LAGI-LAGI GST!
Salam,
1. Sana-sini dari hujung kampung sampai hujung laut, pinggir hutan sampai ke tengah hutan, hujung bandar sampai ke tengah bandar rakyat majoritinya merungut dan mengeluh dengan perlaksanaan Cukai barang dan perkhidmatan (GST). Berbelas bulan GST diumumkan sebelum dilaksanakan tetapi rakyat masih tidak boleh menerima dan lebih 80% tidak faham apa itu GST. Bagaimana dengan persediaan sebelum dilaksanakan? Apakah bapak menteri dan ahli-ahli fikir dengan bantuan ahlul nujum negara gagal meramalkan apa akan berlaku? Bukankah sudah menjerit terpekik terlolong membuat kajian dengan membandingkan negara luar yang telah melaksanakan sistem percukaian ini?
2. Jika agensi dan tokoh-tokoh penggerak kepada GST pun tidak faham, apatah lagi rakyat yang masih diselubungi mendung gelap tak berpenghujung? Ketika peringkat awal GST diumumkan untuk dilaksanakan, para 'penjilat', Ketua-Ketua Bahagian, Timbalan dan AJK bahagian parti bersemangat dan berdegar-degar mempertahankan tindakan kerajaan melaksanakan GST. Namun sekarang apabila dilaksanakan, dalam mesyuarat cawangan parti yang sedang diadakan sekarang, sudah berbunyi suara-suara mereka tidak berani melawat cawangan takut ditanya soalan-soalan berhubung GST. Maka di sini lahirnya seorang 'penjilat' merangkap anai-anai seorang demi seorang yang akan menjahanamkan parti dan meruntuhkan bangsa kita.
3. Bukan sedikit yang menghadiri kursus dan penerangan tentang isu GST ini. Namun ketika kursus dan majlis penerangan, samada mereka faham atau sebaliknya ataupun tidur hanya dia dan Allah swt saja yang Maha Mengetahui. Jika tak faham tanya dan jika keliru cuba dapatkan penjelasan. Jangan hanya menghabiskan nasi, cucur badak, karipap, kopi 'o' dan kopi jantan selepas majlis pulang ke rumah cari tandas sahaja. Semua perbelanjaan itu diambil dari wang rakyat hasil cukai yang dikutip selama ini. Kerana tidak cukup dengan jumlah cukai sediada, maka pintu 'tandop' baru dicari untuk menahan 'lukah'. Rakyat dari yang baru lahir hingga menunggu ditalkinkan, yang sihat sampai yang koma dan terhinggut-hinggut, anak-anak yatim dan asnaf hingga papa kedana juga sudah terjerat dengan GST. Kasihanilah mereka wahai pemimpin!
4. Sebelum ini mereka berkata bahawa sememangnya Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) sudah dilaksanakan dengan kadar yang lebih tinggi dan GST hanya dikenakan 6%. GST bukan cukai tambahan tetapi cukai gantian kepada SST. Jika begitu, secara logiknya harga barang akan menjadi lebih rendah kerana ia menggantikan cukai yang lebih tinggi dengan yang lebih rendah. Tetapi, cuba buktikan sekarang kepada rakyat dengan menyenaraikan harga barang yang turun berbanding yang naik sebelum perlaksanaan GST. Jangan tunjuk yang turun 1 sen tetapi yang naik 50 sen dipejamkan mata. Sekurang-kurangnya lakukan apa yang disarankan oleh Rafidah Aziz mantan Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri supaya disenaraikan senarai barang yang dikenakan GST daripada menyiarkan iklan-iklan 'pengampu' tanpa hala tuju dan menghabiskan wang dengan papan-papan tanda iklan GST.
5. Katanya harga rumah tidak dikenakan GST tetapi bagaimana dengan harga barang-barang binaan yang dibeli oleh pemaju dan kontraktor? Jika harga bahan binaan naik, secara langsung harga rumah akan naik. Rakyat tidak peduli samada dikenakan cukai atau tidak selagi harga rumah dan barang tidak meningkat. Mana janji harga barang akan turun apabila GST dilaksanakan?
6. Peniaga-peniaga yang hasil jualan tidak mencecah RM500 ribu tidak boleh mengenakan GST kepada pelanggan tetapi mereka membeli bekalan barang dengan harga yang tinggi setelah dikenakan GST. Kata mereka sudahlah harga barang meningkat, dikenakan GST lagi maka jika mereka mahu mengekalkan harga yang sama, margin keuntungan akan merosot dan jika dinaikkan harga barang pula pelanggan semakin berkurangan. Semuanya mengakibatkan suasana ekonomi semasa suram. Pusat membeli belah dan pasar malam kian sepi, rakyat hanya tumpukan pada keperluan asas sehingga mengheret dunia perniagaan menjadi muzium yang hanya untuk ditonton bukan untuk dibeli.
7. Dengan keadaan seperti ini, peniaga terpaksa memberhentikan sebilangan pekerja mereka dan ia mencipta masalah baru iaitu pengangguran. Apabila kadar pengangguran meningkat maka kejadian jenayah seperti mencuri, merompak, menipu hingga kepada membunuh jika terdesak akan berlaku. Namun, indeks jenayah masih dilaporkan rendah dan masih terkawal. Yang terkawal apa dan siapa?
8. Jangan hanya lihat masalah disebelah hujung mata sahaja kerana rakyat masih 'istiqamah' dengan erti kata SABAR. Apabila sabar sudah hilang, hati perlu diisi dengan sesuatu dan pastinya iblis akan berbisik "BANGKIT!!!!" dan lawan. Apakah logik jika kita lakukan sesuatu untuk buat rakyat marah tetapi mengharapkan rakyat gembira menari-nari?
9. Jika dengan perlaksanaan GST maka harga barang akan turun dan tidak membebankan, kenapa CUEPACS meminta supaya kajian semula tangga gaji dan elaun kakitangan awam dan Ketua Pengarah SPA perlu mengumumkan rancangan kajian semula tersebut. Jika dengan perlaksanaan GST harga barang dan perkhidmatan menjadi lebih rendah, CUEPACS dan Ketua Pengarah SPA tidak perlu lakukan itu kerana kakitangan awam dan pekerja-pekerja seluruh negara sedang merayakan keputusan kerajaan itu akibat lebihan wang setelah GST dilaksanakan. Tetapi, apakah ini yang berlaku?
10. Rakyat diminta melakukan langkah penjimatan setelah melihat kesan perlaksanaan GST. Selama inipun rakyat sudah berjimat, tahap penjimatan bagaimana lagi yang kerajaan mahu rakyat lakukan? Sedangkan pada masa sama pemimpin-pemimpin tanpa malu dan silu mengambil langkah 'pemborosan' dengan terbang ke sana-sini membeli belah di luar negara, mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran hingga dikhabarkan kos pembelian bunga saja mencecah jutaan ringgit. Apakah ini sebenarnya langkah penjimatan?
11. Pemimpin menyeru rakyat jangan terpengaruh dengan persepsi berbanding realiti. Tetapi apa yang dilalui rakyat ketika ini kesan perlaksanaan GST adalah realiti bukan persepsi. Poket kosong dan hutang bertambah bukan persepsi tetapi realiti. Siapa sebenarnya tenggelam dalam persepsi? Rakyat atau pemimpin?
Wallahualam

Comments
Post a Comment