HARI MALAYSIA
Memadaikah sambutan Hari Malaysia dipenuhi dengan ucapan-ucapan SELAMAT HARI MALAYSIA? Menyentuh matlamat penubuhan Malaysia adalah untuk menekankan semangat federalisme dan roh federalsime. Tetapi sekarang bagaimana?
Jika masih berkumandang suara-suara untuk memisahkan Sabah dan Sarawak dari Semenanjung Malaysia, maknanya penubuhan Malaysia masih jauh dari berjaya. Secara fizikalnya Sabah dan Sarawak berada dalam Malaysia tetapi roh dan semangat Malaysia nampaknya gagal.
Lihat saja hari ini dan sebelum sambutan Hari Malaysia, apa pengisiannya untuk membina kesatuan federalisme agar lebih utuh? Program TV dipenuhi hiburan dan lawak-lawak bodoh yang tidak langsung mempunyai impak ke arah menyatukan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia agar segar dan mantap hubungan sesama rakyat tidak kira apa etnik, kaum, bangsa dan agamanya.
Di mana peranan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia? Jika dilihat misi, visi dan peranan jabatan ini serta peruntukan yang diperuntukkan, sedih kerana wang habis, hasilnya sampah.
Bagaimana dengan pelbagai agensi kerajaan serta NGO-NGO yang berkait rapat dengan soal perpaduan rakyat di negara ini? Masalah sebenar disebabkan semuanya sibuk berpolitik dan mengutamakan pengekalan status quo serta menjaga kedudukan kerusi empuk akhirnya semua hanya menjadi gajah putih sesuai untuk bergambar sahaja.
Perpaduan dan semangat federalisme yang menjadi tunggak penubuhan Malaysia tidak akan kekal 'intact' selagi pendekatan yang dilakukan oleh pemerintah hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Penyakit tidak akan sembuh jika sakit kaki, perut yang diubati dan sakit perlukan pembedahan, urut pula yang dibuat.
Jika kita sayangkan negara dan tekad untuk memakmurkan negara serta mendambakan kestabilan ekonomi, politik dan keselamatan, jadikan Hari Malaysia ini sebagai turning point untuk memilih pemimpin dan parti politik yang lebih bertanggungjawab dan amanah terhadap rakyat, bangsa, agama dan tanahair.
SELAMAT HARI MALAYSIA
SELAMAT HARI MALAYSIA
Comments
Post a Comment