KEDOK TUAH DAN JEBAT
Jangan mudah teruja atau memposisikan kekaguman kamu pada gaya bahasa, bicara, status dan komen dibuat. Jika kamu melihat rupa paras mereka, nescaya kamu akan terfikir inilah wajah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir yang taat setia tidak berbelah bagi. Sanggup menderhaka kepada sultan demi persahabatan dan keadilan.
Suara dan nada suara mereka saling tak tumpah Hang Tuah dan Hang Jebat. Malangnya, merekalah Si Kitol dan Raja Mendeliar yang bertopengkan wajah Hang Tuah dan Hang Jebat.
Kesetiaan mereka pada pemimpin hanya semata-mata mensasarkan habuan. Di belakang pemimpin mereka bertingkah umpama Jebat untuk tampak sebagai pembela rakyat. Kiri makan kanan pun telan bak kayu golek di mana curam ke situ bergolek.
Hang Tuah dan Hang Jebat sendiri pun menjadi korban kerana melihat di sekeliling mereka wajah-wajah Tuah dan Jebat. Akhirnya mereka adalah korban kepada kedok Si Kitol dan Raja Mendeliar. Kawan makan kawan dan lawan makan lawan maka yang tinggal hanyalah warga tanpa kemampuan dan kemahuan melawan.
Apa yang mereka kejar dan orang seperti kita kejar umpama dua kenderaan di lorong selari tanpa penghujung untuk bersemuka.

Comments
Post a Comment