsa pemerdagangan manusia hampir kesemuanya warga Myanmar keturunan Rohingya di Wang Kelian, sempadan Malaysia Thailand. Pelbagai kekejaman yang dilakukan terhadap mangsa-mangsa pemerdagangan manusia didakwa dilakukan oleh sindiket telah dicanangkan oleh pelbagai pihak khususnya warga Rohingya sendiri yang berada di negara ini.
Muncul wira-wira mee segera di kalangan mereka sendiri untuk meraih populariti dan keuntungan selepas itu. Apabila sudah muncul di media, semua ini akan digarap dan didokumenkan untuk ditunjukkan kepada pelarian Rohingya di sini bagi tujuan memeras 'ufti' bulanan dan 'one off'. Saya yang kebetulan atas dasar pernah bertugas dengan melibatkan golongan ini merasa betapa mudahnya puak ini untuk mendapat untung. Mengenali dengan dekat karektor bangsa Rohingya ini, pastinya kita akan mendapat pandangan berbeza dengan apa yang berlaku di sana. Sifat opportunis cukup tebal di kalangan mereka.
Saya pernah menulis tentang kisah mereka sebelum ini di blog sama dan ternyata yang menjadi dalang utama sindiket dan mengkhianati bangsa sendiri adalah terdiri dari bangsa Rohingya sendiri. Belum pernah kita mendengar orang-orang tertindas seperti di Bosnia, Chechen, Acheh, Selatan Filipina dan Thailand serta Palestin dan Syria menjadi dalang memperdagangkan bangsa sendiri tetapi ini dilakukan oleh bangsa Rohingya.
Rakyat Bosnia, Chechen, Acheh, Selatan Filipina dan Thailand serta Palestin dan Syria berperang menentang tentera dan pihak yang menindas mereka sebaliknya puak Rohingya hanya melarikan diri dan membiarkan bangsa mereka dipatah riuk oleh pengganas Buddhist serta tentera Myanmar. Malah dari temubual saya dengan pelarian Rohingya sebelum ini mendedahkan yang menjadi talibarut tentera dan puak Rakhine yang mengganas di sana adalah kaum keluarga dan sahabat sendiri di sana.
Tulisan saya pastinya menjemput cemuhan ramai tetapi seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya hanya berpegang pada prinsip menyatakan kebenaran walaupun disisihkan. Ia bukan masalah besar kerana sebelum ini juga sudah ramai yang menyisihkan saya lantaran mengambil pendekatan seperti ini.
Tulisan saya pastinya menjemput cemuhan ramai tetapi seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya hanya berpegang pada prinsip menyatakan kebenaran walaupun disisihkan. Ia bukan masalah besar kerana sebelum ini juga sudah ramai yang menyisihkan saya lantaran mengambil pendekatan seperti ini.
Banyak kes pembunuhan yang berlaku di kalangan pelarian Rohingya di sini juga adalah melibatkan pembunuhnya adalah orang-orang Rohingya sendiri. Dendam tidak terbalas di kampung dilunaskan di Malaysia. Di mana Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah Mohd Noor Abu Bakar dan Timbalan Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia di Kedah yang gah mendedahkan Yasin yang didakwa sebagai kepala ejen terkenal di kalangan pelarian Rohingya yang masuk ke Malaysia sebelum ini.
Mereka hanya mementingkan diri sendiri berbanding bangsa-bangsa lain yang tertindas. Jika kita mengenali orang-orang dari Selatan Thailand samada dari Yala, Pattani dan Narathiwat yang datang mencari rezeki di sini kebanyakannya melibatkan diri dengan perniagaan makanan ala-Thai pasti akan tahu bahawa mereka akan membantu sedikit sebanyak perjuangan pejuang-pejuang pemisah di sana yang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan atau autonomi di Selatan Thailand.
Walaupun tidak terlibat mengangkat senjata, pasti ramai yang membantu dari aspek kewangan dan moral. Begitu juga dengan kisah perjuangan pemisah di Selatan Filipina, Acheh, Selatan Filipina dan Thailand serta Palestin dan Syria. Namun demikian, perkara sama tidak berlaku kepada bangsa Rohingya.
Sebagai manusia yang punya naluri insan dan kemanusiaan, kita sememangnya bersimpati dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Myanmar dan puak Rakhine menganiaya bangsa Rohingya, tetapi mereka sendiri yang ada di sini bukan sedikit jumlahnya harus bangkit untuk membuktikan mereka membantah kekejaman yang sedang bermaharajalela di bumi mereka.
Jika isu pemerdangangan manusia di Wang Kelian, Padang Besar boleh muncul menjadi wira mee segera, kenapa tidak dalam isu besar yang sedang melanda bumi mereka ketika ini? Tidak bolehkah mereka melakukan protes demi protes kerana mereka juga memiliki dokumen UNHCR untuk membolehkan mereka berada di negara ini?
Jumlah warga Myanmar merupakan jumlah pelarian dan pencari suaka politik teramai di Malaysia. Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menganggarkan setakat akhir Februari tahun ini, kira-kira 141,570 daripada keseluruhan 152,570 pelarian dan pencari suaka politik merupakan warga Myanmar. Dengan jumlah begitu besar mereka di sini, di mana mereka dalam soal ini?
Jumlah warga Myanmar merupakan jumlah pelarian dan pencari suaka politik teramai di Malaysia. Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menganggarkan setakat akhir Februari tahun ini, kira-kira 141,570 daripada keseluruhan 152,570 pelarian dan pencari suaka politik merupakan warga Myanmar. Dengan jumlah begitu besar mereka di sini, di mana mereka dalam soal ini?
Sekadar renungan
Comments
Post a Comment