HIPOKRASI
Sesungguhnya PAU setiap kali diadakan tidak lebih menjadi medan hipokrasi samada pemimpin mahupun di peringkat ahli-ahli. Bayangkan perasaan ahli-ahli dan perwakilan yang bukan Melayu dalam UMNO apabila jeritan HIDUP MELAYU dilaungkan. Retorik-retotik ketuanan Melayu dimomokkan. Apa perasaan mereka?
Apakah semua ahli UMNO itu Melayu? Apakah semuanya Islam? Ada siam, ada kadazan dusun, ada murut, ada kristian dan sebagainya. Mereka ini terpaksa memaksa diri untuk merasa diri mereka juga Melayu dan Islam demi membuat rasa selesa di dalam dewan. Yang di rumah juga terpaksa mengangguk di dalam hati bahawa mereka Melayu untuk rasa kebersamaan dalam UMNO. Inilah hipokrasi tahap tertinggi yang dibenamkan dalam jiwa ahli-ahli sejak awal dan apabila sudah di atas, umpama sireh pulang ke gagang dan umpama bapa borek anak rintik.
Sungguh kasihan apa yang berlaku ini kerana mereka yang bukan Melayu menjadi ahli ini bukan ahli bersekutu tetapi ahli biasa yang punya hak dan kesaksamaan yang setara tetapi sudah direntap ke bawah bagai 2nd class citizen. Mulut cakap Melayu tetapi langkah keluar dewan Melayu entah ke mana, Islam sementelah di mana.
Jika Melayu itu diperjuangkan dengan penuh semangat, pergi saja di jambatan Tanjung Chali, Alor Setar, Kedah. Terbentang papan tanda gergasi yang menunjukkan perkataan PEKAN CINA (sebelah kiri) PEKAN MELAYU (sebelah kanan) dari arah Nasi Lemak Ali. Hakikatnya, kedua-dua pekan itu didominasi oleh peniaga-peniaga Cina termasuk bekas Klinik Maha yang diusahakan oleh Tun Dr Mahathir dulu. Ini bukan soal rasis atau astro oasis, ini cakap punya basis.
Tahukah kita bahawa Pekan Cina itu dahulunya adalah pusat latihan peniaga-peniaga Melayu tetapi akhirnya apa yang berlaku? Tak ada seorang pun peniaga Melayu di sana termasuk Pekan Melayu. Tak percaya bahawa Pekan Cina itu pusat latihan peniaga-peniaga Melayu? Pergilah ke perpustakaan jangan cari di kelab dangdut atau karaoke. Bak kata pepatah, "Dengar cakap enggang, makan buah berluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk".

Comments
Post a Comment