PENIPU
Salam,
1. "Bukan cuma apa yang ditipu, tetapi siapa yang menipu, itulah yang menyakitkan hatiku," . Kata-kata ini mengingatkan aku tentang kesakitan yang amat sangat setiap kali ditipu. Ini adalah kerana jika yang menipu itu memang penipu, itu kan kerjayanya? Yang menyakitkan adalah orang yang membenci dirinya ditipu pula mengambil alih peranan penipu.
2. Bayangkan apa perasaan kita jika ditipu pasangan yang kita amat cintai atau sayangi? Sudah pasti "sakitnya tuh di sini" lebih sakit berbanding ditipu orang yang kita benci. Begitu juga apa perasaan apabila ditipu oleh seorang yang bergelar ustaz berbanding ditipu oleh seorang penagih dadah? Kita tidak merasa apa-apa jika ditipu oleh penjual ubat kerana kita sudah bersiap sedia untuk ditipu oleh mereka lantaran profesi penjual ubat itu sinonim dengan 'kaki tipu' atau 'kaki kelentong'. Tetapi kenapa kita dan seluruh rakyat amat marah apabila ditipu oleh Menteri dan Bos Menteri? Kerana kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk melindungi dan membantu kita dengan upah yang begitu besar sedangkan kerjanya tidak lain asyik menipu.
3. Diberitahunya harga minyak tidak akan naik tahun ini tetapi selang beberapa bulan saja selepas diumumkan tiada kenaikan harga minyak dinaikkan juga harga minyak hingga menyebabkan kesan bola salji kepada harga barangan yang lain. Diumumkan dengan perlaksanaan GST maka harga barang akan turun walaupun kita tidak percaya tetapi disebabkan yang mengumumkan itu pemegang amanah rakyat maka kita paksa diri untuk percaya walaupun tidak logik, ternyata ia berakhirr dengan TIPU.
4. Benar sekali kata-kata itu "Bukan cuma apa yang ditipu, tetapi siapa yang menipu, itulah yang menyakitkan hatiku,". Hati rakyat terlalu sakit setiap kali ditipu oleh mereka bergelar menteri-menteri ini. Dirayu dengan gaya amat sedih dalam PRU13 lalu untuk memberi peluang sekali lagi kepada mereka untuk membuktikan bahawa mereka mementingkan rakyat dalam segala hal dan rayuan serta janji itu bukan saja dikhianati, bahkan dengan bangga dan bongkak memijak-mijak janji yang telah dibuat itu. Untuk itu, ingatlah sabda Rasulullah SAW: “Pembohong, penipu dan pengkhianat tempatnya Neraka.”. Dan hukuman di dunia buat penipu pula adalah, "kamu tidak lagi dipercayai walaupun bercakap benar".
Wallahualam
Comments
Post a Comment