MAKAN TIDUR
Mana mungkin sama nikmatnya tidur malam berbanding tidur siang. Sepuluh jam tidur di siang hari tidak akan sama rasanya dengan tidur lima jam di malam hari. Nyenyaknya tidur malam hari jauh nikmatnya dihitung dengan siang hari.
Begitu jugalah dengan makan. Makan dari sumber haram walaupun seperiuk tidak akan sama nikmat dan rasanya berbanding sumber halal. Makanan dihidang mungkin harganya ribuan ringgit tetapi jika bersumberkan wang haram, jauh sekali nikmatnya berbanding dengan 2 keping roti canai banjir dari hasil keringat sendiri.
Namun, buat yang sudah berkeladak jiwa dan fikirannya, tidur siang dan tidur malam sudah sama dan makanan sumber haram dan halal juga sama. Hakikatnya, mereka sentiasa dibayangi rasa bimbang walaupun hanya mendengar bunyi kasut di hadapan rumah, sangkanya SPRM sudah di depan pintu. Ada kereta yang tempohnya lama berhenti di depan rumah, difikirkan SPRM sedang mengintip. Hinggakan jika ada yang bergambar di depan kenderaan dan rumah mereka dikatakan itu taktik untuk mengambil bahan bukti hasil korupsi.
Sampai bila tidur akan nyenyak dan makan penuh selera?

Comments
Post a Comment