GAYA MAHATHIR

Sesuatu yang menarik dalam diri Tun Mahathir adalah bagaimana beliau menjawab dan menangkis pertanyaan seseorang. Lantaran itulah wartawan luar sering terjerat dengan soalan-soalan mereka sendiri. Beliau tidak akan lari atau berdiam diri setiap kali disoal. Itulah pemimpin sejati yang sukar dicari ganti dan dimiliki oleh mana-mana negara dan organisasi. 

Satu daripada contoh yang buat saya tersenyum sambil membaca buku 'Winds of Change - The Mahathir Impact on Malaysia's Foreign Policy' hasil karya Murugesu Pathmanathan dan David Lazarus adalah anekdot yang cukup membuktikan beliau pemimpin luarbiasa.


Pada tahun 1982 dalam pilihanraya umum (PRU) ke 6 dan merupakan PRU pertama Tun Mahathir sebagai perdana menteri (PM), beliau telah berjaya mendapat mandat dari rakyat dengan begitu cemerlang. Dalam suasana kegembiraan itu, pejabat perdana menteri dipenuhi ramai wartawan dalam dan luar negeri untuk menemu ramah perdana menteri. 

Salah seorang darinya wartawan tinggi lampai berjambang dari Kanada tetapi disangka Tun Mahathir bahawa beliau wartawan dari Amerika. Wartawan tersebut yang sudah lama memendam soalan untuk dihalakan kepada perdana menteri Malaysia ini akhirnya berjaya melampiaskan hasratnya dengan soalan tersebut. 

Wartawan ini bertanya Tun Mahathir, "Mr Prime Minister, you announced the admission of Anwar Ibrahim, the leader of the Muslim Youth Movement (ABIM) in your own office instead of at party headquarters. Anwar was being admitted to the UMNO. Don't you think you were wrong in using your own office instead of the party's?"

Dalam senyum sinisnya seperti biasa, Tun membalas dengan spontan dan begitu sinikal yang menjadi trademark beliau. Jawabnya, "Since you're asking me about the party would you like me to go to the UMNO headquarters now, and I'll answer your question there? Then we can return to my office and we can talk about my using a goverment office" 

Wartawan tersebut segera menjawab, "I hardly think that's necessary, sir, but don't you think what you did was wrong?"

Tun membalas lagi, "Does it matter if your president Reagan announces something to do with the Republican party in the Pentagon? Did you check, for example, to see what car he's using when he's driving to the Republican party headquarters to make announcement? His own or the goverment's?" Wartawan itu yang tersipu-sipu malu dengan balasan Tun Mahathir terus tergesa-gesa mengalih kepada soalan lain.

Kualiti pemimpin beginilah yang dinanti-nanti oleh setiap rakyat di mana sekalipun mereka agar muncul pemimpin seperti ini untuk memimpin negara mereka. Tidak mudah berhujah dengan wartawan asing yang sememangnya terkenal dengan soalan-soalan yang sudah dibuat 'homework' dengan pelbagai tujuan termasuk memalukan pemimpin asing khususnya negara-negara dunia ke 3 yang dianggap lebih rendah kedudukan berbanding negara barat.

Bayangkan menggunakan pejabat perdana menteri untuk mengumumkan kemasukan seorang pemimpin ke dalam parti pun dianggap menyalahgunakan kedudukan oleh negara luar. Agaknya, menggunakan jet kerajaan dan harta kerajaan untuk tujuan peribadi pasti lebih pedas soalan-soalan yang bakal diajukan oleh mereka. Mungkin itulah sebabnya 'beliau' sering mengelak untuk disoal wartawan asing setiap kali didatangi untuk tujuan yang belum tentu apa 'bala' bakal menimpa. 

Membina itu memang sukar berbanding meruntuhkan dan itulah nasib yang dihadapi rakyat negara ini apabila semuanya tinggal kenangan dan seluruh rakyat kini berdoa agar kegemilangan sebelum ini akan kembali menerangi Malaysia. 



Comments

Popular Posts