LAIN MAKAN NANGKA, LAIN KENA GETAH
Mereka bukan saja menjadi penyumbang kepada peningkatan indeks jenayah di negara ini, malah menjadi punca kemunculan semula penyakit-penyakit yang dahulunya sudah pupus di sini. Mereka membawa pelbagai jenis penyakit dari negara asal dan memindahkan kuman-kuman tersebut kepada warga tempatan. Jenayah-jenayah berat seperti sudah lumrah membabitkan warga asing di negara ini. Mereka bukan saja menjadikan sasaran sesama mereka, warga tempatan turut menjadi mangsa bunuh, rompak, samun, penipuan dan sindiket dadah serta wang palsu.
Kegoyahan ekonomi negara juga banyak disumbangkan oleh mereka kerana peluang pekerjaan direbut oleh mereka serta banyak perniagaan samada berlesen atau secara haram dijalankan oleh mereka. Wang dikirim ke negara asal menyebabkan kebocoran dalam kitaran wang dalam negara dan mengheret juga kejatuhan nilai ringgit.
Masalah gejala sosial begitu pantas merebak di kalangan masyarakat tempatan yang kebanyakannya berpunca daripada mereka. Nampaknya orang lain makan nangka orang lain pula kena getah. Mereka yang ditampuk kuasa melanggah korupsi sehingga buntal dan terberak, rakyat tempatan menerima bala angkara kebanjiran warga asing ini.
Lebih membimbangkan, baru-baru ini diumumkan akan dibawa masuk lebih ramai warga Bangladesh ke negara ini sebagai rumah kedua kepada mereka ini. Sikap kemaruk korupsi menjadi punca segala masalah yang berakar daripada kebanjiran warga asing dan pemerintah mengambil pendekatan memekakkan telinga rintihan rakyat dalam banyak sudut termasuk isu ini.
Sampai bila masalah ini akan dapat dihentikan?
Comments
Post a Comment