Apartheid
1. Agak lama juga saya tidak berkesempatan mengemaskini dan menulis artikel di blog saya. Segala-galanya berpunca kerana saya sedang bersiap-siap menghasilkan buku yang bagi saya perlu saya langsaikan sebelum mata terpejam terus selama-lamanya. Itu azam saya sejak lama dan insyallah jika tidak menjadi halangan akan saya hasilkan 2 buku dalam tempoh beberapa bulan terdekat ini.
2. Sejak dulu lagi kita mengecam dan menentang dasar 'apartheid' seperti yang dilakukan di Afrika Selatan sehinggalah Mandela berjaya mengubah segala-galanya. Kita menjulang dan menyanjung Mandela kerana kejayaannya menghentikan dasar membezakan kelas dengan atas nama 'apartheid'. Dasar ini sudah semestinya bukan saja membeza dan meminggirkan antara kulit putih dan kulit hitam, bahkan ia juga meminggir dan membezakan antara yang kaya dan miskin.

3. Di negara kita juga sekarang ini, dasar 'apartheid' yang telah disemai dan dibaja sekian lama kini telah berjaya membuahkan hasil. Kita seluruh rakyat sedang menuai penghasilan tersebut dengan mewujudkan masyarakat yang mengamalkan sistem kasta yang menyerupai dasar 'apartheid' seperti di Afrika Selatan dulu.
4. Keadaan masyarakat jelas memperlihatkan keadaan di mana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin jika tidak papa kedana sudah menghampiri garis papa kedekut. Majoriti rakyat dalam kesempitan sedangkan yang kaya terus angkuh mengatakan bahawa situasi ekonomi berada di landasan yang betul. Landasan yang betul adalah buat mereka kerana mereka menuju ke destinasi 'funfair' dan syurga membeli belah sedangkan rakyat berada di landasan yang salah sebenarnya kerana diletakkan dalam gerabak menuju jurang yang dalam walaupun menjerit sekuat hati tidak bersetuju. Tangan dan kaki sudah diikat dengan rantai yang dikunci dalam gerabak. Apakah gerabak menuju jurang yang dalam atau kawah gunung berapi boleh dianggap sebagai landasan yang betul?
5. Malangnya ada segelintir dari mereka yang mengaku rakyat seakan-akan mengaku dan dengan penuh rela berkata dasar 'apartheid' inilah yang memakmurkan negara dan membolehkan rakyat hidup senang, aman dan makmur seperti sekarang. Mereka mula membandingkan dengan setiap negara yang terpuruk sebagai sebahagian dari negara mundur untuk membuktikan telahan mereka rakyat negara ini begitu bernasib baik.
6. Kenapa tidak pula membandingkan negara kita dengan negara yang berjaya meletakkan pendapatan serta tahap kehidupan rakyatnya yang mewah serta ditadbir urus dengan cemerlang. Negara kecil bukan ukuran untuk mengatakan bahawa ia mudah diurus. Diberi negara kecil nak negara besar, bila ada negara besar dikatanya susah mentadbir. Manusia jenis apa begini? Saiz memang ukuran bukan persoalan sedap atau tidak. Tetapi jika alasan saiz bukan ukuran, maka apa jawapan sebenar yang mahu diberikan?
7. Kesengsaraan hidup hanya dapat diterjemahkan oleh mereka yang melalui kesengsaraan itu bukan mereka yang sedang berjoget lambak untuk mewakili rakyat mengatakan bahawa tidak ada apa yang membebankan walaupun berdepan cukai yang semakin melilit dan juga inflasi yang terus bermaharajalela. Kita tidak dapat memberi 'endorsement' bagi pihak orang lain jika kita tidak merasa bahang keperitan yang dilalui orang lain. Jangan mudah memperlekehkan rakyat hanya kerana mereka dalam kategori rakyat. Tanpa rakyat tidak ada pemimpin tetapi tanpa pemimpin, rakyat tetap rakyat.

8. Kenyataan "jika tidak mahu bayar cukai sila pindah ke bulan", "jika tak bayar tol sila guna jalan persekutuan" adalah taktik otoritarian yang silih berganti mengambil kerusi peninggalan para penindas rakyat. Sifat-sifat penindas tidak akan berpisah dengan dengan pemimpin rejim 'apartheid'. Semakin kuat kamu memperlekehkan rakyat semakin busuk bau bangkai keluar dari mulut-mulut kamu. Orang lain berak dari punggung, kamu semakin aneh berak dari mulut.
9. Ada 2 pilihan untuk dipilih oleh mereka yang mengatakan bahawa dengan mengenakan cukai seperti sekarang ini adalah nikmat dan amat menyeronokkan serta memberi faedah pada rakyat. Pertamanya adalah menjadi 'pandir' yang berlagak pandai walaupun bodoh ataupun pesakit mental yang baru terlepas dari 'hospital gila' akibat kecuaian petugas. Kata Sun Tzu, "Kepemimpinan adalah gabungan unsur-unsur kecerdasan, sifat amanah (dapat dipercayai), rasa kemanusiaan, keberanian, serta disiplin. Hanya apabila seseorang itu memiliki kelima-lima unsur ini menjadi satu dalam dirinya, masing-masing dalam situasi yang tepat, barulah dia layak dan boleh menjadi seorang pemimpin sejati."
Salam 1GST.

Comments
Post a Comment