911
Esok 11 September merupakan tarikh paling tragis kepada seluruh penduduk mukabumi ini khususnya umat Islam. Tarikh di mana 15 tahun lalu, dunia dikejutkan dengan insiden serangan 11 September 2001 (juga digelar 911) yang didakwa didalangi al-Qaeda.
Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda didakwa merampas empat buah pesawat penumpang komersil dan merempuh Menara Berkembar World Trade Centre di New York dan mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga turut didakwa merempuh pesawat ketiga ke arah bangunan Pentagon di Arlington, Virginia berhempiran Washington D.C.
Kapal terbang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan Shanksville, Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C. Ribuan orang terkorban termasuk anggota bomba dan polis serta pekerja dan mereka di dalam menara berkembar itu.
Insiden cukup tragis dan memilukan ini menjadi titik tolak bermulanya babak keganasan yang kian meningkat hingga sekarang. Kemunculan pelbagai kumpulan pengganas banyak bermula dari sini siapakah arkiteknya?
Sebaik insiden yang banyak pihak berpendapat bahawa ianya adalah konspirasi Amerika Syarikat dan Israel ini berlaku, presiden US ketika itu terus menuding jari kepada al-Qaeda dan tidak syak lagi sasaran serangan mereka adalah Afghanistan di mana ketika itu pemerintah Taliban berada di sana. Osama Bin Laden pemimpin tertinggi al-Qaeda yang ketika itu berlindung di bawah pemerintah Taliban merupakan alasan kukuh untuk US menyerang Afghanistan. Sejak itu, satu persatu negara Timur Tengah menjadi medan serangan US atas alasan memerangi keganasan.
Semua negara yang diserang US menjadi tapak pembiakan kumpulan-kumpulan pengganas yang memerangi bukan saja US, malah sesiapa saja yang dianggap sekutu kepada US. Di bumi Iraq muncul Abu Musab Al-Zarqawi yang merupakan pengasas kepada kemunculan The Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) serta Islamic State of Iraq and Syria (ISIS). Kini ketua kumpulan itu diambil alih oleh Abu Bakr al-Baghdadi setelah kematiannya dan disebut DAESH bagi mengelakkan nama Islam diguna dan mencemarkan kesucian Islam walaupun mencetuskan kemarahan pihak kumpulan pengganas ini.
Umat Islam kini menyaksikan kehancuran negara-negara Islam di Timur Tengah dengan penderitaan rakyat di negara-negara terbabit khususnya Syria. Menyalahkan DAESH semata-mata umpama meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri.
Bagi mereka yang waras, kemunculan DAESH ini hanya menguntungkan US dan Israel kerana umat Islam seluruh dunia dan mereka yang bencikan keganasan dan kezaliman seakan-akan melupai penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestin hanya kerana propaganda serta percaturan Order Baru Dunia.
Walaupun DAESH menjadi musuh utama setiap insan di mukabumi ini, perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin untuk membebaskan bumi para syahid itu jangan sesekali dilupakan. Perangkap musuh Islam jangan begitu mudah kita merangkak masuk kerana sekali masuk, pastinya amat sukar untuk kita keluar dari belitan dan cengkamannya.
Apa yang harus diingati tentang 911 adalah ianya tarikh di mana peperangan menentang propaganda musuh lebih penting daripada kumpulan pengganas itu sendiri kerana pengganas sebenar adalah US dan Israel. Tanpa US dan Israel, tidak akan muncul al-Qaeda, IS, ISIS, ISIL ataupun DAESH.
Usaha mencemarkan imej Islam hanya akan berjaya jika kita sendiri sebagai umat Islam gagal memahami strategi dan taktik musuh Islam menghancurkan Islam dari dalam dan kemunculan DAESH adalah kemuncak kepada strategi mereka menggunakan kumpulan ini.
Strategi dalam operasi yang begitu rahsia ini dinamakan “The Hornet’s Nest”atau strategi “Sarang Lebah Hornet” dipalu bertujuan untuk membawa semua ekstrimis-ekstrimis utama dunia untuk bergerak ke satu tempat atau tujuan, dan sebahagian besar untuk menggoncang kestabilan negara yang dianggap musuh US dan Israel terutama negara-negara Arab.
Fakta telah membuktikan, jika diimbas kembali sejarahnya, kelompok Mujahiddin, Taliban, al-Qaeda, Hamas, Bako Haram dan banyak lagi mendapat restu dan dibiayai oleh CIA, Mossad dan Zionis serta intelijen barat yang lain untuk membolak-balikkan dunia Islam.
Hasilnya, umat Islam bukan memerangi Zionis dan US, sebaliknya mereka memerangi sesama umat Islam dan 'Grand Design' pun berhasil. Arkitek keganasan tetap berwajah serius dan garang sambil mengutuk DAESH dan kumpulan pengganas dan kononnya memburu kumpulan-kumpulan ini untuk tujuan mengamankan dunia. Kejayaan mengangkat diri sendiri menjadi juara keamanan dunia telah dicapai dan kini giliran siapa untuk diratah?
Comments
Post a Comment