POKEBU
1. POKEBU bukan POKEMON. Pokemon adalah filem animasi berasal dari Jepun yang sangat popular di kalangan kanak-kanak walaupun kanak-kanak tua juga tidak ketinggalan dikesan meminati filem ini. Majoriti kanak-kanak mengenali tokoh raksaksa-raksaksa di dalamnya seperti Pikachu. Dalam kisah POKEMON terdapat raksaksa-raksaksa legenda yang terkuat dan terkenal dari antara semua Pokemon.
2. Sementara POKEBU pula adalah singkatan dari perkataan Politik Kenang Budi. POKEBU juga mempunyai raksaksa-raksaksa legenda yang terkuat dan terkenal di antara semua POKEBU seperti Si Kitol, Raja Mendeliar, Pak Kadok, Pak Pandir dan Lebai Malang. POKEBU sebenarnya sedang giat diamalkan sejak peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada penggantinya. Sebaik mengambilalih jawatan tertinggi negara, penggantinya dengan kelajuan mengalahkan jet pejuang paling pantas di dunia F111 Aardvark dengan kelajuan 1650 mph mengamalkan POKEBU.
3. Pemimpin dan pembantu-pembantu Jaguh POKEBU di kelilingi rata-rata adalah mereka yang ditolak rakyat dan parti mereka sendiri tetapi dek penangan POKEBU, mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bapak-bapak menteri di negara ini. Oleh yang demikian, tidak sukar untuk mentafsir kenapa kelompok ini begitu dahsyat menyokong dan mempertahankan Jaguh POKEBU. Manusia yang nasib dan hidupnya bergantung pada orang lain pastinya akan melakukan apa saja untuk melayan dan menyenangkan hati orang yang melancarkan talian hayat dan nafasnya walaupun tindakan itu tidak bermaruah.
4. Di Buletin TV3 tadi Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim yang dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia meminta Tun Mahathir menghentikan kritikan terhadap taukehnya. Siapa Zahrain? Dia adalah orang-orang yang tidak kalah 'belit' dan celuparnya demi 'survival' dalam politik dan kehidupan dengan Saudara Lokman Adam, Senator Ezam Mohd Nor, Zamil Ibrahim (KITA), Tunku Abdul Aziz Ibrahim bekas Naib Pengerusi DAP yang kemudiannya meninggalkan DAP pada 2012 dan bekas-bekas pemimpin S46 yang tugas hakiki adalah menyerang dan menghentam Anwar, PKR, DAP, PAS dan barisan pemimpin pembangkang.
5. Mereka ini hidup dan menjadi penting serta relevan dalam kamus politik Najib kerana bertungkus-lumus menghentam Anwar, PKR dan juga DAP. Kehebatan itu mungkin pada taksiran Najib penting bagi mengukuhkan kedudukannya sehingga mengangkat kelompok ini pada kedudukan yang mencetuskan rasa tidak puashati di kalangan ahli UMNO sendiri. Perjuangan puluhan tahun dan setia kepada parti tidak dapat mengatasi kelompok yang mencerca dan memijak bendera UMNO. Kelompok ini yang membuat pusingan 'U' rupa-rupanya lebih bernilai di mata pemimpin utama berbanding setia yang tidak berbelah bagi setaraf Hang Tuah.
6. Kata Zahrain kritikan Tun M lebih bersifat peribadi. Apakah isu 1MDB itu peribadi? Kes Pembunuhan Altantuya itu isu peribadi? Penggunaan jet kerajaan itu peribadi? Tun M cuma meminta isu-isu tersebut diperjelaskan bukan menuduh mengenai penglibatan samada pemimpin parti ataupun Najib. Penjelasan kepada ketua-ketua bahagian UMNO juga disebut Tun M bahawa tidak menyentuh dengan jelas segala dakwaannya. Apakah dalam pilihanraya nanti hanya ketua-ketua UMNO, cyber trooper UMNO dan barisan 'back benchers' saja yang akan mengundi mereka? Cukup jumlah undi itu untuk memenangkan mereka atau sebaliknya dengan jumlah itu bakal menghilangkan deposit dalam pilihanraya. Berapa orang ketua bahagian di parlimen Pekan? Berapa orang cyber trooper di situ dan berapa back benchers?
7. Saya amat bersetuju dengan kata-kata Tan Sri Sanusi Junid dalam blognya bahawa, "Banyak yang sokong Tun Dr. Mahathir secara terbuka dan banyak lagi yang sokong secara diam-diam. Kalau yang sokong Dato' Seri Najib hampir kesemuanya secara terbuka. Ada juga yang kelihatan menyokong Dato' Seri Najib secara terbuka tetapi secara diam-diam menentangnya".
8. Pemimpin dan ahli UMNO yang setia kepada parti harus melihat siapa yang dihampar dengan permaidani merah dan menjadi terlalu penting di mata Najib. Datuk Shahlan Ismail bekas Setiausaha Politik Pak lah dan kini selaku Pengarah Strategik JPM adalah abang kandung kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail. Beliau tewas dalam PRU13 di parlimen Pokok Sena kepada YB Mahfuz Omar.
9. Shahrir Samad pula yang begitu keras menghentam Tun M merupakan Abang Kandung Khalid Samad AP PAS Shah Alam. Beliau merupakan orang kuat Tun Musa Hitam ketika bekas TPM itu menentang Tun M. Bagi Shahrir, ketuanya adalah Musa Hitam, bukan Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu. Shahrir sanggup menentang arus bersekongkol dengan juak-juak politik Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dengan menyertai Team B. UMNO berpecah dua pada pertandingan di Perhimpunan Agung 1987 sehingga membawa kepada pengharaman UMNO. Kuli kemudiannya menubuhkan S46 dan beliau kemudiannya bertanding atas tiket bebas dengan lambang kunci dan menang di parlimen Johor Bharu. Karakternya akan senantiasa di ingati sebagai Bekas Musuh Ketat Dr. Mahathir dan suka menentang arus politik perdana. Terang dan jelas, beliau adalah anak didik Musa Hitam, permainan politiknya banyak berkiblatkan Musa Hitam. Jadi apa yang peliknya beliau menghentam Tun M?
10. Ketika membuat sidang media berkait dengan kritikan Tun M yang dibuat di lobi Dewan Parlimen, Shahrir berkata, "Pada hari ini, tujuannya, sebagai ahli Parlimen biasa, kami bukan golongan 'buta-buta' menyokong, kami berdiri bersama dengan perdana menteri."Kami melihat perubahan dan keadaan yang kami rasa begitu puas hati dan seronok sebagai ahli Parlimen,". "Kami bukan golongan buta-buta?". Memang bukan buta-buta tetapi buta mata dan hati dengan enggan menerima kenyataan bahawa sokongan yang diberi itu adalah tidak lebih dari 'plastik sampah' yang bocor terburai segala busuk dan hanyir. Politik itu seni serba mungkin. Tiada yang kekal dalam politik kecuali perubahan.
11. Puad Zarkashi yang juga hebat mempertahankan Najib sejak mula memegang jawatan KP JASA amat difahami bahawa itulah saja jasanya untuk dibalas budi kepada Najib sebagai habuan melantik beliau pada kedudukan tersebut. Beliau tewas di Batu Pahat dengan majoriti undi sebanyak 1,732 walaupun Johor merupakan kubu kuat UMNO. Dengan penolakan rakyat masih dilantik pada kedudukan itu, janganlah ada yang marah apabila beliau bersikap demikian.
12. Dato’ Ahmad Razif Abd. Rahman pula yang merasakan bernasib baik dipilih oleh Najib sebagai Menteri Besar Terengganu pada usia belum mencecah 50 tahun sudah pasti perlu membuktikan bahawa dia juga tidak kalah sebagai pahlawan untuk mempertahankan Najib.
13. Begitu juga dengan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu serta Timbalan Presiden PBS sudah tentu berusaha keras membuktikan bahawa beliau masih relevan di mata Najib untuk diberi talian hayat yang lebih besar serombongnya.
15. Lokman Adam pula yang dipecat dari UMNO pada 1998 dan kemudian dipecat oleh PKR pada tahun 2004 pastinya berjuang habis-habisan untuk mempertahankan 'bos'nya walau dengan apa cara sekalipun. Beliau yang merupakan sebahagian dari panel pemikir JASA dengan bos baru Puad Zarkashi sebagai KP JASA merupakan regu penuh 'chemistry' untuk menggodam Tun M. Tidak guna mengulangi sejarah reformasi yang hanya berbunyi "si si si si" bagi kaum Cina bererti mati.
16. Kata Einstein, “Hidup bagaikan menaiki basikal. Agar tetap seimbang anda harus tetap bergerak”. Jadi jangn peduli samada bergerak ke depan atau ke belakang dan yang penting hanya bergerak. Tambah Einstein lagi, "“Di dalam kesulitan ada kesempatan” maka mereka yang hobinya mengambil kesempatan pastinya suka dengan keadaan yang sulit sekarang.
Salam POKEBU.
Comments
Post a Comment