BENARKAH ENONOMI NEGARA DI LANDASAN YANG BETUL?


Seperti biasa saya tidak gemar ber'balah' soal politik facebook samada 'wall' saya apatah lagi orang lain. Tetapi ketika memberi komen mengenai situasi ekonomi semasa rakyat di 'wall' sahabat saya tadi, muncul seorang individu yang saya kira mewakili pandangan 'tuan' beliau di atas sana. Jadi saya perlu pertahankan prinsip saya apa yang rakyat secara umum rasai dengan menggunakan sempadan etika berhujah.

Apabila kita bercakap soal ekonomi rakyat, "
Rakyat mengukur ekonomi mengikut kemampuan mereka bukan kemampuan pemerintah". Namun beliau meletakkan link Bank Negara Malaysia untuk dirujuk. Berulang kali saya menegaskan bahawa rakyat tidak ambil pusing laporan dikeluarkan oleh pemerintah sekarang ini kerana apabila keyakinan sudah hilang, realiti yang didepani rakyat amat berbeza dengan apa yang dicanangkan, mereka sudah tidak dapat menerima apa yang dijelaskan.

Malangnya beliau terus meminta rakyat merujuk laporan yang katanya datang dari pihak berautoriti dan tembahnya "...always go back to the authority when dealing with various kind subjects..nak tahu pasal hukum kita rujuk majlis fatwa...nak tahu pasal zika kita rujuk pd KKM...nak tahu pasal national security, PDRM n ATM...God Bless u sir!".

Jika nak tahu pasal nombor ekor ramai yang rujuk pada Utusan Malaysia atau akhbar arus perdana lain walaupun mereka tidak percaya pada akhbar tersebut kerana hanya itu saja kata mereka yang boleh dipercayai. 

Jika hanya boleh merujuk pada laporan pihak berautoriti kononnya, laporan mesin judi, mesin kuda, pelacuran hampir sifar tetapi hakikat sebenar bersepah di mana-mana juga dalam pekan dan bandar. Hanya disebabkan pihak terlibat tidak nampak yang difahami pura-pura tidak nampak tidak bererti laporan tidak wujud kegiatan mesin judi dan pelacoran. 

Jumlah indeks jenayah misalnya sering digambarkan rendah tetapi kenyataannya jauh lebih tinggi. Kerana apa? Kerana apabila ada kes ragut misalnya mereka ke balai polis untuk buat laporan dan anggota bertugas di balai pertanyaan bertanya jumlah kerugian atau kehilangan yang hanya mungkin RM10 atau RM20, biasanya dibuat laporan tercicir yang tidak dimasukkan sebagai indeks jenayah. Jenayah tetap jenayah walaupun kerugiannya hanya RM10. Jenayah bukan bererti kerugian ribuan atau jutaan ringgit tetapi perlakuan itu sebenarnya. Jika membaca laporan maka semuanya 'tenang dan terkawal' semuanya.

Kita amat memahami apa yang difikir dan dirasakan oleh mereka yang terus membela pemerintah samada dalam soal ekonomi dan penyelewengan kerana beberapa faktor. Lihat saja dialog adegan P.Ramlee dalam Nujum Pak Belalang, "Tengok betul-betul...Nampak ke tak nampak? Siapa tak nampak dia anak di luar nikah!". Walaupun tak nampak, dalam posisi sedemikian mereka akan berkata nampak. Kerana apa? Sudah tersepit antara kepentingan diri dan hakikat sebenar. 

Realiti tidak sama seperti apa yang dipertonton dan diperdengarkan kepada umum. Seperti kata bekas bos saya "Pada org kampong macam saya,apa juga laporan ekonomi yg dikeluarkan tidak memberi apa2 makna.Depa boleh buat laporan berjela2 dgn segala angka berwarna hitam,merah,hijau atau kelabu.Tetapi pada org2 kampong mudah aja kehidupan harian mereka iaitu keperitan semakin dirasai dengan jumlah pendapatan yg sama tetapi nilai RM semakin menurun kerana harga barangan keperluan melambong tinggi.Untuk mereka yg bekerja sebagai penoreh getah belum tentu dapat membeli 1 kg ikan rakyat iaitu ikan kembong kalau bekerja 1/2 hari,apatah lagi dimusim hujan. Itulah realitinya berdasarkan perhatian dgn mata kepala sendiri tanpa berpandukan kpd laporan yg hebat2 dan cantik2 mengenai ekonomi negara".

Landasan keretapi boleh betul tetapi belum tentu keretapinya akan menuju destinasi yang betul jika tayar sudah tercabut atau enjin sudah rosak. Silap haribulan keretapi tergelincir di atas landasan yang betul disebabkan pemandunya tiba-tiba ubah haluan. 



Comments

Popular Posts