NEGARA KAYA ATAU NEGARA ORANG KAYA?
Orang miskin yang hidup di negara orang kaya memang parah sedangkan negara kaya memakmurkan warganya. Sempadan negara sekangkang kera tidak mampu memberi tempias atau kesan ekonomi kepada jirannya walaupun didakwa dipengaruhi ekonomi global yang rapuh.
Kekayaan Singapura tidak memiskinkan Malaysia tetapi Malaysia sendiri memiskinkan negaranya. Kemiskinan Malaysia tidak memiskinkan jirannya tetapi memiskin warganya sendiri sedangkan Singapura menjadi rahmat buat warganya.
Indonesia dan Thailand serta Filipina yang dulunya dikatakan jauh ketinggalan dari sudut ekonomi kini tersenyum sambil berlari meninggalkan kita.
Tetapi jangan kita gundah gulana kerana KAYA TETAP KAYA. Kita tinggal di negara orang kaya di mana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin menuju papa kedana. Orang kaya berbangga dengan kekayaannya bukan untuk mengurangkan kemiskinan bagi mencapai taraf negara kaya kerana mereka bimbang dengan bayang-bayang sendiri kononnya semakin ramai kaya akan menyebabkan mereka kurang kaya.
MIKIR!
Comments
Post a Comment